Followers

rantau ku sayang

Friday, February 28, 2014

Maruah Presiden PAS Dah Di Malukan PKR,Inilah Semangat Setiakawan PKR Yang Mereka Ikuti Dari DAP


Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin pada Ahad lalu.
Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah Presiden PAS telah diperkotak katikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri.
Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di situ.
“Masalah dua juta boleh settle insya Allah. Satu seruan jihad je dibuat melimpah duit datang.
“Tapi bukan soal wang…soal maruah tuan guru aku. Tak ada mood langsung nak ke Kajang kepas ni,” katanya dalam laman sosial peribadi, salehhuddin.mohdnasir.
Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki turut menyokong kenyataan Yang Dipertua PAS Gombak itu.
“Kami selaku pendokong jemaah yang kita cintai ini menyokong kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
“Ia bukan soal duit, tetapi soal maruah. Sekarang ini siapa yang tak setia kawan?,” katanya.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.
Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.
“Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wednesday, February 26, 2014

Presiden PAS Diperintah Bayar RM2 Juta

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.
Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.
Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.
“Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.
“Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.
“Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman,” katanya ketika ditemui.
Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sunday, February 23, 2014

Cina Mudah Lupa...Siapakah Anwar...PRK Kajang


Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.
Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.
Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.
Krisis berterusan hingga 1980-an
 
‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.
Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.
Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.
Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana.

Pengerusi Hindraf besar kepala, biadap


Tindakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau, adalah biadap dan melampaui batas.
Sikap pemimpin Hindraf itu yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya merupakan mainan politik beliau dalam menutup sikapnya yang lebih mementingkan diri sendiri.
Tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.
Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira 2 juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kembali kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri. Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya 9 bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan.
Beliau sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan saya dalam hal ini, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau Ternyata, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan. Beliau perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
Peluang berada dalam kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India. Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy.
Kerajaan BN, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira Sebagai contoh dalam usaha membangun dan meningkatkan jumlah sekolah jenis kebangsaan tamil di negara ini, kerajaan sudah memperuntukkan RM540 juta untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sejak tahun 2009. Ini termasuk peruntukan RM100 juta setiap tahun bagi tahun 2012 dan tahun 2013.
Kerajaan juga memperuntukkan peruntukan khas RM20 juta kepada 13 SJKT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan penyelengaraan bangunan pada tahun 2013.

Sultan Palsu Lebih Baik Masuk Program Raja Lawak Sahaja


Sistem pemerintahan Raja atau Sultan yang hari ini dikenali sebagai raja monarki adalah satu sistem politik yang sangat kuno, kewujudannya hampir sama dengan kewujudan tamaddun awal manusia itu sendiri.

Hidup bermasyarakat memerlukan pemimpin. Dengan adanya pemimpin barulah suatu masyarakat itu dapat diurus dan diselaraskan supaya mereka dapat menjalankan aktiviti kehidupan mereka dengan baik dan teratur.

Ciri-ciri kepimpinan bukan ada pada semua orang, menjadi pemimpin bermakna memiliki kuasa. Dengan kuasa di tangan, mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka. Pemimpin yang baik akan disayangi oleh rakyat, pemimpin yang jahat pula akan dibenci oleh rakyat.

Oleh kerana pemimpin mempunyai kedudukan yang istimewa dan mereka mendapat berbagai faedah, maka ramailah orang yang ingin menjadi pemimpin. Kerap terjadi perebutan kuasa hingga melibatkan peperangan, pemberontakan dan pertumpahan darah semata-mata hendak menjadi pemimpin.

Dengan mengamalkan system raja atau sultan, kepimpinan telah menjadi suatu yang boleh diwarisi melalui nasab keturunan. Ada beberapa sebab kenapa sistem kepimpinan corak raja atau sultan ini dipilih. Pertama, mereka tidak mahu semua keistimewaan yang keluarga mereka dapat semasa menjadi pemimpin terlepas kepada orang lain. Kedua, apabila kepimpinan diturunkan kepada anak atau keturunannya, maka ini dapat mengelakkan perebutan kuasa yang boleh membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.

