Followers

rantau ku sayang

Wednesday, July 31, 2013

Insiden Lahad Datu: Permaisuri Agung Sebak, Tian Chua???

Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah, sebak dan menitiskan airmata sewaktu menyaksikan persembahan imbasan kejadian pencerobohan Lahad Datu dimana ianya menceritakan detik-detik cemas dan kisah sayu yang dialami oleh ahli keluarga dengan gugurnya parajurit negara di medan perbatasan demi menjaga keharmonian dan keamanan negara tercinta.

CAB yakin, ramai rakyat yang menonton secara live mahupun di kaca televisyen turut merasai perasaan mereka yang kehilangan ahli keluarga tercinta dalam medan pertempuran. Namun, terlintaskah di hati manusia bangsat, pemimpin busuk seperti Tian Chua itu??

Pastinya kita tertanya-tanya apakah perasaan Tian Chua ketika ini? Apakah dia merasa kesal, ataupun sedang bergembira bersama-sama sekutu biarpun hasrat gagal untuk menjatuhkan kerajaan..Tepuk dada tanyalah selera... Selamat Hari Pahlawan 

Respek Cadangan MBNS Daripada Pandangan Pak Menteri

CAB respek dan menyokong penuh cadangan dan prihatin YAB Menteri Besar N.Sembilan dengan isu ayam yang tiada kesudahannya setiap kali menjelang musim perayaan. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan berkata dalam satu sidang media, beliau melahirkan rasa kekesalan dengan isu ini yang sepatutnya diambil langkah serius sebelum menjelangnya musim-musim perayaan.

Mengambil contoh isu bekalan ayam dewasa ini, menurut beliau yang amat kesal di mana seolah-olah telah wujud satu sistem manopoli industri pengeluaran ayam iaitu hanya CP Chicken dan Syarikat Leong Hup sahaja yang membekalkan ayam di negara ini.

Ini berlainan sungguh dengan jawapan dan kenyataan pak Menteri Ayam yang memberikan jawapan 'ala kadar' mengenai isu ini. CAB harap, MBNS akan terus memantau gejala ayam yang merupakan satu isu lazim di musim perayaan. sumber 

Peguam Negara Diserang Penyakit...




Peguam Negara seperti telah diserang penyakit PEKAK BADAK yang amat kronik dan sukar untuk diubat. SUARAM, Tian Chua dan R. Sivarasa Rasiah, langsung tidak wujud di hati Peguam Negara. 

Segala kegiatan yang merosakkan bangsa dan cerita-cerita pasti tentang skandal menjatuhkan Sabah dan pelbagai lagi dakwaan yang relevan untuk dituduh atas mereka. Namun, sayang...mungkinkah Peguam Negara kita buta mata atau buta hati.

Sampai bila sebenarnya penyakit PEKAK BADAK Peguam Negara akan berjaya diubati? Apakah Peguam Negara yang sudah berpenyakit dan terlalu kecut perut untuk menyeret manusia dari kalangan Pakatan Rakyat ke muka pengadilan?

Apakah akan terus dikekalkan pada kedudukannya sekarang? Wajarkah rakyat Malaysia bergantung harap kepada Peguam Negara yang terlalu gementar untuk menjalankan tugasnya? Berundurlah wahai Peguam Negara..pelapis kamu masih beratus menanti untuk tampil memartabatkan undang-undang negara.

Tuesday, July 30, 2013

Surat Buat Nik Aziz Dari Ahli PAS Yang Kecewa

Korang baca la sendiri apa yang dituliskan oleh ahli PAS kat bawah nih. Jangan terkejut beb. Nik Abduh dan Nasruddin kena kritik. Pasal menerima sumbangan dan menjalani kehidupan bermewah-mewahan.

Mohon jangan nilai akidah dan iman orang melalui penampilan please.. berjubah atau tidak, berjanggut atau tidak bagi aku semua tu tak penting, yang penting buat kerja dengan membawa aspirasi rakyat..

Baca bawah. Harap-harap tak benar la apa yang diperkatakan pasal Nik Abduh dan Nasruddin tu.. Dan harap-harap jangan la ada mana-mana anak menantu cuba lakukan apa-apa percubaan bagi memecahkan semangat setiakawan dalam jemaah PAS. Kalau ade pun terburai lah isi perut PAS, elok jugak camtu!
Surat terbuka untuk TGNA.


Saya selaku ahli PAS ingin menyuarakan rasa kecewa dan marah atas insiden terbaru yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS yang sewajarnya memaparkan akhlak dan pekerti berjemaah yang tinggi selaku teladan bagi ahli dan masyarakat umum.

Insiden ini rentetan dari Ijtima' Badar anjuran Dewan Pemuda Pas Pahang di Temerloh pada 27 Julai yang lalu yang menjemput Zaharudin Mohamad antara tujuan khususnya ialah membicarakan berkenaan isu pimpinan yang berotak Liberal dalam PAS.

Ekoran dari program itu maka keluarlah 'mesej' melalui 'wassup' Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang antara lainnya berbunyi seperti berikut:
Wujudnya ajk pusat dan ahli pas yg berfikiran Islam liberal yg sangat membahayakan jamaah dan seterusnya meruntuhkannya. Maka ana mencadangkan mereka yg ana senaraikan ini tidak dipilih menjadi ajk pas pusat pada pemilihan akan datang...

1) Khalid Samad
2) Dr Zulkifli Ahmad
3) Hanifa Maidin
4) Mujahid Rawa
5) Husam Musa

*USTAZ SHAHRIL AZMAN (PAHANG)”

Jelas mesej ini amat biadap yang keluar dari seorang pemimpin tertinggi Pemuda yang sebenarnya ramai akur beliau sendiri mempunyai masalah dan perangai yang 'memeningkan' banyak pihak dan di tambah pula dengan perkara terbaru ini.

Umum sedia maklum adanya pertikaian dan perselisihan antara golongan yang di labelkan ulamak dan yang di gelar professional.

Untuk memudahkan pemahaman Tok Guru, Pemuda Pas seperti Nasrudin Hasan, Nik Abduh, Zaharudin dan beberapa lagi ada lah dari kumpulan yang di gelar Ulamak manakala Khalid Samad, Mujahid, Husam dan Hanifa mewakili gelaran professional.

Hebatnya Shahril Azman ini mendahului muktamar dengan menghina dan menghukum 5 orang di atas sebagai Liberal yang berfahaman salah yang patut di singkirkan dalam muktamar nanti!

Hantu apa yang merasuk kepala hotak beliau di kala iblis dan syaitan semua di rantai pada bulan mulia ini?

Ringkasnya saya merayu agar Tok Guru campur tangan dalam isu ini. Pencerahan wajib di buat sebelum muktamar bermula.

Dua-dua pihak ini wajib di panggil mengadap dan bersemuka di depan Tok Guru. Siapa saja yang silap wajib mengakui kepada umum kesilapan mereka dan wajar berundur segera demi kebaikan jemaah.
Kita tidak lupa ketegasan Tuan Guru dalam menentang kerjasama dengan BN sedangkan kumpulanyang di gelar ulamak ini ramai yang bersetuju dengan idea ‘kerajaan perpaduan’ tempohari.
Ironinya kumpulan professional ini secara total menentang agenda kerajaan perpaduan yang sememangnya jahat dan begitu di tagih oleh Nasarudin Mat Isa juga amat rapat dengan Nasrudin Hasan.
Apakah benar kumpulan professional berniat untuk menjatuhkan presiden? Ianya wajib di siasat secara mendalam. Kalau benar, kenapa? Kalau bukan, apa motifnya mereka di tuduh begitu?
Begitu juga dengan kumpulan yang di gelar Ulamak. Mereka secara konsisten terutama Nasrudin Hasan dan Nik Abduh menyerang kumpulan professional terutama Husam pada muktamar beberapa tahun yang lalu lagi. Mengapa mereka bertindak sedemikian?
Adakah kerana isu peribadi Nik Abduh di Kelantan yang mewakili kem yang tidak sehaluan dengan Husam berlanjutan sampai ke peringkat PAS Pusat? Biarpun Nik Abduh mewakili kumpulan Ulamak tetapi cara hidup dan personality beliau jauh kebelakang berbanding Husam yang bukan ulamak.
Nik Abduh mengamalkan cara hidup mewah berbanding Husam apatah lagi Tuan Guru. Mujur UMNO tidak terbau isu pembelian haratanah secara tunai oleh beliau tempohari, sekiranya benar.
Nasrudin Hasan pun tidak kurang hebatnya. Beliau tampak hebat berceramah tetapi setakat itu sahajalah, tanyalah pada mereka yang rapat dan yang tinggal berdekatan kediaman dan tempat beliau pernah tinggal.
Beliau juga di maklumkan ada menerima sumbangan kewangan dari kontraktor yang terlibat dengan LYnas, satu projek yang di tentang oleh PAS.
Justeru itu, tidak kiralah dari kalangan ulamak mahupun professional, siapa yang bersalah atau mempunyai niat yang serong terhadap kumpulkan yang satu lagi tanpa asas sebenar wajib di rehatkan, kalau perlu singkirkan sahaja selepas di dengar penjelasan mereka dan di beri keadilan sewajarnya.
PAS memerlukan professional yang hebat tetapi bukan yang memandai-mandai dan membelakang Jemaah dan perjuangan.
PAS menghormati ulamak tetapi bukan ulamak yang hanya pada nama dan gagal berfungsi dalam mendepani  masyarakat dan isu.
Semoga ini merupakan jasa yang paling besar yang boleh Tuan Guru mainkan selepas di turunkan dari jawatan oleh mereka-mereka juga yang berkepentingan. – 29 Julai, 2013.
* Mohamad Abdullah merupakan Ahli PAS Seumur Hidup.

Monday, July 29, 2013

Anwar Mengamuk Tahap Gaban Petisyen PKR Ditolak Mahkamah

Keputusan mahkamah yang menolak petisyen PRU13 yang difailakn oleh PKR membuatkan PAk Sheikh Al-Juburi ni mengamuk sakan tahap gaban. Anwar mendakwa petisyen membatalkan PRU yang ditolak bulat-bulat oleh mahkamah telah dibuat atas arahan pihak tertentu.

Ini bermakna Anwar mensyaki pihak yang memberi arahan itu samada DAP ataupun PAS sendiri kerana umum mengetahui kedua-dua parti sekutu PKR itu, kurang berminat dengan dakwaan ini, kalau buat petisyen pun terpaksa sebab nak jaga hati kawan..

Persoalannya, sampai bilakah Anwar akan terus hidup bergelumang dengan dosa dan fitnah? Sampai bilakah Anwar akan memperbodohkan pengikut dan rakyat? Pemimpin beginikah yang kita nak pilih jadi PM? 

Apapun, segala usaha yang sedang hangat diperkatakan ini adalah taktik Anwar utnuk menutup pandangan rakyat terhadap isu liwat yang masih berjalan itu...Teruskanlah berbohong selagi nyawa dikandung badan tapi, dah kalah tu kalah lah, lain kali lah!
Sumber: sini

Betul Ke? Mat Sabu Pengikut Syiah?

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Zahid Hamidi hari ini memberi peringatan kepada pimpinan parti-parti politik agar menasihat dan mengambil tindakan wajar terhadap ahli-ahli parti yang terlibat secara langsung dalam fahaman Syiah.

Bagi penulis, Zahid Hamidi memberi maksud kepada pimpinan PAS iaitu Mat Sabu yang terang lagi bersuluh mempunyai fahaman dan pengikut tegar Syiah. Menurut rakan sepasukan dalam parti PAS, ciri-ciri puak syiah memmang sebati dengan Mat Sabu yang tidak pernah pergi solat jumaat, membuat hukum sendiri, selain melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Apa yang ingin penulis tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas.

Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tapi biarpun mengetahui ada ahlinya menganut fahaman syiah, Presiden dan Mursyidul PAS, membisu kerana mulut sudah dikunci dek kerana takutkan rakyat hilang keyakinan untuk menyokong parti PAS.

Sunday, July 28, 2013

Apa Erti Kemerdekaan Negara Bila Pengganas Komunis Di Julang Sebagai Hero?


Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero, berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.

Tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru sudah tersebar di internet dan ditonton sebilangan masyarakat. Siapakah yang bersengkokol dan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangannya beberapa kali??

Mereka yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw TIDAK sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.

Sesungguhnya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia disarankan agar mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer.

Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu. Sedangkan filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan Negara.

Hapuskan RASUAH!!

Saturday, July 27, 2013

Menjelang 2020 Pakatan Rakyat Sedia Dikuburkan...

“I am 75 years old now. I have seen what is Malaya during the 50s. Malaysia during the 60 up to now and I appreciate it. I am not a member of any political party but I was a loyal supporter of DAP prior to 308 but not now after watching how corrupted they are with this batch of LIARS and CON MEN. You can say,what ever you like, it is up to you as I care not how others feel about how I see as that is INTERNATIONAL HUMAN RIGHTS .
 – Court Margaret, Strassen, Luxembourg

Lim Guan Eng, Nik Aziz, Anwar Ibrahim hanya pandai menghasut . Lim Guan Eng nak guna ALLAH dalam bible tapi PAS diam. Karpal kata Hudud "over my dead body" pun PAS diam. Tapi PAS kata UMNO kafir. PAS lelong tanah kepada DAP. Janji air, janji bantu Ibu Tunggal dan macam-macam lagi semua kosong belaka.

TIADA APA kesan untuk rakyat. LAGI MAU TIPU KA ! Pimpinan Pakatan Rakyat tiada perancangan untuk rakyat.  Asyik berpolitik sahaja dan tiada idea dalam menjana ekonomi, pendididkan dan pekerjaan kepada rakyat. Lihat sahaja apa kejayaan mereka di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, zero tiada apa yang memberansangkan selain berpolitik tanpa hentinya.


CiliApi: Kalau dah orang yang memerhati dari jauh turut memperkatakan rutin politik pembangkang di Negara ni makin sewel, makin songsang, sewajarnyalah kita yang tinggal di bumi Malaysia ini pun yakin dengan keupayaan UMNO/BN untuk terus memartabatkan bangsa, agama dan Negara, kenapa mesti kita ubah?! Lain Kalilah…

Pengaruh Menantu Resahkan Pemimpin Otai PAS

PAS kini dikatakan meludah kelangit terkena muka sendiri apabila pengaruh menantu kini mencemar imej parti itu sendiri. Zaharudin Muhammad, adalah menantu pilihan Haji Hadi Awang merupakan satu nama yang mungkin tidak ramai mengenalinya kecuali ahli politik PAS sendiri.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” 

Apa yang ingin diperkatakan sebenarnya adalah budak Zaharudin inilah sebenarnya kunci kepada beberapa pemimpin PAS yang mahu diri kekal berkuasa, berjawatan dan berpengaruh dalam parti biarpun tewas dalam pilihanraya yang lalu. Tambahan lagi, Zaharudin atau lebih dikenali dengan gelaran Din Ayam ini mempunyai sefahaman yang rapat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan Timbalannya, Nik Abduh Nik Aziz.


