Rakyat Malaysia bukan BODOH yang disangka sangka selama ini....nak kelentong lah konon.ingat mamat bodoh macam ni buat semuanya itu...boleh menang menjadi MP...porahhhh.
Baru kembali melawat kilang Lynas - kilang kimia memproses logam nadir bumi.
Komen saya sbg seorang yang pernah menjadi plant shift engineer yg pernah manage seluruh petrochemical plant dalam sesuatu shift & juga sbg seorang pensyarah bidang chemical engineering, kilang ini bagus dan sangat tinggi standard keselamatan. Tahap risiko kemalangan kecil sangat minimum, bahkan bukan dikategorikan sebagai kilang berpotensi kemalangan besar di bawah piawaian CIMAH.
Segala isu yang diutarakan oleh pihak berpolitik atau pun pergerakan masyarakat berkaitan hampir kesemua tiada asas atau dibesar-besarkan drp sepatutnya (berbanding bahaya kilang kimia biasa utk industri oil & gas, petroleum dan petrokimia).
Namun, kemungkinan punca bahan beradiasi tetap ada iaitu daripada mineral bijih yang berbeza-beza komposisinya. Dalam kawasan lombong di sekitar Mount Weld terdapat kemungkinan mineral yang lain tetap ada termasuk radioisotop.
Walau bagaimana pun ia telah melalui kilang memproses bijih di sana sebelum dihantar ke Kuantan dan setiap beg ada sijil analisanya yang tersendiri. Apa-apa pun jikalau terdapat bahan beradiasi akan ia dipantau dengan pencerap radiasi yang sentiasa digunakan di sana.
InsyaAllah dengan kawalan yang ketat mengikut piawaian yang sedia ada, insiden berisiko boleh dielakkan.
Dr. Mohd Sabri Mahmud
Pensyarah Universiti Fakulti Kejuruteraan dan Sumber Asli.
University Malaysia Pahang
No comments:
Post a Comment