Followers

rantau ku sayang

Friday, April 8, 2011

Pemuda UMNO Rembau buat laporan polis nafikan kenyataan Cikgu Bard

 
CHEMBUNG : 07 April  - Merujuk kepada kenyataan Badrul Hisham Shaharin (Cikgu Bard) dalam laman ‘Malaysia Insider’ berhubung isu video seks yang melibatkan Khairy Jamaluddin dan isteri pemimpin UMNO, satu laporan Polis di Balai Polis Chembung telah dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian Rembau bagi menafikan kenyataan tersebut.

Seramai 50 Pemuda UMNO dari empat  DUN, Rembau, Chembung, Kota dan Rantau diketuai oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Rembau Mohd Safariladira Abdullah hadir di Balai Polis Chembung membuat laporan itu pada jam 9,49 malam.

Dalam laman Malaysia Insider, Cikgu Bard menyatakan pada pilihan raya 2008 dia telah menerima rakaman video seks melibatkan Khairy Jamaluddin dan yang terbaru pula  kenyataan Solidatari Anak Muda Malaysia (SAMM) mengenai video seks melibatkan isteri pemimpin tertinggi UMNO

Di temubual selepas laporan dibuat, Mohd Safariladira dengan nada keras menafikan sama sekali semua tuduhan yang dibuat serta menyifatkan ianya perbuatan biadab dan  fitnah berniat jahat yang ditujukan kepada Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda BN Malaysia.

Berhubung dakwaan isu video seks isteri pemimpin tertinggi UMNO yang dibuat SAMM, Mohd Safariladira menegaskan bagi pihak Pemuda UMNO Rembau, mencabar tuduhan tersebut dan meminta jika benar video tersebut ada, tunjukkan bukti kerana baginya pihak pembangkang ini ‘ cakap tak serupa bikin’ serta telah terlalu banyak membuat pembohongan yang mengelirukan rakyat.

Dengan tujuan utama untuk membersihkan imej dan nama Khairy Jamaluddin serta menolak semua tuduhan liar ini, Mohd Safariladira mahu pihak Polis memberi perhatian serius serta mengambil tindakan tegas terhadap individu juga pihak-pihak yang membuat tuduhan palsu seperti ini.

Beliau berkata ‘ pihak pembangkang selama ini hanya ‘bercakap kosong’, membuat kenyataan serta tuduhan tanpa bukti’.

Mengiringi Mohd Safariladira (Adira) membuat laporan Polis, Mohd Reduan Ahmad, Pembantu Peribadi Khairy Jamaluddin dan Nazmi Sidek, Ketua penerangan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Sumber: n9kini.

No comments:

Post a Comment