Menurut sumber lagi, Zaharudin juga telah merangka satu team untuk menjunamkan pemimpin professional PAS yang baginya sebagai kudis kekal di dalam parti. Antara pemimpin yang tersenarai dalam proses nyah-keluar dari PAS adalah Mat Sabu, Husam Musa, Salahudin Ayub dan  Dr. Dzulkefly.
sumber: sini

Friday, July 26, 2013

Lim Kit Siang Dilema DAP Bakal Dibubarkan

Lim Kit Siang kini ibarat cacing kepanasan apabila dengan sendirinya membuat tafsiran bahawa kononnya kerajaan akan membuat kejutan pada Aidilfitri ini tatkala DAP sendiri dilema pembatalan pertubuhan. Lim Kit Siang mengeluarkan andaian umpama beliau sendiri risau dan ragu jika benar Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan membatalkan pertubuhan DAP maka ini satu malapetaka buat DAP.

Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman memberi peringatan agar DAP tidak memasang harapan untuk membentuk parti baru jika jabatan bertindak membatalkan pendaftaran parti baru. Menurutnya lagi, sejak lima tahun lalu ROS tidak melayan 39 permohonan untuk pendaftaran baru. Apatah lagi pertubuhan politik.

Kini, Lim Kit Siang menafikan pula ada pendapat dan ura-ura pimpinan DAP mahu membentuk parti baru jika ROS membatalkan pertubuhan ini berikutan terdapat kesalahan dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini.

Bagaimanakah sesebuah pertubuhan itu boleh terbatal? 

Terdapat banyak sebab-sebab mengapa pendaftaran sesebuah pertubuhan itu dibatalkan. Di antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:-
  1. Pertubuhan telah dibubarkan oleh ahli-ahlinya di bawah Seksyen 13(1)(a).
  2. Pertubuhan yang didapati bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak negara dan perintah di buat oleh Menteri mengikut Seksyen 5 seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 13(1)(b).
  3. Pertubuhan yang didaftarkan di atas penipuan atau kesilapan atau salah nyataan di bawah Seksyen 13(1)(c)(i).
  4. Pertubuhan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di bawah Seksyen 13(1)(c)(ii).
  5. Pertubuhan didapati telah berusaha mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(iii).
  6. Pertubuhan didapati sengaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 atau undang-undang tubuh atau melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).
  7. Pertubuhan yang tidak wujud lagi di bawah Seksyen 13(1)(c)(v).
  8. Pertubuhan yang telah gagal mematuhi perintah meminda undang-undang tubuh pertubuhan seperti yang dikehendaki oleh Pendaftar mengikut Seksyen 13A, seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vi).
  9. Pertubuhan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 2A seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vii).
  10. Pertubuhan yang melanggar peruntukan mengikut Seksyen 52 seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(viii).
  11. Pertubuhan yang menghadapi pertikaian dikalangan ahli-ahli atau pemegang jawatan dan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 16(1) seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(ix).
  12. Pertubuhan yang gagal mengemukakan penyata tahunan seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(d).

Artikel Buat Pembangkang Yang Gilakan Hudud

HUDUD, Apa yang kita tahu mengenai hukum islam ini? Tidak perlu pergi jauh.
Tidak kira siapa pun anda,.Menteri, Pensyarah, Doktor, Free Thinker, pelajar jurusan ekonomi. Hanya dengan anda meluangkan masa selama 5 minit dengan membaca artikel ini, anda akan tahu dan memahami APA ITU HUDUD YANG SEBENAR.


"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama".(Dr. Mahathir b.Mohamed, 2.5.1992)

Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan(18/10/2012)

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.
Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,”
 Guan Eng (30/7/12)

PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai." Karpal singh (24/8/2010)



"They (PAS) had proclaimed that Malaysia should be an Islamic state. Now, I have taken the issue with them and I have suggested that in a multi-religious country like Malaysia, any pronouncement or proposition for the establishment of Islamic state is untenable," Anwar Ibrahim (9/4/2005)

Dalam keghairahan memberi pendapat, sama ada berasas ataupun tidak, atau hanya berdasarkan rasional semata-mata. Tanpa disedari mereka telah terheret menghina hukum agama. Di sini bermulalah peringkat di mana seseorang itu harus menyedari bahawa hudud itu bukanlah miliknya atau milik orang lain. Tetapi ia adalah hukum yang diturunkan kepada manusia kerana keihsanan Maha Kuasa.

Pendapat yang melulu tanpa mengetahui hukum melaksanakannya sama ada fardu ain atau kifayah menyebabkan orang boleh berkata bahawa hudud adalah lapok dan hanya sesuai pada zaman manusia berkafilah dengan unta.

Ketakutan yang mencengkam masyarakat kita terutamanya ahli politik adalah:

- Pembangunan Negara akan terbantut kerana ramai yang akan cacat.
- Akan menimbulkan konflik perkauman dan keagamaan kerana ditakuti kaum-kaum lain yang tidak dapat menerimanya.
- Industri pelancongan akan merosot kerana terlalu banyak perkara yang dilarang
- Tokoh-tokoh politik berasa kuatir jika dilaksana akan membuat mereka hilang pengaruh di kalangan kaum lain dan sebagainya.

