Lim Guang Eng cuba menidakkan kuasa pasukan polis dan tentera untuk menjaga keamanan negara ini. Dia mencabar apa yang tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia. Baru menguasai sebuah pulau sudah menunjukkan taring dan belang. Sikap angkuhnya semakin menjadi-jadi.
Perlu diingat LGE, kami hanya mengiktiraf pasukan polis dan tentera untuk menjaga keselamatan negara dan kami sebagai rakyat Malaysia. Kami berada di belakang PDRM dan ATM yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Ketika kami sedang tidur lena pasukan polis meronda menjaga keselamatan dan keamanan. Ketika kami membeli-belah di pasaraya pasukan tentera berada dibelantara menjaga sempadan negara. Ketika kami di jalanraya pasukan polis menadah terik mentari menjaga trafik. Ketika kami bergembira pasukan tentera menggadai nyawa menggempur penceroboh dan pengganas. Mana mungkin kami akan melupai jasa dan pengorbanan mereka.
Tak perlulah nak menafikan jasa dan tugas PDRM dan ATM. Kejadian jenayah dan pencerobohan yang menimpa kamu, polis dan tenteralah yang kamu harapkan supaya negara aman dan damai. Jika tiada polis, tentera dan undang2 belum tentu segala harta benda kekayaan, belum tentu dapat tidur lena, belum tentu kita boleh ke sana ke mari dengan selamat dan belum tentu kita dapat bersantai dengan gembira.
LGE, hormatilah PDRM, ATM dan undang2. Hargailah jasa dan pengorbanan mereka. Kurangkan sikap bongkak dan sombong kerana kuasa yang kamu miliki belum tentu berkekalan.
PDRM dan ATM, teruskan tugas telah diamanahkan oleh agama, bangsa dan negara. Segala jasa dan pengorbanan mu tetap kami sanjung sepanjang zaman. Abaikan manusia2 rakus dan bongkak. Biarkan mereka kerana akhirnya PDRM dan ATM juga yang akan dicari bila keselamatan mereka terancam.
No comments:
Post a Comment