Followers

rantau ku sayang

Sunday, October 26, 2014

Diugut Bunuh, Penganjur 'I Want To Touch A Dog' Kalut Tinggalkan Sidang Media....Kau iNGAT iNI kERJA oRANG Islam Ker?


Sidang media berhubung program yang mencetuskan kontroversi 'I Want To Touch A Dog' sedikit 'tergantung' apabila penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi bertindak meninggalkan majlis kerana beliau dikatakan menerima ugutan bunuh.

Syed Azmi hanya memohon maaf dan kemudian terus beredar tanpa sempat menjawab soalan pemberita kerana didakwa menerima mesej yang mengancam diri dan nyawanya.

Bagaimanapun, sidang media itu diteruskan dengan peguam yang mewakili pihak penganjur, Syahredzan Johan dan penganjur bersama Norhayati Ismail mengambil alih majlis dan menjawab pertanyaan pihak media.

Syahredzan berkata, kehidupan Syed Azmi kini terancam apabila beliau sering menerima panggilan telefon, mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mahu melakukan sesuatu terhadap beliau termasuk membunuh.

"Dia telah banyak menerima ugutan bunuh dan segala macam ugutan...tadi pun ada terima ugutan.
"Untuk keselamatan dirinya, dia terpaksa beredar," katanya.

Syahredzan berkata, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan kertas siasatan telah dibuka.

Katanya, satu lagi laporan polis akan dibuat memandangkan ancaman yang diterima semakin keras.

"Ia agak serius dengan ugutan-ugutan menyatakan akan bunuh jika terjumpa Syed Azmi di tengah jalan, patahkan tulang dan sebagainya.
"Setakat semalam, dalam masa beberapa jam mesej diterima yang tidak dibaca mencecah dua ribu," katanya sambil menambah laporan SKMM juga telah dibuat.

Penganjur yang dihentam teruk itu bagaimanapun belum bercadang mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang mengkritik secara keterlaluan. 

No comments:

Post a Comment