Wahai pencinta keamanan.
Jernihkan kembali persepsi kita mengenai hukum ini yang telah tercemar dek tsunami media massa. Saya menyeru kalian untuk bersama melihat hakikat hukum hudud ini. Bukalah topi politik kita sebentar dan bacalah artikel ini sehingga tamat. Kemudian, terpulang kepada anda wahai sang pencinta keamanan, untuk menilai hukum yang turun dari langit ini.

Pertama
Izinkan saya memperjelas dan memperbetul dahulu salah faham yang berleluasa mengenai hukum hudud ini.

HUKUM HUDUD TIDAK ADIL
Jika seorang wanita dirogol. Lalu dia membuat laporan kepada pihak berkuasa. Namun dia tidak dapat membawa 4 orang saksi lelaki. Maka, penjenayah tersebut terlepas dari hukum hudud. Di mana sepatutnya hukum hudud bagi muhsan (orang yang belum melakukan hubungan intim suami isteri) yang berzina adalah seperti yang termaktub dalam firman ALLAH SWT dalam surah an Nur ayat 2:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang daripada keduanya seratus kali sebat”

Hukum hududnya akan dilaksanakan bila mana mempunyai salah satu dari syarat tersebut:

- Pengakuan salah si tuduh bahawa ia telah melakukan kesalahan itu atau
- Sekurang-kurangnya 4 orang saksi lelaki Islam yang baligh

Berbalik kepada kes rogol tadi. Jadi, pesalah rogol itu tidak akan dikenakan hukum hudud yakni sebatan sebanyak 100 kali sedangkan dia benar-benar telah merogol wanita tersebut. Maka hukum hudud tidak adil.
Sebentar wahai pencinta keadilan.

Seksyen 9(1) Ordinan Kesalahan Zina 1979, Pakistan. Memperuntukkan zina atau zina secara paksaan (zina-bil-jabr), yang dibuktikan secara kesaksian (syahadah). Tetapi tidak mempunyai saksi yang cukup (kurang dari 4 orang) maka hudud tidak boleh dilaksanakan. TETAPI
Mahkamah boleh melaksanakan hukum TAKZIR.
 Apa itu hukum takzir? InsyaAllah akan kita huraikan sebentar lagi.
Mana lagi berat, hukum takzir atau hudud?

Jika hukum hudud bagi orang yang berzina dan cukup syarat kesaksiannya, maka 100 kali sebat merupakan hukuman yang di tentukan oleh ALLAH SWT.
Tetapi di dalam hukum Takzir, hukuman boleh menjadi lebih berat. Kerana hukuman tersebut ditentukan oleh kebijaksanaan hakim itu sendiri. Jika hukum hudud 100 kali sebat, boleh jadi takzir lebih berat. Mungkin sebat itu menjadi 80 sahaja, namun ditambah pula dengan denda RM10 000 atau penjara 20 tahun atau dibuang negeri atau kombinasi semua hukuman tersebut.

Jadi, pesalah rogol tersebut tidak akan sesekali terlepas. Begitulah adilnya undang-undang jenayah Islam.

Seterusnya,
Izinkan saya untuk terus membongkar betapa adilnya Undang-undang jenayah Islam ini.

BUKAN SENANG UNTUK LAKSANA HUKUMAN HUDUD.

Islam tidak lapar untuk menghukum. Islam sendiri merupakan ajaran yang mendidik. Bukan menghukum sesuka hati. Malah pensyariatan hudud dan qisas di dalam hukum jenayah Islam sendiri adalah untuk mendidik masyarakat menjadi baik. Membentuk masyarakat yang takut untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran hasil dari kesedaran dari dalam diri mereka sendiri. Sekali lagi saya nyatakan, Islam tidak lapar untuk menghukum.

Kita singkap kembali sirah Rasulullah saw. Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah saw lalu membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan zina. 

Hadis Rasulullah Saw daripada Abu Hurairah:

“Seorang lelaki telah datang memanggil Baginda ketika Baginda berada dalam masjidnya sambil berkata : Ya Rasulullah, sesungguhnya saya telah berzina. Lalu Baginda menolak pengakuannya sehinggalah dia datang kepadanya sebanyak 4 kali. Apabila dia selesai membuat pengakuan terhadap dirinya sebanyak 4 kali, Baginda terus memanggilnya dan bertanya lagi : Adakah engkau seorang yang sudah muhsan (telah berkahwin dan melakukan hubungan intim suami isteri)? Dia menjawab : Ya. Lantas dengan itu Baginda bersabda : Bawalah dia pergi dan rejamkannya.”

Wahai pencinta keadilan,
Lihat. Betapa adilnya hukum jenayah Islam ini. Walaupun lelaki tersebut telah mengaku kesalahan zinanya, namun Rasulullah saw masih menyoal sedetailnya.

Sehingga jika pesalah tersebut menarik semula pengakuan salahlakunya itu sebelum hukum hudud dilaksanakan, makahukuman hudud tidak boleh dilaksanakan terhadap pesalah tersebut. Kerana hukuman hudud akan terhalang dengan wujudnya syubhah.

