Followers

rantau ku sayang

Thursday, April 28, 2011

Anwar ibarhim muka tak malu dan Sahak kuda trojan BN NS perlu dijauhi!!

Anwar Ibrahim baru baru ini datang ke Ampangan dan sempat berucap selama 20 minit sahaja dan terus beredar , mungkin takut kena soal pasal jam Omega. Sebelum beredar Anwar sempat berpesan agar PKR menawan Negeri Sembilan. Apakah Anwar tidak punya perasaan malu atau segan silu langsung untuk meluahkan kata kata sedemikian. tak malu ke apabila bertanding di Sarawak dan bagaikan nak rak kononnya PKR akan tawan Sarawak. 48 calon bertanding dan hanya menang 3 kerusi sahaja. kononnya ceramah PKR dapat sambutan, Memang ramai orang datang kerana nak tenguk penipu dan peliwat kerana bukan mudah nak tenguk raja liwat dan raja tipu. Satu saja anugerah tuhan yang macam Anwar ini di Malaysia.

Walaupun kita tahu PKR kini sudah hilang taring namun BN NS perlu berhati hati jangan terleka lagi. Cuci semua daki daki yang ada dalam BN , nyah kan musuh musuh dalam selimut dan nyahkan kuda Trojan dalam UMNO ataupun musang berbulu ayam. Masih ramai lagu musang berbulu ayam dalam politik Negeri Sembilan. MB perlu mengambil keputusan yang tegas kali ini. Sahak Pantai kita tidak boleh panggil dia musang berbulu ayam kerana dia sememangnya musang yang berbulu musang. sahak ini terang terang menghentam Menteri Besar dan Menteri Besar adalah musuh pertama Sahak. Memusuhi pemimpin sama lah memusuhi kerajaan Negeri dan BN Negeri. Sahak perlu disingkirkan dan jangan biarkan dia langsung terlibat dalam PRU 13 nanti. nama Sahak perlu disingkirkan sekali lagi.Sahak disingkir pada kali pertama kerana tidak layak dan kerana ada kes di mahkamah , kes tipu seorang Dato' melibatkan wang jutaan ringgit . Bukan MB sengaja tidak senaraikan dia.

Sahak adalah kuda Trojan yang perlu ahli ahli UMNO jauhi , mendekati Sahak sama seperti memusuhi Barisan Nasional kerana Sahak kini berniat untuk mengalahkan calon BN .Sahak perlu dijauhi oleh ahli ahli UMNO bagi mengelakkan dituduh bersubahat untuk menjatuhkan BN. Ketika Sahak digugurkan dari menjadi calon pada PRU 12 yang lalu , penguguran ya di restui oleh PM dan TPM. angan lah percaya bahawa Sahak ini rapat dengan Najib kerana Sahak banyak jual nama Najib.InsyaAllah kalai ini PM juga akan merestui jika nama Sahak tidak disenaraikan dalam nama nama sebagai calon kerana ianya akan menyusahkan pentadbiran kerajaan negeri jika nama nya dicalonkan, Sahak perlu melihat dirinhya dalam cermin jika masih mahu bersama BN dan UMNO. Sahak perlu menghentikan fitnah terhadap MB NS dalam setiap ceramah beliau kerana ianya tidak menguntung kan dia dan juga BN.

Tuesday, April 26, 2011

ADUN PKR AMPANGAN TUNJUK KEBODOHAN PERSOAL MENGENAI TALQIN


SEREMBAN: Seorang ahli pembangkang yang mempersoalkan kandungan talqin yang didakwanya tidak dapat diterima akal, diberikan “tazkirah” selama 10 minit oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan hari ini.

Rashid Latiff (PKR-Ampangan) dalam soalannya mempertikaikan bacaan talqin yang menyentuh tentang cacing yang membaham jenazah orang Islam selepas dikebumikan sedangkan menurut beliau, di kawasan perkuburan orang Islam tertentu, cacing tidak wujud.

“Bukankah Islam itu sendiri bertitik tolak dari fakta. Apakah silap pihak berwajib dalam hal ini?” kata Rashid dalam soalannya.

Mohamad menjawab : “Sebagai orang Islam, kita kena akui alam ghaib. Alam ghaib tidak boleh dibanding dengan hukum akal dan logik. Bacaan talqin ini pada pandangan saya adalah untuk orang yang hidup macam Yang Berhormat dan bukan pada si mati.”

Beliau kemudian mengingatkan wakil pembangkang itu supaya “jangan asyik membeli nombor ekor” dan melupakan hal kematian.

Ketika ini, beberapa penyokong DAP dilihat tersenyum manakala Mohamad Taufek Abdul Ghani (PAS-Paroi) pula menundukkan muka.

“Saya tahu Yang Berhormat tidak percaya cakap saya kerana saya tidak memakai kopiah dan serban. Hati-hati kalau nak pertikaikan perkara ghaib kerana boleh lari akidah kita. Perkara alam ghaib dan barzakh ini disebut dalam kitab dan hadis…ia menyebut alam barzakh ini sunyi dan penuh dengan ulat dan cacing,” kata Mohamad menyebabkan Adun PKR tadi terus terdiam.

Katanya, perkara itu perlu diyakini manakala bacaan talqin memberi pengertian bahawa setiap yang hidup pasti menemui ajal.

“Jangan terlalu lari dari akidah macam (dakwaan) parti PAS, kalau tidak undi PAS, tidak masuk syurga. Jika demikian, rugilah orang yang duduk di luar negara kerana parti PAS tidak ada di negara mereka,” katanya. – 

Wednesday, April 20, 2011

Di mana baiknya Anwar???


PILIH PEMIMPIN BERMORAL

PENGENALAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah melakukan pelbagai kesalahan sepanjang beliau berkecimpung dalam politik tanah air. Akibatnya, satu persatu pengikut dan sahabat setia beliau bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).
Antara kesalahan yang dilakukan oleh beliau termasuklah penyalahgunaan kuasa, politik wang, kronisme dan masalah moral yang kronik (seks luar tabii).Terkini beliau dikaitkan pula dengan satu lagi kesalahan seks iaitu melanggan pelacur di hotel sebuah negara jiran. Isu ini sedang hangat dan telah menjadi kes polis apabila ianya telah didedahkan oleh kumpulan Datuk “ T ” (Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Eskay Abdullah dan Shuib Lazim).


PERANAN DSAI DALAM POLITIK TANAH AIR
Apabila DSAI dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 akibat daripada isu moral yang dihadapi oleh beliau pada masa itu (seks luar tabii dan penyalahgunaan kuasa), beliau telah bertindak menggerakkan rakyat untuk bangkit menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kononnya dianggap melakukan kezaliman terhadap beliau. Dengan slogan “REFORMASI” beliau telah memimpin pakatan pembangkang (gabungan PAS, DAP dan PKR) untuk menentang BN dalam setiap kali pilihan raya diadakan. Dalam pilihan raya umum 1999 (PRU 1999) pakatan mereka digelar “Barisan Alternatif (BA)”, PRU tahun 2004 pakatan mereka sangat kelam kabut dan kalah teruk. Namun pada PRU 2008 sekali lagi DSAI berperanan penting dalam pakatan pembangkang dengan penubuhan “Pakatan Rakyat (PR)” dan berjaya menang 82 kerusi Parlimen dan mengambil alih kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak disamping mengekalkan Kelantan di bawah PAS. Tetapi pada awal tahun 2009, Perak telah ditawan semula oleh BN apabila 5 ADUN PR memilih untuk menjadi ADUN Bebas dan bersama dengan BN akibat hilang keyakinan terhadap DSAI. Sehingga kini, DSAI adalah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Beliau bercita-cita besar untuk menumbangkan BN dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.


PEMIMPIN DAN MASALAH MORAL
Aspek moral sangat dititik beratkan dalam ajaran Islam apatah lagi jika melibatkan seorang pemimpin kerana masalah kepimpinan adalah bersangkut paut dengan ibadat. Pemimpin diibaratkan sebagai seorang imam yang memimpin makmum melakukan ibadat kepada Allah SWT. Jika salah imam memimpin maka rosaklah makmum yang dipimpin. Jika buruk perangai imam maka buruklah akibat yang akan diperolehi oleh makmum. Hakikatnya umat Islam sepatutnya menjadi umat contoh kepada umat lain. Maka amat tidak wajar jika orang yang menawarkan diri sebagai pemimpin mempunyai masalah moral yang teruk.
Sebagai agama yang sesuai untuk sepanjang zaman,keadaan dan masyarakat, maka sifat-sifat universal ada pada agama Islam. Demikian, jika isu moral menjadi perkiraan penting dalam Islam, begitu jugalah dalam agama-agama lain yang juga mahukan pemimpin bermoral tinggi dan berperibadi mulia.


