Followers

rantau ku sayang

Wednesday, October 1, 2014

Elaun Jawatan Tertinggi Selangor Dikaji Semula November Ini...Wayang Jer Ni


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan menyaksikan pengkajian semula kenaikan elaun empat jawatan utama pada bulan November akan datang.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, empat jawatan tersebut merupakan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh beliau sendiri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Speaker, dan Timbalan Speaker DUN.

"Kenaikkan kadar yang telah diputuskan pada tahun 2013 itu kita merasakan perlu dikaji semula dan kita akan membentangkan semula pada sidang DUN.

"Kadar yang asal yang dahulu telah diluluskan dalam sidang yang lalu maka ia perlu dibawa semula ke sidang DUN untuk diputuskan pada bulan November," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Excp di Bangunan SUK disini, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Azmin berkata kadar kenaikkan yang sepatutnya bermula pada Januari tahun ini merupakan kadar kenaikan yang berpatutan ekoran ia bersesuaian dengan tanggungjawab yang dibawa oleh ahli DUN Selangor.

"Kita merasakan bahawa kenaikkan kadar untuk Ahli DUN yang telah diputuskan pada 2013 itu adalah berpatutan," katanya.

Sidang DUN Selangor pada 27 November tahun lalu meluluskan kenaikan gaji menteri besar sebanyak RM29,250, exco RM20,250, speaker RM22,500, timbalan speaker RM15,750 dan Adun RM11,250.

Sidang DUN pada April kemudiannya meluluskan pemotongan elaun menteri besar menjadi RM14,175.15, exco RM15,000, speaker RM15,000 dan timbalan speaker RM12,000. 

No comments:

Post a Comment