Followers

rantau ku sayang

Monday, October 13, 2014

Ingatan PM kepada kaum Cina...jangan 'demand' dari BN tapi sokong Pakatan


Persepsi orang Cina di negara ini lebih banyak 'main wayang' sudah menjadi duri dalam daging yang menghantui Barisan Nasional.

Mereka dikatakan menuntut macam-macam dari BN tetapi bila pilihanraya sokong Pakatan Rakyat.

Ini yang membuatkan kalangan ahli UMNO merasa resah bila contohnya masa kempen pilihanraya kecil BN umum pelbagai bantuan dan penuhi tuntutan dari kaum Cina.

Sebabnya bila keluar keputusan pilihanraya didapati sokongan saluran pengundi kaum Cina tetap kurang termasuk tempat dimana bantuan dicurahkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh sepintas lalu gejala ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur Ahad.
Beliau menegaskan BN memerlukan sokongan lebih dari kaum Cina dan mereka tidak seharusnya menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan pula.

"Saya menyokong pelan transformasi MCA. Walaupun cuma ada dua pemimpin MCA dalam kabinet - yang itu bukan salah saya - mereka memainkan peranan dalam komuniti Cina.

"Oleh sebab itu apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA) dan Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) minta, saya bagi. Saya cuba berlaku adil. Tetapi mungkin satu hari nanti saya boleh beri lebih. Tetapi saya perlukan orang Cina berikan lebih juga.

"Anda kenalah sokong BN. Anda tidak boleh menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan Pembangkang," katanya.

Najib dalam ucapannya juga berpesan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya menghentikan sebarang persengketaan yang kebelakangan ini menyelubungi parti itu.

"MCA janganlah bergaduh sesama sendiri. Cukuplah. Kalau asyik gaduh orang fed-up macam Pakatan di Selangor. Cukuplah. Saya pun susah. Nak pilih calon pun susah. Mereka kata orang ini ini adalah calom terbaik sebab dia menyokong saya.

"Sebagai pengerusi BN saya tal kenal setiap pemimpin. Calon DUN pun saya tak kenal setiap orang. Kemukakanlah calon terbaik.

"Kalau ada Team A, B dan C saya jadi keliru. Saya susah dan timbalan pengerusi BN pun susah.

"Masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Betul tak? Kalau kita dok bergaduh sesama kita orang akan fed-up macam Pakatan bergaduh di Selangor. Orang dah bosan.

"Jadi kita bersatulah. MCA kena bersatu dan kita bersama-sama jadi kuat. MCA kena ada halatuju. Ini penting sebab selama ini apabila bergaduh, parti hilang arah," katanya.

Najib berkata daripada maklum balas diterimanya dari kaum Cina bahawa MCA telah hilang arah.

Walau bagaimanapun Najib berkata beliau yakin di bawah kepimpinan baharu, MCA telah menemui arah itu dan sehubungan itu beliau akan menyokong pimpinan MCA yang sedia ada.

Mengenai isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Perdana Menteri berkata MCA tidak perlu risau sebab ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Najib cuma berpesan supaya SJKC belajar Bahasa Kebangsaan dengan baik.

"Jangan guna Lu Gua lagi. Ikut macam Presiden MCA yang bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan," katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM50juta untuk Koperasi Jayadiri MCA (KOJADI). Katanya KOJADI akan menjadi ejen bagi pihak kerajaan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

KOJADI adalah koperasi Cina yang pertama dipilih oleh Kerajaan untuk melaksanakan program Transformasi Kerajaan termasuk TUKAR dan ATOM.

KOJADI mempunyai track record cemerlang dan di antara hampir 11,000 koperasi di seluruh negara, KOJADI tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik. 

1 comment:

  1. hahaha..jilat la cina sampai lebam!! sampai Sjkc dan sjkc pun dah ada dalam perlembagaan negara kata Ah Jib Gor..

    ReplyDelete