Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ustaz Dr Fathul Bari menyelar strategi politik memalukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung penyebaran video yang dikatakan mirip kepada penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus.
Pada masa yang sama beliau turut mengecam tuduhan yang mengaitkan kontroversi tersebut dengan UMNO kerana bagi beliau tindakan sedemikian rupa bukanlah hujah untuk digunakan dengan mereka yang berbeza pendapat dan sebagainya.
“Kalau ada yang cuba mengaitkan perkara ini dengan UMNO ianya adalah tidak patut… Jika ikut andaian pelbagai andaian boleh dibuat…jadi bagi sayalah usah kita menuding jari kepada mana-mana pihak. Biarlah pihak berkenaan membuat siasatan dan melakukan tindakan sewajarnya.
“Perbuatan mengaibkan ilmuan dan tokoh agama adalah satu perkara yang tidak boleh diterima dan sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Kita selar perkara sedemikian rupa,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menyeru agar mana-mana pihak tidak menyebarkan atau berkongsi perkara tersebut kerana ianya akan menimbulkan pelbagai andaian dan tanggapan negatif terhadap mereka yang terlibat.
“Hentikanlah berkongsi dan sebagainya di mana-mana sahaja baik di media sosial dan sebagainya. Perbuatan tersebut tidak bertanggungjawab. Perkara berkenaan adalah perbuatan yang tidak bijaksana.
Fathul_Bari_540_370_100“Tambahan pula dalam suasana politik yang tidak menentu, kita bimbang ianya akan diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Lebih baik kita berdiam diri.
“Ingatlah kepada hadis Nabi…barang siapa menutup keaiban manusia di dunia, Allah s.w.t akan tutup keaibannya di akhirat,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment