Followers

rantau ku sayang

Sunday, August 31, 2014

Mengapa gelagat politik PAS kurang mesra Pakatan Rakyat?


Sejak kebelakangan ini PAS semakin kerap membuat keputusan sendiri dalam menangani isu-isu politik yang seharusnya dibincangkan secara musyuwarah dengan PKR dan DAP.

Mutakhir sekali, PAS tidak mengekori keputusan tegas PKR dan DAP dalam mengemukakan calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor. Kedua-duanya hanya mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja.

Alasan PAS ialah ia akur titah Sultan Sharafudin Idris Shah supaya baginda dipersembahkan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan itu. Ada kemungkinan PAS akan mengenengahkan tiga nama.

Namun anehnya, PAS memberi perakuan bahawa ia hanya akan menamakan nama Adun-Adun dari PKR sahaja untuk jawatan itu. Ini demi menegaskan ia tidak berminat mengisi kerusi nombor satu itu.

Sekali gus ini juga menegaskan bahawa PAS masih sehaluan dengan pemikiran politik Pakatan Rakyat bahawa kerusi Menteri Besar Selangor itu adalah amanah yang diberikan kepada PKR.

Pada kacamata DAP dan PKR gelagat PAS ini agak pelik. Sejak dari mula isu Menteri Besar ini menghangat, PAS boleh dilihat sebagai dalangnya.

PAS mula jarakkan diri apabila PKR pecat Khalid

Ketika pimpinan PKR menyingsing lengan dan mengambil keputusan memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS membuat pendirian tegas tidak mahu Khalid diganti.

Berikutan itu ia memberi isyarat kepada 15 Adunnya supaya tidak menyokong dalam bentuk apa jua pun usul Khalid diturunkan dari kerusi Menteri Besar.



Tindakan PAS ini agak pelik. PKR dan DAP bungkam. Mengapa PAS bertindak di luar konsensus Pakatan Rakyat? Selanjutnya PAS mengarahkan empat ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exconya), terus menyokong Khalid.

Apa pun jua, alasan PAS tetap kelihatan samar. Pada satu segi ia seolah-olah mahu mengambil alih kerusi Menteri Besar. Bagaimanapun pimpinan PAS bermati-matian menegaskan jawatan itu milik PKR.

Persoalannya, adakah PAS mempunyai pengetahuan atau maklumat yang lebih penting yang tidak dikongsi dengan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya?

Ini satu kemungkinan. Apabila Dewan Pimpinan Pusatnya bermesyuarat 17 Ogos lalu, PAS mengambil pendirian mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai calon kedua untuk jawatan Menteri Besar.

Namun pada sebelah petangnya apabila bersemuka dengan pimpinan PKR dan DAP dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, PAS tidak pula membantah usul supaya hanya nama Wan Azizah dikemukakan sebagai calon tunggal kepada Sultan.

Kemudian ada pimpinan PAS Selangor yang membisikkan kepada umum bahawa PAS sebenarnya ada maklumat Istana mahu lebilh daripada satu nama dipersembahkan kepada Sultan.

Ternyata kemudian bahawa maklumat PAS itu tepat. Pada Selasa, 26 Ogos lalu, Sultan menitahkan supaya konvensyen atau amalan lazim dipatuhi. Lebih satu (kini lebih dua) nama diperlukan demi memudahkan Sultan membuat pilihan.

Namun PKR dan DAP tidak mahu berkompromi. Kedua-duanya hanya mahu nama Wan Azizah sahaja sampai kepada pangkuan pertimbangan Sultan.

PAS adalah parti Islam. Seberapa mungkin Islam mengajar supaya menjauhi kontroversi dan perselisihan faham. Yang diutamakan ialah ketenteraman dan kesefahaman.

Maka, mungkin atas sebab itu PAS memilih untuk tidak menyertai tindakan yang mungkin boleh mendatangkan “murka” Sultan.

Krisis MB: Anwar sifatkan PAS tak faham prinsip Pakatan


Jika sebelum ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengambil sikap berdiam diri berhubung sikap PAS yang 'liat' menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor, namun hari ini beliau tampil menegur sikap parti Islam itu.