Maka benarlah, islam tidak lapar untuk menghukum.
Hukum jenayah Islam adalah untuk mendidik masyarakat menjadi baik dan berguna.

Rasanya cukuplah sedikit untuk kita perjelas salah faham yang berleluasa kini. Mari bersama saya untuk mengetahui dan memahami konsep dan pelaksanaan sebenar undung-undang jenayah Islam ini.
Ia mudah. Buka topi ego dan politik masing-masing.
Seterusnya, keadilan dan kesaksamaan undang-undang ini akan terpancar di mata kalian.

PAS Terima Syiah dan Khawarij Dengan Tangan Terbuka

Dikala ramai yang sibuk memperkatakan isu syiah dan khawarij, ramai yang menolak dan termaktub juga dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawasanya syiah ditolak dan bukan menjadi ikutan umat Islam di negara ini.

Tapi hairan dan pelik bila Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) @ Parti Ajaran Sesat mengatakan secara terang bahawa parti itu menerima syiah dan khawarij dengan tangan yang terbuka. Haji Hadi Awang bersungguh-sungguh mengatakan PAS menerima syiah dalam memperkukuhkan lagi kekuatan Islam dalam parti itu. Sumber

Inilah yang kita pelik dan hairan dengan akidah pemimpin PAS. Justeru, pihak JAKIM dan pihak yang berkuasa dalam hal ini perlu memainkan peranan bagi menyekat fahaman syiah terus berleluasa di Malaysia. jika tidak, Malaysia bakal menjadi seperti Iraq.

Thursday, July 25, 2013

Khalid Jual Temberang Di Terengganu Tapi Kalah Juga



Senang-senang saja pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PKR menjual temberang di hadapan penduduk kampung semasa saat akhir kempen PRK Kuala Besut kelmarin apabila si kembar Khalid Ibrahim dan Khalid Samad memberi gambaran kononnya sewaktu Selangor dibawah Barisan Nasional, negeri itu jauh lebih miskin berbanding dengan sekarang setelah dikuasai Pakatan Rakyat.

Tapi malang, penduduk kampung di Kuala Besut bukan bodoh seperti dijangka kerana keputusan rasmi telah menjelaskan kepada kedua-dua samdol PR ni bahawa setiap kata-kata mereka bukanlah 100% sahihnya.

Sedangkan rakyat tahu Selangor ditinggalkan oleh Umno/BN kepada PKR-Pakatan dalam keadaan yang amat selesa dan maju. Malang bagi Selangor bilamana penggal pertama Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri, habis segala peruntukkan negeri disia-siakan untuk benda-benda yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada rakyat sebaliknya kewangan negeri juga ditinggalkan hampir kosong.

Temberang mereka cukup mudah. Selangor dibandingkan dengan Terengganu. Kononnya, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, Selangor lebih maju dari Terengganu sedangkan Terengganu pula adalah sebuah negeri pengeluar minyak utama di Malaysia. Perkampungan nelayan di Kuala Besut, dijadikan sebagai contoh tentang betapa miskin, daif dan marheinnya penduduk Kuala Besut.

Konon-kononnya juga, pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan berbanding rakyat Terengganu.

Kalau setakat temberang orang kampung yang hanya mendengar cerita dari sumber Pakatan Rakyat sahaja, ianya bolehlah dikira berjaya. Sesiapa sahaja yang menyokong Pakatan Rakyat, walau seburuk mana atau selemah mana pun penipuan yang dibuat oleh pemimpin mereka, ianya akan ditelan dan dihadam dengan sepenuh kepercayaan. 

Tetapi sekiranya, kebenaran yang disampaikan itu bukan dari Pakatan Rakyat, ianya akan segera ditanggapi sebagai fitnah sepertimana yang berlaku dalam kes Anwar Ibrahim.

BN Sudah Menang, Aksi Berlari Bogel Pulak Yang Dinanti

Tahniah kepada BN dah menang dengan bergaya di Kuala Besut, pertambahan 158 undi dari yang didapati masa PRU 13, majoriti naik bukan turun tau.

Maka dengan ini pastinya ramai yang menunggu betina jalang yang gelarkan diri dia sebagai Damia Izara untuk tunaikan janji dia, kita nak tahu bila dan kat mana dia nak lari bogel ni. Jangan cakap je, kalau tak tunai maknanya memang sah jalang murahan...kah kah kah..

Apa yang pasti, inilah ajaran PAS yang terlalu mendabik dada. Kalau Muslimah PAS berlari pun okey jugak...

Wednesday, July 24, 2013

PAS Hilang Sokongan Orang Muda, Ambil Kanak-Kanak Jadi Jentera Pilihanraya

PAS boleh disifatkan sebagai perosak anak bangsa kerana sewenangnya melibatkan kanak-kanak dalam meraih undi kerana PAS sudah sedar dan yakin kepercayaan pemuda dan belia kian luntur lantaran pelbagai perkara yang menyesatkan dan perspektif yang merosakan Islam kian terpamer oleh keangkuhan pimpinan itu sendiri.