KESIMPULAN
Sebagai rakyat, kita berhak untuk memilih individu atau kumpulan yang benar-benar layak dan bermoral tinggi untuk diangkat sebagai pemimpin. Adalah amat tidak wajar sama sekali jika aspek moral tidak dijadikan asas penting dalam perhitungan kita memilih pemimpin. Jika isteri, anak-anak, saudara mara serta sahabat dan pengikut setia pun sanggup ditipu oleh DSAI, maka sangat tidak mustahil untuk beliau menipu kita. Justeru, individu sebegini serta parti dan pakatan yang beliau sertai mestilah ditolak agar kita tidak dibebani dengan masalah yang beliau hadapi sekaligus bakal menjadikan rakyat hidup dalam sengsara apabila terpaksa bergelut dengan krisis moral dan peribadi.

Sumber: Papa Gomo.

Friday, April 8, 2011

Pemuda UMNO Rembau buat laporan polis nafikan kenyataan Cikgu Bard

 
CHEMBUNG : 07 April  - Merujuk kepada kenyataan Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) dalam laman ‘Malaysia Insider’ berhubung isu video seks yang melibatkan Khairy Jamaluddin dan isteri pemimpin UMNO, satu laporan Polis di Balai Polis Chembung telah dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Rembau bagi menafikan kenyataan tersebut.

Seramai 50 Pemuda UMNO dari empat  DUN, Rembau, Chembung, Kota dan Rantau diketuai oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Rembau Mohd Safariladira Abdullah hadir di Balai Polis Chembung membuat laporan itu pada jam 9,49 malam.

Dalam laman Malaysia Insider, Cikgu Bard menyatakan pada pilihan raya 2008 dia telah menerima rakaman video seks melibatkan Khairy Jamaluddin dan yang terbaru pula  kenyataan Solidatari Anak Muda Malaysia (SAMM) mengenai video seks melibatkan isteri pemimpin tertinggi UMNO

Di temubual selepas laporan dibuat, Mohd Safariladira dengan nada keras menafikan sama sekali semua tuduhan yang dibuat serta menyifatkan ianya perbuatan biadab dan  fitnah berniat jahat yang ditujukan kepada Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda BN Malaysia.

Berhubung dakwaan isu video seks isteri pemimpin tertinggi UMNO yang dibuat SAMM, Mohd Safariladira menegaskan bagi pihak Pemuda UMNO Rembau, mencabar tuduhan tersebut dan meminta jika benar video tersebut ada, tunjukkan bukti kerana baginya pihak pembangkang ini ‘ cakap tak serupa bikin’ serta telah terlalu banyak membuat pembohongan yang mengelirukan rakyat.

Dengan tujuan utama untuk membersihkan imej dan nama Khairy Jamaluddin serta menolak semua tuduhan liar ini, Mohd Safariladira mahu pihak Polis memberi perhatian serius serta mengambil tindakan tegas terhadap individu juga pihak-pihak yang membuat tuduhan palsu seperti ini.

Beliau berkata ‘ pihak pembangkang selama ini hanya ‘bercakap kosong’, membuat kenyataan serta tuduhan tanpa bukti’.

Mengiringi Mohd Safariladira (Adira) membuat laporan Polis, Mohd Reduan Ahmad, Pembantu Peribadi Khairy Jamaluddin dan Nazmi Sidek, Ketua penerangan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Sumber: n9kini.

Monday, April 4, 2011

Bila SKMM dan KDN mahu bertindak?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bangun dan segera mengambil tindakan setiap kali ada  Blog Blog yang menghhina kerajaan mahupun pemimpin  kita. Banyak isu isu yang berlaku kelihatan SKMM sukar untuk bertindak dan ada kala langsung tidak bertindak.

Klip Video Namewee yang menghina Azan sebelum ini tidak langsung diberikan perhatian dan Klip Video itu terus ditayangkan sehingga sekarang seolah olah orang Melayu dan juga kerajaan  tidak dapat melakukan apa-apa dan seolah olah Namewee adalah seorang yang kebal dan boleh menghasilkan apa saja karya menghina kaum dan agama.

Hari ini sebuah  blog yang menghina pemimpin kita terbiar dan seolah olah SKMM tidak tahu akan kewujudan blog ini. Adalah lebih baik tidak perlu diwujudkan SKMM ini jika  suruhanjaya ini dilihat sebagai sebuah suruhanjaya yang lesu dan sentiasa tidur.

Kementerian Dalam Negeri juga disarankan untuk mengambil tindakan terhadap blog kurang ajar ini. sila lihat blog kurang ajar ini.