Walaupun teguran itu disuarakan dalam nada yang tidak keras, namun jelas Ketua Umum PKR itu kecewa dengan PAS yang masih lagi bermain tarik tali dan disifatkan sebagai 'tidak faham prinsip'.

"(PAS) secara rasmi mahu bersama Pakatan Rakyat walau beberapa kenyataan bercanggah dengan keputusan awal. Sebab itu saya tegur.. Sebab itu saya tanya, Adakah benar PAS tak mahu sokong Azizah sebab wanita?

"Kalau ada alasan betul, kita boleh wacana.. tapi kalau bimbang Tuanku tak setujulah, jadi kena hantar dua tiga nama...saya kata, ini soal prinsip, kalau nanti PM tiga nama, MB tiga nama.. Ini soal prinsip," katanya dalam program Dialog Anak Muda, di sini hari ini.

PAS sebelum ini terpaksa  'mengambil masa' bagi membincangkan pencalonan Wan Azizah di kala dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR dan DAP sebulat suara menyatakan sokongan kepada ADUN Kajang itu.

Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang membincangkan perkara tersebut pada 17 Ogos lalu kemudiannya menyatakan sokongan kepada Wan Azizah, namun PAS bertindak mengemukakan satu nama tambahan lain, iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Bagaimanapun mesyuarat Majlis Pimpinan Paktan Rakyat pada hari yang sama kemudiannya memutuskan untuk mengangkat nama Wan Azizah sebagai calon tunggal, memandangkan Azmin mengambil keputusan untuk mengundur diri.

PAS bagaimanapun dalam sidang medianya pada 25 Ogos lalu dalam pada itu juga menyerahkan calon tersebut kepada Sultan Selangor selain mengesahkan bahawa 13 ADUN partinya tidak perlu menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Wan Azizah, sekaligus menghantar mesej bahawa pemimpin wanita itu tetap ditolak oleh PAS.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dalam pada itu juga membidas PAS kerana bertindak mencalonkan nama Azmin tanpa merujuk kepada empunya badan terlebih dahulu.

Malah beliau dalam pada itu juga berkata, sekiranya Wan Azizah ditolak sebagai calon Menteri Besar Selangor, perkara tersebut adalah 'sejarah' baru dalam negara ini.

Ini kerana katanya tidak pernah mana-mana pemimpin yang mempunyai sokongan majoriti ditolak untuk diangkat sebagai pemimpin.

"Kalau Sultan tolak itu tindakan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dan mana-mana negara yg pakai sistem 'westminster'," katanya.

Anwar maner pernah mengaku salah... semua kesalahan dituding kepada orang lain... walhal krisis dia juga yang startnyer... lepas tu suruh orang lain mengikut mcam lembu kena cucu hihung... sedang perkara perlantikan Menteri Besar bukanlah isu susah kalau anuar masa mula mula dulu mengajak bincang dengan PAS dan DAP... tetapi ini tidak... anuar seolah-olah naki tunjuk ada kuasa veto.... nuar saja yang betul... ini yang sebenornya. 

PERKASA: PKR Cuba Ugut Kewibawaan Sultan Selangor


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor menyifatkan kemelut Menteri Besar Selangor merupakan salah satu agenda untuk mengugut kewibawaan insitusi diraja di negeri itu.

Presiden PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dalam melakukan peralihan kuasa negeri itu dianggap melampaui batas sehingga mendapat kemurkaan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya nampak perkara ini bukanya percaturan politik tetapi sebenarnya mereka cuba untuk menghapuskan insitusi diraja.

"Kenapa mesti hendak melantik Menteri Besar Selangor seorang perempuan, orang luar dari Selangor, kenapa mesti ambil dari luar? Adakah Selangor sudah ketandusan pemimpin di kalangan lelaki?.

"Tetapi pada hari ini kita lihat, mereka cuba ajukan Duli Yang Maha Mulia Sultan perkara-perkara yang tidak munasabah apabila Baginda menolak lantas dengan itu mereka habis-habisan menghentam Sultan.