Apa yang boleh dijelaskan, PAS menggunakan laedah kanak-kanak dalam meraih untuk memperlihatakan kejatuhan sokongan rakyat terhadap pimpinan Parti Islam SeMalaysia itu. Gambaran ini juga boleh dijelaskan bahawa PAS kini hilang sokongan muda dan PAS hanya dipimpin warga emas yang kebanyakkan ahli mereka berjanggut dan beruban..Itulah tandanya PAS semakin tua.

Apapun, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan wajar dengan apa yang telah terjadi. Sudahlah kanak-kanak menjadi mangsa perhimpunan haram, kini kanak-kanak juga menjadi peraih undi untuk pilihanraya..Apa dah jadi?? Klik sini

Ketegasan MB N.Sembilan Bukti Pemimpin Umno Negeri Bukan Kaki Amaran!!


Tahniah dan sayabas kepada Menteri Besar N.Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang telah menjalankan kaedah politikal move yang dimahukan oleh bangsa Melayu.

Semalam, Menteri Besar N.Sembilan, Dato' Seri Utama telah mewartakan dalam enakmen kerajaan negeri bahwasanay ajaran syiah itu melanggar aturan-aturan Alil Sunnah Wal Jamaah. Beliau seperti duan MB yang lain turut mempertahankan dan menghalang sebarang penyebaran fahaman syiah di negeri masing-masing.Klik Sini

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri turut mengumumkan akan membantu Majlis Agama di setiap negeri untuk mengekang aktiviti penyebaran syiah. Sememangnya orang melayu dahagkan tindakan pre-emptive seperti ini.

Orang melayu tak nak lagi pemimpin yang hanya kaki amaran, yang membuka habis hak Islam/Melayu digadaikan.

Justeru, beringatlah, dalam pemilihan Umno nanti, pilihlah individu yang mendahulukan Islam/Melayu daripada mendahulukan permintaan cinabeng!


Monday, July 22, 2013

Hadi Awang Lupa Dalam Pakatan Lagi Ramai 'Syaitan'

Bekas calon PKR, bagi DUN Bukit Besi yang tampil dengan kenyataan menyelar dakwaan Presiden PAS sebagai tindakan yang sudah terlambat. Untuk mengembalikan maruah sebagai seorang yang bersih dari tuduhan mengedar pil kuda.

Apa yang menarik kenyataan Hadi Awang bermaksud untuk menidakkan kehadiran puak-puak bertopengkan komunis dan tercemar dengan jenayah dadah.



Semasa kempen PRU-13 yang lalu, Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja ‘haram’ iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.


Wah! Indah sungguh prinsip PAS yang dikeluarkan Hadi Awang ini. 'Syaitan-Syaitan' tak boleh masuk dalam group Pakatan??

Bukan ke memang sedia maklum ramai 'syaitan-syaitan' ada dalam kelompok pembangkang? Syaitan yang bermata lebam, syaitan yang berkerusi roda, syaitan yang gagap, syaitan yang balun bini orang, syaitan yang mendoakan keburukan sesama Islam dan bermacam jenis syaitan lah dalam keluarga Pakatan ni.

Justeru, hakikat yang perlu disedari oleh semua penyokong PAS, buru dan hapuskanlah 'syaitan-syaitan;' dikalangan kamu sebelum lantang ingin menyekat syaitan yang Hadi Awang tuduh dalam sekutunya itu.

PAS Kaut Untung Projek Balak, Korek Pasir Tak Jaga Sungai Kelantan!

Sekalung tahniah diucapkan kepada rakyat PAS Kelantan kerana kerajaan negeri menunaikan janji dan manifesto mereka iaitu mendahulukan banjir dan mengutamakan balak. Untuk itu, rakyat Kelantan berhak menuntut hak royalti mereka dari kerajaan negeri kerana kerajaan PAS Kelantan lah perompak harta rakyat Kelantan sendiri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih merisaukan ia telah memberikan impak pengeluaran padi yang semakin merosot setiap tahun, sekali gus merugikan petani akibat dari sungai yang cetek.

Ini bukan sesuatu yang direka bagi memburukkan kerajaan Kelantan dan jika kerajaan negeri itu tidak bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk menanganinya, masalah ini tidak akan selesai dan rakyat Kelantan terus menjadi mangsa.

Jika Husam mencadangkan agar Rafizi berdebat dengan Ahmad Shabery Cheek, Hah, eloklah kini kalau kita cadangkan supaya Husam menasihati Menteri Besar Kelantan tu agar beri kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat biarpun rakyat yang hendak dibantu ini bukan menyokong kerajaan. 


Husam sepatutunya menasihati kerajaan negeri Kelantan agar tidak sewenang-wenangnya menjalankan kerja pembalakan dan projek korek pasir yang macam cendawan tumbuh di Kelantan menjadi punca pencemaran dan banjir.

Agaknya berapa juta la yang mengalir masuk dipoket-poket pemimpin PAS Kelantan bila mana projek korek pasir dan penebangan balak yang tidak terkawal kian berleluasa di Kelantan. Patutlah banjir menjadi agenda utama malapetaka rakyat Kelantan.

Tersepit Isu Dakwaan Di Mahkamah, Siew Fook Cuba Alih Pandangan Rakyat

Setelah dihantui dakwaan dalam kes perhimpunan haram, Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook cuba mengelak dari isu dirinya diperkatakan dengan membangkitkan isu lain.

Apa yang dilakukan Siew Fook ini nyata satu strategi jahat untuk merampas kuasa pemerintahan di tanah beradat ini. Segala usaha telah dilakukan oleh kerajaan Negeri sebelum PRU13 untuk memberikan khidmat , anugerah yang sama rata antara kaum agar semua kaum di Negeri Sembilan menikmati nikmat yang setara. 

Mereka dengan tangan yang terbuka menerima dan menikmati pemberian , khidmat dan augerah itu tetapi oleh kerana Loke Siew Fook dan DAPig menjanjikan bahawa mereka boleh menubuhkan negeri dan negara mereka sendiri kali ini ,(ini kalilah.... ) dengan di bantu oleh segelintir orang Melayu pengkhianat bangsa, mereka telah mengkhianati kerajaan dengan memberikan undi kepada parti rasis dan chuvanist DAP. 

Namun, setelah gagal menubuhkan kerajaan Negeri dan Negara, mereka sepatutnya merasa malu untuk meminta-minta. Biar apapun terjadi, anak negeri jangan sesekali memberi muka kepada Loke Siew Fook yang mahu merampas negeri warisan kita ini...

Sunday, July 21, 2013

Bahas Isu Kelantan Dulu, Baru Boleh Debat Pasalk Terengganu

Apa saja yang dikecohkan oleh Husam melalak agar Menteri Komunikasi dan Multimedia berdebat dengan hingusan gay Rafizi secara terbuka dan live di RTM bagi membahas isu berkaitan rakyat Terengganu betul-betul lawak Husam yang paling bangang sekali.

Rakyat Terengganu sudah menikmati kesejahteraan dan kemajuan sejak Terengganu kembali dirampas Barisan Nasional pada PRU12 lalu sudah cukup membuatkan mandat yang diberi dilaksanakan sebaiknya.

Pembinaan Lebuhraya, Masjid Kristal dan keupayaan sebagai tuan rumah Sukma turut menjadi gambaran rakyat Terengganu bersama beroleh manfaat yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Husam, tak payahlah kamu nak beria-ia membahas isu di Terengganu kerana isu di Kelantan yang menghampiri 23 tahun masih buntu dan tidak nampak jalan kesudahannya. Majukan Kelantan dulu baru nak soal tentang Terengganu kerana negeri Ganu, negeri maju.

Saturday, July 6, 2013

Kerajaan Perlu Tapis Senarai Rakyat Di Mesir Yang Ingin Di Bawa Pulang

Demo bersih di Cairo
Syukur kerana rakyat Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat. Namun, seperti yang kita maklum ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir, terutamanya para pelajar. Dalam krisis yang berlaku beberapa tahun lalu kerajaan telah memunggah rakyat Malaysia pulang ke tanah air demi menjaga keselamatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum juga ramai para pelajar Malaysia adalah penyokong Pas. 

Saya jangka untuk krisis kali ini kemungkinan besar kerajaan sekali lagi akan menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia. 

Untuk operasi kali ini saya cadangkan agar kerajaan hanya membawa pulang rakyat Malaysia yang tidak berparti atau yang menyokong BN sahaja. Yang sokong Pas atau puak-puak Pas jangan di bawa pulang. Sebab selama ini mereka memang suka kepada demonstrasi jalanan dan sebagainya. 

Sampai di Mesir pun mereka buat demo bersih dan sebagainya. Jadi kali ini biar mereka hidup dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran mereka. Tak perlu kita nak fikir pasal keselamatan mereka dan sebagainya. Sebab masa mereka buat demo pun mereka tidak pernah fikir pasal keselamatan dan kesusahan orang lain. 

Hiduplah kau orang dalam demonstrasi yang menjadi kegemaran kau orang selama ini...

Friday, July 5, 2013

Teo Kok Seong Kencing Lagi...Dakwa DAP Mesra Kaum?? Hampeh!!

Aku nak gelak bila aku terbaca kenyataan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong yang juga merangkap Ketua Pemuda DAPSY yang mengatakan DAP adalah sebuah parti berbilang kaum.

Apakah logiknya bila dikatakan DAP parti berbilang kaum? Apa yang kita semua sedia maklum DAP adalah parti yang perkauman? Jika tidak, masakan kaum-kaum yang berbilang di dalam parti itu boleh disampahkan sesuka hati oleh pimpinan DAP itu sendiri?

Rakyat bukan bodoh dan buta hati untuk mengerti kenyataan Kok Seong yang beria-ia membela pertualang seperti bekas calon DAP Parlimen  Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim.

DAP yang kini tersepit dihantui populariti sebagai parti rasis kini mengatur taktik kononnya parti itu sebuah pati berbilang kaum. Walhal, nasib kaum India sebagai ahli parti itu sendiri dinafikan..

Sepatutnya Kok Seong 'refer' dulu bos-bos yang lain sebelum membuat kenyataan kerana ianya mengundang kesan buruk pada imej DAP yang terang-terang menafikan ianya sebuah parti berbilang kaum..tetapi ianya parti satu kaum saja.