Tetapi terdapat kelemahan yang paling ketara kalau menggunakan sistem raja atau sultan, ciri-ciri kepimpinan yang baik tidak boleh diturunkan kepada anak. Tidak semua orang ada kemampuan untuk menjadi pemimpin. Kalau kebetulan anak raja yang bakal mewarisi ayahandanya tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik maka ini akan mendatangkan banyak masalah kepada Negara dan rakyat.

Mereka yang mendokong sistem raja dan sultan ini tahu tentang kelemahan sistem tersebut. Untuk menutup kelemahan ini, mereka telah mencipta berbagai mitos tentang raja. Mereka telah mengasingkan darjat raja dengan rakyat, mereka tidak boleh bergaul dengan rakyat sewenang-wenangnya. Malah dalam setengah masyarakat, mereka menganggap raja sebagai wakil tuhan yang patut disembah, bahasa yang diguna di istana juga berbeza dengan bahasa rakyat biasa. Raja dianggap mempunyai daulat yang boleh memberi ‘kesan’ kepada rakyat yang tidak menghormati raja.

Zaman telah berubah, manusia sudah celik dan bermaklumat, mereka tidak mudah mempercayai mitos dan benda karut marut. Sistem raja dan sultan telah tidak sesuai lagi kepada manusia moden. Mereka hanya perlukan pemimpin untuk memimpin mereka, bukan pemimpin dalam bentuk raja atau sultan lagi.

Mereka telah mencuba berbagai sistem untuk mengurus hidup mereka dan memilih pemimpin mereka. Banyak Negara di dunia hari ini telah membuang raja mereka dan menggantikan dengan sistem pilihan rakyat yang kita kenali sebagai demokrasi. Melalui sistem demokrasi rakyat dapat memilih pemimpin yang terbaik di kalangan mereka sendiri untuk memimpin mereka.

Tuhan tidak pernah mewariskan mana-mana bahagian bumi ini untuk diperintah oleh seseorang dan keturunannya. Tuhan juga tidak pernah menjadikan ciri-ciri kepimpinan hanya dimiliki oleh seseorang dan keturunannya.

Perbuatan seorang yang mengaku waris keturunan Sultan Melaka yang mahu menuntut jawatan Sultan Melaka baru-baru telah menjadi bahan ketawa orang ramai sahaja. Tidakkah dia sedar, kita bukan lagi berada pada tahun 1514 tetapi tahun 2014.

Dalam era di mana orang tidak lagi berkehendak kepada raja, tiba-tiba dia muncul untuk menawarkan diri untuk menjadi Sultan Melaka. Lebih baiklah tuanku masuk program Raja Lawak saja, memang kami terima.
 

Isu CEC - Khairy Jamaluddin Belasah Guan Eng





Selepas kenyataannya disalahertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .

"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.

"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.

Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.

Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai “terpencil”, perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.

"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.

"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.

Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.

"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.

"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.

Saturday, February 22, 2014

CILI KASI TARUK! APA SALAHNYA KALAU ADA MELAYU KAYA DI MALAYSIA?

Ok,   nak share dengan korang satu artikel yang telah aku petik dari Facebook mengenai Datuk Mokhzani Mahathir. Mari kita baca




Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. Saya akan huraikan satu demi satu.

Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.

Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai ‘wellsite operations engineer’ di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung dengan itu ‘wellsite operation engineer’ adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.

Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :

" providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works." (official website)

Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani tidak ambil.

Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat SapuraKencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini dikawal oleh DS Najib dan Tun.

Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat kejayaan dalam masa akan datang.