"Mereka perlu sedar bahawa Sultan mempunyai penasihat dari segi undang-undang, penasihat dan jangan cuba-cuba sesekali untuk mempertikaikan kewibawaan Sultan," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini semalam.


Beliau menegaskan, setiap titah yang dikeluarkan oleh Sultan sudah dikaji terlebih dahulu dan pemimpin PKR tidak seharusnya lantang membantah arahan dari pihak istana.

"Setiap titah Sultan itu sudah dikaji secara terperinci, tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan dan hanya mereka yang mencari kepentingan dan tujuan tertentu untuk diri sendiri bagi menjatuhkan institusi diraja maka mereka bangun mengatakan Sultan tidak betul.

"Malah menyerang Sultan tidak adil serta mengajak rakyat menggulingkan insitutsi diraja," katanya.

PERKASA merupakan antara 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang turut serta menyertai Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor'  bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu. 

Rakyat sokong keputusan Sultan Selangor


Rakyat Selangor akan menyokong apa sahaja keputusan Sultan Selangor​, Sultan Sharafuddin Idris Shah​ dalam menentukan calon kerusi menteri besar yang bakal ditinggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras) Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, ​hasil gabungan dari wakil  47 NGO ​dari seluruh pelusuk negeri hari ini datang berkumpul bagi menyatakan sokongan penuh terhadap titah yang bakal dikeluarkan oleh baginda.

​Katanya,  Sultan Selangor harus membuat keputusan yang tepat dalam menentukan pemegang jawatan tersebut kerana ia akan mempengaruhi masa depan pentadbiran serta rakyat negeri Selangor.

"​Objektif himpunan hari ini adalah demi menunjukkan sokongan kita kepada Sultan Selangor dan kami juga turut menyokong keputusan yang akan diambil oleh baginda," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

​Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap Abdul Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.

"Perhimpunan ini tidak akan terhenti di sini, kami akan bawa ke daerah lain dan kami akan rancang serta jadikan Selayang dan Sabak Bernam bagi perhimpunan seterusnya, tengokah macam mana nanti," katanya.

"Insya-ALLAH, kami akan teruskan lagi himpunan-himpunan seperti ini,"jelasnya.

​Perhimpunan aman yang berlangsung di Stadium Sultan Sulaiman di sini hari ini disertai oleh 500 peserta dari pelbagai NGO yang masing-masingnya memakai baju berwarna kuning, merah dan juga hitam.
 

Macam Ugutan Nampak Pada PAS!!!! Jangan syok sendiri, PAS hilang 10 kerusi jika tinggal Pakatan, kata Mat Taib


Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini mengingatkan PAS tidak mengambil jalan mudah meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana sekiranya berbuat demikian, parti Islam itu akan mengalami kekalahan yang lebih besar di Selangor.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR.
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi.
"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam hari ini.

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis secara terbuka meminta PAS menyatakan sama ada mereka menentang keputusan PR menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
Muhammad berkata berdasarkan pengalaman 10 tahun sebagai menteri besar Selangor, trend pengundian negeri ini dapat difahami dan PAS akan lebih selamat jika bersama PR.
Katanya, apa jua keputusan yang diambil PAS, kelebihan pengundi Cina ketika bersama PR perlu diberi perhatian ketika ia memberikan satu sumbangan besar.

"Ini pengalaman saya 10 tahun jadi MB. Saya tahu trend. Kita jangan syok sendiri.
"Saya fikir jika PAS ada pendirian baru, PAS akan kalah banyak. Pengundi Cina akan tarik diri, tidak undi calon PAS. Saya sudah tengok trend pengundi di Selangor, PAS menang bukan dengan majoriti besar sangat.

"Kalau PAS ada pendirian berubah, kononnya PAS boleh berdiri dengan sendiri, dan katalah hendak berkawan dengan Umno, saya fikir Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat) banyak kali kata 'jangan percaya'. Ia akan berbalik cerita lama," katanya.
Beliau berkata Umno akan sentiasa mencari peluang bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap parti Melayu itu walau dengan apa cara sekalipun.

