Followers

rantau ku sayang

Friday, October 24, 2014

Luahan Perasaan Nih...''Kenapa layanan antara saya dengan azmin tidak sama?''


Bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard hari ini mempertikai 'keistimewaan' yang diterima Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di dalam parti itu sendiri.

Dengan mengambil situasinya yang digantung keahliannya kerana mendedahkan penyelewengan pemilihan parti yang berkait dengan Azmin, Menteri Besar Selangor itu dilihat lebih disayangi di dalam situasi yang disifatkan sama dengannya.

"Saya jawab tuduhan dengan menggunakan media dan digantung. Apabila anggota bawahan menggunakan media dianggap salah.

"Tetapi apabila Azmin menggunakan media dan menyerang Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ... tiada sebarang tindakan dibuat.

"Kalau hendak ambil tindakan ke atas saya, sila ambil tindakan kepada Azmin dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment