Followers

rantau ku sayang

Saturday, January 28, 2012

Jangan cepat melatah bang ???

Secara sinis Menteri Besar Negeri Sembilan telah menghentam dan menempelak Menteri Besar Selangor apabila bersetuju  menerima permintaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjual air dari negeri tersebut kepada negeri Selangor. 
 
Jelas terbukti bahawa  Selangor tidak mampu menyediakan air bersih kepada rakyatnya. Sehingga hari ini Menteri Besar Selangor tidak memberikan sebarang respons terhadap isu ini.

Apa apa pun ini bukanlah satu perkara yang  boleh dilakukan dalam masa yang terdekat. Ini adalah satu perancangan  masa hadapan yang belum pun mempunyai  hitam putih dan masih dalam penelitian dan secara umumnya sahaja Menteri Besar telah bersetuju  untuk menjual air kepada  Selangor.
 
Mungkin ketika itu  Selangor sudah pun kembali kepada pangkuan BN. Kenapa masih ada pihak yang  cepat melatah dengan  fakta mana yang mereka dapat? Mewakili rakyat Negeri Sembilan secara tiba tiba kononnya membantah keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Apa apa pun tak kan kita  sanggup  lihat rakyat Selangor mati kehausan jika ianya benar benar berlaku hanya kerana perbedaan politik.

Tuesday, January 17, 2012

Setelah di angkat bermacam-macam darjat,... Kini Ni Aziz di gelar 'KERAMAT HIDUP' pulok?


Kata CAB:
Dianggap wali sudah...
Dianggap Nabi pun sudah...
Kini dianggap keramat hidup pula?
Hantam saja la labuuuu. . . .
Keratan ini dari portal : http://www.freemalaysiakini.com


Saturday, January 14, 2012

LIWAT II: Anwar tuduh politik mana yang campur tangan? Klik baca sini!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak harus ada campur tangan politik sekiranya Peguam Negara mahu membuat rayuan berhubung pembebasan beliau dalam kes liwat, Isnin lalu.

“Soal pendakwa raya rayu itu bukan soal saya, itu ruang yang ada untuk dia terkandung dalam akta dan undang-undang. Ia terserah kepada badan kehakiman untuk memutuskan keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta.

“Tetapi, saya harap tiada sebarang campurtangan politik dalam kes ini. Kami faham undang-undang dan perlembagaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, hari ini.

Sumber : N9kini.com

Kata CAB:
Agak selama ini, politik mana yang campur tangan? Dan bukannya puak-puak politiknya sendiri yang tak sudah-sudah sebuk campur tangan. Merusuh kesana kemari.. Bersepanduk sana bersepanduk sini... Heret cerita di setiap ceramah jalanannya. Sehingga cuba mengugut mahkamah?

Tak sedar ke puak-puak ni haa?

Monday, January 9, 2012

Adam Adli serta merta digantung pengajian mengikut Peraturan AUKU

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, 22, dihukum gantung pengajian berkuat kuasa serta merta.

Hukuman itu dijatuhkan dengan gantung pengajian selama tiga semester, selepas beliau didapati bersalah menurunkan bendera Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semasa demonstrasi di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu. 

Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam. 

Sumber: BH Online.

Sunday, January 8, 2012

Pengawal Keselamatan Azizah Disuntik Atau Azizah di suntik?

[GAMBAR] : Pengawal Keselamatan Azizah Disuntik, Ditusuk, Diserang - Yang Mana Satu? #BebasAnwar901 #Justice4Saiful901

Tadaaa...

Ejen Jason Bourne baru sahaja mengirimkan gambar pengawal keselamatan Wan Azizah yang dikatakan telah  'diserang' dan 'disuntik' dengan sejenis racun.

Sebentar tadi heboh beberapa totok PR mengatakan Fayyad tidak sedarkan diri dan jantungnya berhenti berdenyut.

Maklumat ejen sebentar tadi mengatakan bahawa Fayyad sudah sedar, serta mampu bercakap melihat dari gambar di atas juga kelihatan mata Fayyad terbuka.

Anehnya di sini beberapa kekeliruan serta kebodohan pembangkang jelas ketara.

Pada awalnya mereka mengatakan Fayyad cuba dibunuh di mana penyerangnya telah menyuntik mangsa dengan sejenis racun :


Namun tidak berapa lami selepas itu, twitter Keadilan memperbetulkan kembali laporan dengan mengatakan Fayyad tertusuk jarum ketika berceramah.

Tapi drama ini tidak berhenti di situ sekejap tadi ianya dibetulkan semula di mana mereka mengatakan Fayyad ditusuk ketika bersalam.


Kalau benar-benar ada pihak mahukan Anwar Ibrahim dan isteri mati, percayalah ianya telah lama dilakukan dan nescaya Anwar Ibrahim hari ini mungkin tidak mampu menghirup udara di bumi bertuah Malaysia.

Yang paling menarik, ahli PKR sendiri keliru kerana beliau sendiri mendapat versi cerita berlainan dari rakan PKR mereka sendiri. Kelakar bukan?

Lagi dua hari...

Lagi dua hari...

Hari ini pengawal disuntik, jangan hairan jika esok Anwar Ibrahim pula disuntik...

Tapi apa yang saya tahu, Anwar Ibrahim dah tusuk jubor Saiful Bukhari...

Opppss... maaf kasaq pulak!...

Hahahaha... 


Petikan Sumber : Double Y