Katanya, PAS sendiri pernah mempunyai pengalaman bekerjasama dengan Umno yang menyaksikan perhubungan itu tidak bertahan lama."Umno berkehendakkan PAS apabila ada sedikit menunjukkan kelemahan. Pada pandangan saya, PAS elok terus dalam PR. Umno biarkan dengan MCA dan MIC.
"Jika ada pandangan Umno dan PAS boleh mentadbir (bersama), itu cuma sementara. Apabila Umno dan Barisan Nasional dapat kuasa balik, katakan di Selangor, mereka akan menguis PAS keluar balik selepas berkuasa.

"Kita kena tahu kekuatan kita. Jangan kata kita sudah menang kita boleh ubah strategi akhirnya termakan dengan mainan politik Umno," katanya kepada kira-kira 100 hadirin di universiti itu. 

Kami Tidak Mahu MB Yang Hanya Tahu 'Bermain Kipas'


Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Gerak Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS) mengingatkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa rakyat di Selangor tidak memerlukan seorang Menteri Besar yang hanya 'bermain kipas' sahaja yang merujuk kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi GRABS, Mohd Faisal Idris berkata, belum pernah lagi institusi Menteri Besar dicabuli sejak dipekenalkan pada tahun 1959 di mana pemilihan dilakukan menerusi pilihan raya ekoran dari percaturan politik PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan isterinya demi mendapatkan kuasa.

"Sesiapa yang menggantikan Menteri Besar yang ini (Tan Sri Khalid Ibrahim) mesti lebih hebat daripada dia, bukan setakat alang-alang bermain kipas sahaja.

"Pada pilihan raya 1959 hinggalah sekarang di mana sistem tersebut berterusan di mana Menteri Besar yang dipilih melalui sistem pilihan raya adalah anak jati Selangor.

"Saya juga tidak pernah terfikir mana-mana negeri mahukan orang luar sebagai Menteri Besar mereka," katanya ketika berucap pada Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' di Padang Sultan Sulaiman di sini hari ini



Beliau menjelaskan, PKR disifatkan sebagai sebuah parti yang tidak berprinsip dan sentiasa menuding jari terhadap musuh politik tatkala berdepan dengan kesalahan sendiri.

"Mereka katakan UMNO menggunakan tektik kotor pada pilihan raya dengan cara blackout walhal mereka yang melakukan.

"Secara tidak langsung ini telah membuktikan bahawa PKR sebuah parti yang cakap tidak serupa bikin," katanya lagi.

Faisal turut menambah, rakyat seluruh Selangor perlu menanamkan satu tekad bagi mempertahankan negeri Selangor daripada jatuh ke tangan orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri.

"Masa ini adalah masa untuk kita melihatkan komitmen dan keberanian kita semua untuk berdiri teguh supaya negeri termaju ini agar terus maju dan tidak dibiarkan untuk dirompak oleh pihak-pihak tertentu," katanya.

Himpunan 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' diadakan bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.

Antara NGO yang terlibat termasuk Angkatan Rakyat Sedar (Aras), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.

PPS Haram- Guan Eng Buta Perlembagaan? Kata BODOH Marah Pula


TINDAKAN Ketua Menteri Pulau Pinang membidas Ketua Polis Negara dalam sebuah majlis berkenaan isu Pertubuhan Pasukan Peronda Sukarela mengundang reaksi banyak pihak.

Rata-rata ramai yang mempertikaikan cara Guan Eng mempertahankan pertubuhan haram tersebut hanya bersandarkan kuasa yang dimiliki kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Guan Eng membidas Ketua Polis Negara kononya tidak akan tunduk dan akan lawan jika ada apa-apa tindakan dari PDRM dan berikrar akan terus mempertahankan pertubuhan haram tersebut.

Mungkin Guan Eng lupa akan perlembagaan negara tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Jika diikutkan perlembagaan, bidang kuasa pertahanan,keselamatan dan ketenteraman awam ialah dibawah tugas Kerajaan Pusat melalui PDRM dan ATM.

Apakah Guan Eng tidak faham akan fakta sebegini sebelum menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang?

Berbalik kepada video Guan Eng membidas Ketua Polis Negara, beliau sepatutnya menerangkan kenapa PPS tidak didaftarkan walaupun sudah 4 tahun ditubuhkan,bukannya mencabar PDRM untuk mengambil tindakan.

Walaupun diluluskan di peringkat DUN, namun PPS ini masih perlu didaftarkan apatah lagi penubuhannya bertujuan menjalankan kerja-kerja keselamatan dan tauliah untuk melakukan kerja-kerja keselamatan hanya di keluarkan oleh KDN bukan dalam sidang DUN.

Atas cabaran yang dibuat didalam video berkenaan, Ketua Polis Negara dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur, memberi amaran keras akan menangkap Ahli PPS jika mereka meneruskan aktiviti pertubuhan haram mereka tersebut.

Sampai bila Guan Eng mampu pertahankan PPS yang secara jelas dan terang melanggar undang-undang dan melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Jika benar mahu mengaktifkan semangat sukarelawan kenapa Guan Eng tidak mengunakan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebagai medium mereka?

Apakah kerana pertubuhan PPS ini ada udang disebalik batu terutamanya dalam membantu gerak kerja DAP di Pulau Pinang?

Friday, August 29, 2014

Khalid kecam tindakan ‘pendekar ludah’. Puncanya Siapa??


Inilah dikatakan Bodoh tak bertempat nama saja YB tetapi otak letak dikepala lutut. Inilah padahnya jikalau Mulut tak terjaga. Orang tua cakap Mulut lebih berbahaya daripada mata pisau. Kerana mulut badan binasa.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan tindakan sekumpulan individu meludah dan menghamburkan kata-kata kesat kepadanya atas alasan ingin mempertahankan Institusi Kesultanan Melayu hanya mencemarkan institusi berkenaan.

Menurut Khalid, kumpulan yang digelarnya sebagai ‘pendekar ludah’ itu sebenarnya telah bertindak biadab kerana Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada di sampingnya turut terkena percikan ludah itu.

“Tindakan liar dan samseng kumpulan berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat menunjukkan mereka tidak berakhlak dan tiada kena mengena dengan institusi berkenaan.

“Raja Kamarul Bahrin juga salah seorang kerabat diraja Terengganu dan Perak. Beliau sendiri amat tersinggung dengan apa yang berlaku semalam (kelmarin),” katanya dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Kelmarin, Khalid diserang beberapa individu semasa dalam perjalanan meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut dalam kenyataannya yang menggesa kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah RM4,000 dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli dinamakan sebagai penjamin.

Khalid mempersoalkan bagaimana ingin membela institusi ini dengan perangai dan tindakan tidak beradab dan bertamadun sebegitu rupa.

“Raja Kamarul Bahrin sendiri terkena percikan geng ‘pendekar ludah’ sedangkan beliau sendiri kerabat diraja.

“Inilah masalah golongan yang sanggup dipergunakan orang lain kononnya atas dasar semangat tanpa ilmu. Akhirnya mencemarkan apa yang kononnya ingin diselamatkan,” katanya.

Menceritakan kejadian, kata Khalid, seorang pemuda Melayu telah menemui beliau dan bertanya ‘adakah kamu YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam?’ lalu beliau menjawab ‘ya’.

Secara tiba-tiba pemuda berkenaan meludah ke mukanya sementara beliau sendiri hampir menumbuk pemuda berkenaan sebagai tindak balas namun ditenangkan oleh Raja Kamarul Bahrin yang berada di sebelahnya lalu terus beredar.

“Saya juga sudah buat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini (semalam) dan kes telah dirujuk ke IPD Sentul untuk siasatan selanjutnya.

“Gambar individu berkenaan juga sudah berjaya diperolehi dan sebahagian daripada mereka sudah dikenal pasti.

“Sekarang saya mahu tahu adakah ‘Pendekar Ludah’ ini benar-benar berani atau jenis manusia buang batu sorok tangan!” katanya.

Khalid turut memberi amaran kepada kumpulan itu supaya terus menyerah diri kepada polis untuk proses siasatan.

Video Macam Nih Ker....Mahu Menjadi MB Selangor?

 

DAP Sudah Mula Gerun....Najib Mula Tunjuk 'Kuku Besi' - DAP


Pendakwaan mahkamah terhadap lima pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran hari ini menandakan bermulanya era pemerintahan kuku besi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata, penangkapan dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan PR, termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menjelang sambutan Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik negara.

Beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) jika wakil rakyat PR didapati bersalah dan hilang kelayakan mereka.

"Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima PRK peringkat Parlimen bakal diadakan, iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat DUN – Seri Delima dan Changkat Jering.

"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi didakwa dengan tuduhan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan fitnah dan provokasi terhadap ahli Umno.

Manakala Surendran dikenakan dakwaan mengikut Akta Hasutan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila membuat kenyataan rayuan kes Liwat II adalah konspirasi politik yang melibatkan Putrajaya, dakwaan kedua yang dikenakan terhadapnya dalam tempoh dua minggu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pula semalam didakwa mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan yang dibuat terhadap Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), dan Adun Seri Delima RSN Rayer didakwa dengan dua tuduhan hasutan ekoran kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya Mei lalu.

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS, turut didakwa awal minggu ini kerana memfitnah Najib dalam ucapannya dua tahun lalu.

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang pula masih dalam proses perbicaraan mengikut Akta Hasutan.

Lim berkata, ini adalah kemuncak ironi kerana Najib pada Julai 2012 memansuhkan Akta Hasutan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara demokrasi terbaik di dunia."

Namun hakikatnya menurut Lim, Najib mencipta rekod baru menggunakan akta itu terhadap ahli Parlimen dan Adun, malah pencapaian beliau mengatasi 22 tahun "zaman gelap" di bawah pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Lima ahli parlimen (termasuk Karpal Singh) dan seorang Adun didakwa kerana menghasut sepanjang enam tahun pentadbiran Najib.

"Sedangkan sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang ahli Parlimen yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan kelayakannya, iaitu (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng," katanya.

Katanya, ketika itu Dr Mahathir "dibantu" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkenal dengan tahanan tanpa bicara, namun ia bukanlah alasan untuk memulakan zaman kuku besi baru di bawah kepimpinan Najib.

Beliau berkata, kebebasan demokrasi akan terjejas jika Akta Hasutan dan undang-undang lain yang tidak demokratik dan menindas digunakan sebagai senjata.

"Bukan sahaja Najib dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang perlu dipertanggungjawabkan atas era kuku besi baru, tetapi seluruh menteri kabinet dan pemimpin parti komponen BN harus dipertanggungjawabkan," katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada pengamal kuasa eksekutif dan kehakiman supaya menjauhkan diri daripada melakukan tindakan yang menyebabkan kemerosotan demokrasi.

"Jika tidak, mereka boleh dianggap bersubahat melahirkan era pemerintahan kuku besi baru di Malaysia," katanya. 

Ego dan Bodoh Sombong....Keputusan Calonkan Wan Azizah Sebagai Menteri Besar Muktamad – Anwar


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

“Saya akan merayu kepada mereka (PAS) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini Khamis.

Anwar mengakui isu calon menteri besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

“Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos…di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut,” tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih.

PASANGAN BARU BERTUNANG KENA CEKUP BERASMARA DI HOTEL


Seorang duda dan pasangannya masing-masing dijatuhi hukuman denda RM2,900 dan RM2,800 selepas mengaku salah cuba melakukan persetubuhan luar nikah semasa dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini.

Pasangan kekasih tersebut, Ahmad Ramdhan Mohamad @ Mustaffa, 28, dari Batu Buruk dan Yusalammiah Farhana Yusof, 20, dari Beladau Selat, di sini, turut berdepan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Kesemua hukuman itu diputuskan selepas pasangan yang baharu bertunang enam hari itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, hasil maklumat awam, sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu telah melakukan serbuan ke atas sebuah bilik di sebuah rumah rehat di Tok Jembal, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi, 16 Mei lalu.

Semasa tiba di lokasi, keadaan bilik didapati gelap dan anggota penguat kuasa mengetuk pintu bilik serta memberi salam.

Bagaimanapun, selepas tiga minit berlalu, pintu bilik berkenaan masih belum dibuka lalu anggota penguat kuasa bertindak masuk melalui tingkap sebelum membuka pintu utama.

Pemeriksaan seterusnya mendapati seorang lelaki sedang berdiri di depan pintu bilik air yang berkunci dari dalam, sebelum keluar seorang wanita yang memakai baju dan tuala, manakala seluarnya tersangkut di penyidai bilik air berkenaan.

Hasil soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, manakala pasangan tersebut tidak diwakili peguam.

Anwar Mula Beri Amaran Kepada PAS, Perang Akan Berlanjutan..

Ketua Pengarang portal berita Malaysiakini, Fathi Aris Omar sekejap tadi menghantar twitter berbunyi,”Perang PAS-PKR terus berlangsung. Ikuti perkembangan di Malaysiakini..”


Ia merujuk artikel portal itu bertajuk “Respect Aug 17 decision, Anwar tells PAS.”

Dalam artikel itu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada PAS supaya mematuhi keputusan majlis kepimpinan Pakatan Rakyat 17 Ogos di mana setiap pihak bersetuju untuk hanya menghantar satu nama bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Anwar berkata ini akan menjadi duluan yang betul, di mana setiap parti hanya menghantar hanya satu nama ke istana Selangor.

“Kami akan merayu kepada mereka, bagaimana kita bergerak di dalam Pakatan Rakyat. Kita bergerak berdasarkan keputusan kolektif majlis kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu dan membuat keputusan pada 17 Ogos,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan PAS untuk mengemukakan tiga nama calon PKR untuk jawatan Menteri Besar kepada istana Selangor.

Beliau berkata tidak ada sebarang permintaan dibuat oleh PAS untuk mengadakan mesyuarat berikutnya mengenai perkara itu, oleh itu, keputusan 17 Ogos masih dipegang di mana setiap parti akan mengemukakan satu nama, sebagaimana yang dilakukan pada tahun 2008 dan 2013.

Ketika ditanya apa yang akan berlaku jika PAS tetap akan mengemukakan lebih daripada satu nama, ketua pembangkang itu berkata beliau tidak mahu meramalkan senario seperti itu tetapi merayu kepada PAS untuk mematuhi keputusan 17 Ogos.

Anwar menambah keputusan muktamad telah dicapai oleh Majlis kepimpinan Pakatan pada 17 Ogos dan pasukan peguam Pakatan menasihatkan mereka untuk mengikuti segala keputusan yang telah diputuskan.

Tambahan pula, katanya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail telah menulis untuk memohon menghadap Sultan Selangor dan juga telah mengemukakan 30 akuan berkanun menyokong beliau untuk jawatan tersebut.

Anwar mengulangi bahawa rakan-rakan Pakatan perlu mematuhi konvensyen yang ditetapkan iaitu menghantar satu nama.Saya berpandukan kepada keputusan majlis kepimpinan. Mesyuarat itu dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin parti dan saya menganggap keputusan itu sebagai muktamad, “katanya.

Pakatan, kata Anwar mesti kekal kuat dan tidak berpecah akibat daripada isu ini.

“Jika ini berlaku, maka ini adalah buat kali pertama dalam sejarah Pakatan Rakyat, tidak ada konsensus dicapai untuk mengemukakan satu nama, seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat yang dihadiri oleh ketiga-tiga pihak sebelum ini,” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan Anwar hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.

“Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini. 