Wednesday, February 19, 2014

WAYTHAMOORTHY MERENGEK MINTA RM4.5B SETAHUN, BAJET OPERASI RM70 JUTA SETAHUN…



Semalam pada sidang media, berulang kali Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy menegaskan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji.

Namun, beliau gagal menyatakan secara terperinci mengenai apakah janji yang telah dilafazkan oleh Najib sebelum ini.

Ada pendapat mengatakan, daripada menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas kegagalan pelaksanaan memorandum antara beliau dengan Perdana Menteri, Hindraf sepatutnya mengakui kesalahan sendiri dan memikul tanggung jawab terhadap kegagalan pelaksanaan program-program untuk membantu kaum India.

Dengan kata lain jangan tuduh Najib atau kerajaan Barisan Nasional tidak mahu menolong tetapi ada sebabnya kenapa permintaan Waythamoorthy itu TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN.

Satu sumber kerajaan menyebut, Waythamoorthy telah menghantar cadangan kepada Perdana Menteri pada Jun tahun lalu supaya sebuah Unit Pembangunan Komuniti India ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana beliau bertanggung jawab terhadap jabatan tersebut.

Jabatan berkenaan akan dilengkapi dengan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP), Timbalan Ketua Pengarah, pegawai pentadbiran serta mempunyai kuasa eksekutif dan bajet tersendiri untuk melaksanakan program-program pembangunan kaum India yang telah dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman BN-Hindraf.

Dengan itu, Waythamoorthy telah meminta bajet operasi sejumlah RM70 juta setahun untuk tempoh 2013 sehingga 2017 bagi membiayai operasi yang terdiri daripada 231 kakitangan awam dan 300 kakitangan daripada Hindraf.

Selain bajet operasi, Waytha Moorthy turut meminta bajet berasingan berjumlah RM4.5 bilion setahun selama lima tahun untuk melaksanakan program-program yang telah dipersetujui dalam MoU BN-Hindraf.

Berapa tu kalau lima tahun? Jumlahnya ialah RM22.5 bilion!

Sudah pasti kaedah pelaksanaan yang dicadangkan pemimpin Hindraf ini bercanggah dengan sistem penyampaian kerajaan di mana Hindraf mahu menjadi penyudah (final touch point) inisiatif kerajaan kepada masyarakat India.

Biarpun sudah ditolak, Waythamoorthy tetap merengek supaya bajet berjumlah RM4.5 bilion yang akan diletakkan di bawah Hindraf dipersetujui Perdana Menteri.Najib terpaksa menolak permintaan tersebut kerana perkara seumpama itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

Elok dibaca bahan yang dipetik daripada blog asalbersamaumno ini untuk mengetahui lebih lanjut tembelang Waythamoorthy yang tidak dapat menerima system penyampaian kerajaan.

Go To Hell Waythamoorthy…Orang Melayu Tidak Akan Lupakan Kamu…






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pembohong dan khianat kepada komuniti India?

Demikian kata pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) P Waythamoorthy , 48, yang muncul kali pertama selepas seminggu meletakkan jawatannya sebagai senator dan timbalan menteri.

Sebelum menilai sikap bekas pemimpin radikal India ini, kita kenali siapa India radikal ini:

Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan, meninggalkan Malaysia tiga hari selepas bantahan besar-besar oleh Hindraf pada 25 Nov 2007 yang menyaksikan beberapa aktivis kumpulan itu ditahan pada 13 Dis 2007. Terdahulu, pada Mac 2008, kerajaan Malaysia membatalkan pasport Waythamoorthy.





Berikutan itu, beliau memohon dan diberi suaka politik oleh kerajaan Britain. Pada bulan Oktober tahun yang sama, kerajaan mengharamkan Hindraf.

Pada 1 Ogos tahun lepas, Waythamoorthy kembali ke Malaysia dengan pasport dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura selepas tinggal di England selama 56 bulan. Bagaimanapun, pada Januari lepas, kerajaan menarik balik pengharaman selama tahun tahun itu bagi membolehkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Waythamoorthy mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah kaum India.