Video Panas!!! Tengok ini Kepala Besar KM Penang cakap. ..waaah cabar IGP Nih

 

Anwar: "Keputusan Azizah sebagai MB Muktamad" Keras Kepala...Bang Non


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

Beliau mahu semua pihak termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

"Saya akan merayu kepada mereka (PAS) agar menerima keputusan majlis pada 17 Ogos lalu sebagai keputusan muktamad dan seterusnya memastikan semangat bekerjasama Pakatan Rakyat dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas hadir satu prosiding mahkamah di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di sini pada Khamis.

Anwar mengakui isu calon menteri besar Selangor itu sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan pakatan pembangkang, tetapi beliau yakin ia boleh diatasi sekiranya mereka menghormati dan akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan itu.

Beliau berkata keputusan mencalonkan isterinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga dibuat selepas mendapat nasihat perundangan.

Anwar berkata soal memanggil semula satu lagi mesyuarat majlis juga tidak timbul sama sekali kerana semua pihak kini terikat dengan keputusan tersebut.

Berkenaan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.

"Semua pihak terikat dengan keputusan 17 Ogos...di mana semua pemimpin tertinggi Pakatan telah hadir pada mesyuarat tersebut," tegas Anwar.

Pada Selasa lepas, Abdul Khalid mempersembahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar kepada Sultan Selangor, tetapi baginda menangguhkan menerima permohonan itu sehingga menteri besar baharu dipilih. 

Thursday, August 28, 2014

Pemimpin PKR Kunci Mulut Selepas Mesyuarat Di Rumah Anwar


Mesyuarat pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) diadakan di rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, lewat malam Rabu.

Mesyuarat selama tiga jam itu dipercayai membunyai kaitan dengan nama-nama yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor bagi memainkan peranan sebagai menteri besar.

Mereka yang hadir pada mesyuarat itu termasuklah timbalan presiden Azmin Ali, pemimpin sayap Wanita Zuraida Kamaruddin, bekas Exco negeri Xavier Jayakumar, Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad dan exco kerajaan negeri Elizabeth Wong.

Ketika ditemui The STar, kesemua mereka enggan mengulas mengenai perkara itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan Pakatan Rakyat sehingga 3 September untuk mengemukakan lebih banyak nama calon untuk jawatan menteri besar.

Dalam surat dari istana yang dikeluarkan pada Rabu untuk PAS, PKR dan DAP, ketiga-tiga parti itu telah diarahkan untuk memberikan lebih banyak nama sehingga 3 September, walaupun PKR dan DAP bertegas hanya akan mencalonkan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Surat-surat yang dialamatkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr Wan Azizah dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta ketiga-tiga parti menghantar lebih daripada dua nama bagi jawatan menteri besar. 

Sharnaaz Ahmad Malu Akan Sikap Azwan Ali, Tidak Padan Dengan Usia...


Kalau anda belum dengar, sekitar hujung minggu lalu tercetus perbalahan antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad dek kerana si muda menegur yang tua kerana mengambil gambar sendiri (selfie) di perhimpunan berkabung rakyat di Dataran Merdeka.

“Apa yang saya tidak boleh terima ialah tindakan biadabnya (rakam gambar) selfie & memanggil Melayu ‘laknatullah’. Melampau!”

“Saya tak peduli apa dia nak cakap atau panggil saya sebab satu Malaysia memang tahu mulut dia macam mana. Untuk benda itu, dia tak payah minta maaf pun. Saya tegur dia cara elok dan saya malas jawab apa dia cakap sebab dia lagi tua. Cuma bila dia sentuh kaum, saya tidak senang,” jelas Sharnaaz Ahmad kepada Harian Metro hari ini.


Dalam kenyataan menerusi Instagram juga beberapa hari lalu, Sharnaaz Ahmad juga ada berikan nasihat kepada Azwan Ali supaya meminta maaf kepada kaum Melayu yang dihina sebelum terlambat dan berkata tidak kisah jika hanya dirinya dihina, bukan kaum.

“Bukan taknak tegur cara senyap, sebab cara senyap akan bertukar tak senyap juga bila sampai ke tangan Azwan. Ini bukan soal jantina, aib, personal. Ini soal bangsa Melayu yang diinjak kedaulatan! Mohon maaf pada Melayu sebelum terlambat bang,” tulisnya.