Sekarang kita teliti apa yang sudah Najib sebagai Perdana Menteri memberikan kepada kaum India. Hakikatnya orang Melayu pun bengang dengan Najib dalam konteks memberikan muka kepada orang India:

1. Ada dua Menteri dan empat timbalan menteri daripada kaum India. Selain Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan, empat yang lain dilantik sebagai timbalan menteri – Datuk M.Saravanan (Belia dan Sukan), P.Kamalanathan (Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Dr J.Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan P.Wyathamoorthy (Jabatan Perdana Menteri).

Berapa kerusi mereka menang dalam PRU ke13 dan apakah semua undi daripada orang India? Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) MIC berjaya merangkul empat kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada pilihan raya umum kali ini, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Pada PRU 2008, MIC mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi.






2. Dalam tempoh lima tahun jadi Perdana Menteri, hampir RM500 juta peruntukan telah disalurkan oleh Najib bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini. Ia bagi memastikan kaum India berjaya dalam bidang ekonomi termasuk pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus melalui pelbagai dana yang disediakan kerajaan.

3. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) sahaja telah memperuntukkan sejumlah RM34.5 juta untuk membantu peniaga kaum India antara tahun 2008 hingga 2011. Pada 2012 Tekun menyalurkan peruntukan RM30 juta sementara 2013 sebanyak RM50 juta dan tahun ini juga RM50 juta. Tekun turut membantu 65 syarikat milik kaum India untuk menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dengan peruntukan berjumlah RM4.4 juta.

4. Bagi dana lain, dalam tempoh dari Ogos 2012 hingga Oktober 2013, sebanyak 8,107 permohonan daripada usahawan India diterima dan sebanyak RM119.4 juta sudah disalurkan.

5. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula sudah menyalurkan pinjaman berjumlah RM47.5 juta kepada 774 usahawan India manakala Tekun melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga memberi pinjaman RM153.9 juta kepada 12,319 usahawan India.

6. Sejumlah 22 syarikat atau bengkel milik kaum India mendapat manfaat daripada peruntukan berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui program Pemodenan Bengkel Automotif (Atom).

7. Sementara bagi menjamin anak-anak India tidak ketinggalan, kerajaan menyalurkan peruntukan RM100 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sama seperti yang diperoleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Apakah perbuatan Najib ini khianat pada orang India?

Waythamoorthy mendakwa beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.





"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.

Waythamoorthy selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.

"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.

Kenapa dia 'tidak dilayan' oleh Najib?

Jawapannya ialah:

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India. Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau,” menurut sumber-sumber kerajaan.

Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan. Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.

“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.





Waythamoorthy pada 10 Februari lalu, meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa.

Dalam sidang medianya selama 20 minit semalam, Waythamoorthy turut menggesa Najib supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu. Muncul dalam keadaan lesu dan letih, beliau enggan mengambil soalan daripada pemberita yang sesak dalam satu bilik dalam majlis di Brickfields.

Beliau juga meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa selepas membuat kenyataannya. "Tindakan itu tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang. Kisah ini akan diulang cerita berkali-kali," bidas Waythamoorthy.

Memang tindakan perkauman Waythamoorthy ini tidak akan dilupakan juga oleh orang Melayu yang menyokong UMNO dan Najib, apalagi dengan tuduhan Najib khianati masyarakat India.

Banyak pihak menganggap perlantikan Waythamoorthy ini merupakan satu kesilapan besar yang bakal membawa nanah kepada orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional. Sudah terbukti, dia melakukan ikut perasaan dan cuba pula mencanang kononnya kerajaan tidak pernah ikhlas membantu kaum India di Malaysia.

Ada Menteri kanan mengatakan penyiasatan secara terperinci telah dilakukan terhadap Waythamoorthy dan HINDRAF dan 'comfirm' inilah strategi paling padu dalam membawa masyarakat India kekal dengan BN dalam abad ini.

Menteri tersebut juga kononnya memang master bab 'blue ocean strategy' ini berjanji untuk melakukan pemantauan berkala kepada HINDRAF dan sekaligus meletakkan HINDRAF setara dengan MIC (bagi tujuan back up jika MIC gagal menawan kembali pemikiran masyarakat India di Malaysia). Sekarang apa sudah jadi?

Strategi memilihWaythamoorthy adalah satu kesilapan yang cukup besar tidak wajar dilakukan lagi. Ini strategi makan tuan. Orang yang mencadang itu pun sepatutnya diminta letakkan jawatan!

Malah, kalau ada pemimpin India berperangai seperti Waythamoorthy ini, sila bertandinglah dalam pilihan raya untuk menegakkan ‘hak mereka’.

Rasakan sendiri bagaimana sukarnya menjadi calon dan memang pilihan raya.

Tetapi untuk India radikal ini, Najib petiknya dari keadaannya yang entah bagaimana untuk dijadikan rakan dalam pentadbiran Putrajaya.

Bukan mudah untuk dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Tetapi Waythamoorthy mahu mempertahankan kesombongan dirinya dan rela mengorbankan harapan kaum India agar memperjuangkan nasib mereka ke arah yang lebih baik.

Seperti kata Najib,perletakkan jawatan P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendukacitakanwalaupun menghormati keputusan pemimpin Hindraf itu dengan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.

"P.Waythamoorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan perletakan jawatannya," kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.

Apapun Waythamoorthy seharusnya seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan serta menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.

Bagi kita, Go To Hell kamu Waythamoorthy...kami juga tidak akan lupakan kamu!!!

Tuesday, February 18, 2014

Artikel 153 & Ketuanan Melayu

Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

( Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. 

Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. 

Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Kontrak Sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.



Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan.

Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). 

Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. 

Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. 

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa“…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. 

Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” 

Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina??

Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. 

Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. 

Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??

Terkini:

Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu.

Wednesday, February 12, 2014

Perpaduan Kaum DAP: Teresa Kok Kantoikan Lim Kit Siang



Lim Kit Siang berkata: I Love Malaysia, We All love Malaysia..
Sebab tu dia bekerja keras untuk Kempen Perpaduan Kaum..dan yang paling menarik antara usahanya:


  1. Lim Kit Siang orang pertama dekat Malaysia sengaja mempertikai ayat 120 Surah Al-Baqarah yang dibacakan ketika imam membaca khutbah Jumaat
  2. DAP adalah parti yang pertama berjaya mempertikaikan laungan Azan di Pulau Pinang
  3. DAP adalah parti bukan Islam pertama yang mempersoalkan cara pengagihan Zakat hanya kepada orang Islam
  4. Lim Guan eng yang paling beria-ia mempertikaikan hak penggunaan Kalimah Allah Ekslusif kepada agama Islam di Semenanjung
  5. Kebiadapan anggota-anggota DAP yang menyelar penjawat awam sama dengan anjing, bodoh dan pelbagai perkataan menghina.
Adakah 5 perkara ini bertepatan dengan Kempen Perpaduan Kaum oleh DAP??
Ini namanya perpaduan kaum saranan Kaki pencetus 13 Mei sedangkan anak buahnya cukup tidak ada adab dan tidak pernah mahu mohon maaf atas kelancangan mulut. Kalau kaum biadap yang tidak tahu mohon maaf nak cadangkan Perpaduan Kaum, pakai hancurkan perpaduan lagi ada laaa..

Si kapir ni tak tahu Islam...jadinya orang yang mengaku Islam dan dilahirkan Islam dan di izinkan ALLAH jadi pemerintah wajib memberitahu... sebagai mana ayat Al-Ikhlas...QUL...maka beritahu lah mereka....Insya Allah...ALLAH lebih mengetahui...