Followers

rantau ku sayang

Thursday, December 29, 2011

Negara lebih aman tanpa Anwar!

Menjelang awal tahun baru 2012, tanpa wujud sebarang bentuk tekanan, kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tetap bertekad untuk terus mendengar serta peka terhadap keperluan rakyat. Sejumlah pencapaian cemerlang kerajaan dalam mendahulukan rakyat pelbagai kaum sepanjang tahun ini pastinya menjadi pemangkin untuk kepimpinannya untuk terus menjuarai keperluan masyarakat.

Rekod cemerlang sepanjang tahun 2011 ini juga menjadi bukti apa yang diikrar oleh Perdana Menteri bukan omong kosong. Ia dikotakan dan proses itu akan berjalan tahun 2012 ini. Komitmen tersebut telahpun dinyatakan.


Permasalahan antara lain dikutip oleh Najib menerusi akaun Twitter dan Facebook milik beliau yang membolehkan setiap anggota masyarakat berinteraksi dengannya, mengajukan apa juga pandangan; selain menerusi program seperti Meja Bulat 1Malaysia, Mari Berhubung dan Mari Berjumpa.


Oleh kerana tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya hujung akhir minggu ini, eloklah kita semua menilai semula apa yang telahpun dilakukan oleh kerajaan untuk kita selaku rakyat.


Yang tidak boleh dilupakan ialah bagaimana kerajaan berusaha membantu rakyat untuk berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dan inflasi yang menjadi masalah global. Langkah memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia adalah antara jawapan dalam menangani isu tersebut.


Renungkanlah juga bagaimana kerajaan mewujudkan pelbagai dana dan bantuan lain yang semuanya untuk rakyat.


Bersyukurlah!


Kata CAB: 
Tanpa mu Anwar negara lebih aman!

Monday, December 26, 2011

Isu 'Kebebasan Media' hanya di mulut pemimpin pembangkang saja...

Ada yang bertanya melihat pada pendedahan Dr Hasan tentang Harakah apakah ada jaminan PAS dan pembangkang amnya akan mengotakan kata-katanya mereka tentang 'kebebasan media' yang mereka dok jual di ceramah-ceramah jika dapat tawan Putrajaya.

Lojik akal kata kalau orang yang cukup hebat bercakap tak lekang dengan ayat Al-Quran dan Hadis boleh perlakukan sebegitu kepada pemimpin partinya sendiri - jawabnya sendiri mau ingat.

Kebelakangan ini mereka selalu marah RTM dan media arus perdana langsung tidak bersikap adil dalam laporan mengenai pembangkang.


Soalnya mereka yang selalu mengikuti Harakah,Roket atau Keadilan Daily pernah jumpa tidak sebutir ayat pun yang mereka pernah lapor baik tentang kerajaan.

Tak payah lapor baiklah tetapi sekurang-kurangnya secebis analisa yang adil pun tidak ada.
Kalau mereka menuduh media yang pro kerajaan macam-macam, soalanya apa bezanya mereka.
Melihat pada sikap 'cakap tidak serupa bikin' dan stail mereka sekarang ini senang cakap jawabnya mengigaulah sesiapa yang dibuai mimpi akhbar atau media akan memberi laporan yang menepati 'kebebasan media' jika pembangkang berkuasa.

Kalau media pembangkang bebas dan praktik kebebasan media dalam ertikata sebenar,pernah tidak mereka ambil sebarang langkah ,misalnya nak membedah,menyiasat dan selongkar habis-habisan untuk mendapatkan kebenaran misalnya skandal video seks Anwar?

Belum apa-apa,tanpa toleh kiri kanan...itu sudah dicop fitnah TITIK.

Saturday, December 24, 2011

Jangan cuba sokong dan biarkan mahasiswa jadi biadab di negara ini.




Antara tindakkan pembangkang yang menyokong dan sengaja menggalakkan
mahasiswa bersikap biadap terhadap Perdana Menteri. 


Tidak perlulah ada mana-mana pihak atau pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab.

Sepertimana seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam memperjuangkan kebebasan, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati.

Sekiranya mahasiswa menjadi anggota parti pembangkang sekalipun, mereka perlu diajar supaya menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain juga menghormati mereka,

Perkara ini juga telah di nyatakan oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri seperti baru-baru ini. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata CAB:
Kalau nak jadi hero pun, biarlah dengan membawa perkara-perkara yang boleh menjadi contoh yang baik. Bukan budak tunjuk cara kurang ajar pun nak di angkat-angkat. Nak meraih simpati undi pun agak-agak lah puak pakatan haram ni...

Friday, December 23, 2011

Anwar kata Khir Toyo bersalah ke?

Kalau diikutkan keputusan hakim di mahkamah hari ni, bekas Menteri Besar Selangor tu tak bersalah dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang hukuman.

Sebab, menurut kata Si Ketua Penipu tu, sistem kehakiman di Malaysia ni tak adil dan selalu berat sebelah. Nak pulak kalau ianya melibatkan pemimpin tertentu.

Sama macam kes saman Si Biawak Guan Eng tu terhadap Utusan Malaysia. Pun sama jugak. Utusan tak perlu dikenakan sebarang hukuman dan tindakan.

Perkara tersebut dinyatakan bila soalan ditanya oleh wartawan kepada Si Ketua Penipu tu berkenaan dengan pembelaan dia dalam kes liwat terhadap Mohd Saiful sebelum ini.

Kata Si Ketua Penipu tu, dia tak nak angkat sumpah sebab dengan cara dia duduk dalam kandang tertuduh maka dia berpeluang untuk mengkritik sistem kehakiman Negara.

Maka bagi dia, apa sahaja keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah adalah tidak adil, termasuk la keputusan yang berkaitan dengan Khir Toyo ni. Takkan dia rasa dia je yang tak bersalah kot? Itu tak adil namanya!!! - SEMUT HITAM


Sumber berita, sila klik SINI : N9kini.com

Kata CAB : Mahkamah itu adil!

Sunday, December 18, 2011

Klik tengok! Anwar auta lagi - TUN M

Laman portal propembangkang semalam melaporkan, kelmarin ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing, Anwar mendakwa Dr. Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Anwar berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan IMF dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada Presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu, Tun Dr. Mahathir  mencabar Anwar Ibrahim bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan bekas Perdana Menteri itu pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.

Tun M berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.

"Saya minta dia (Anwar) tunjukkan surat itu kalau ada. Saya yang menolak semasa wakil Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) datang nak tawarkan bantuan dana.
"Saya nak suruh dia bersumpah menjunjung al-Quran bersama saya jika benar saya menulis surat itu," kata Tun M.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, beliau ada bersama Dr. Mahathir ketika wakil IMF tersebut datang menemui mereka.

"Tun (Dr. Mahathir) menghalau mereka keluar dari pejabatnya," katanya yang ketika itu merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara.

Sumber : Utusan.

Kata Kawan:
Ni la manusia yang tak sudah sudah auta, menabur fitnah dan memperbodohkan rakyat agar membencikan kerajaan yang ada. Kalau benar cerita ini, jawab... Sahutlah cabaran Tun M. Tak guna bercakap kosong tanpa bukti. 'Berani Kerana Benar' dan 'Berani Buat Berani Tanggung' laaa...

Friday, December 16, 2011

KES LIWAT SAIFUL: Tunggu saja la 9 Januari nanti Anwar oiii!!!

Anwar tetap menafikan bukti-bukti yang telah dikemukakan dalam mahkamah, walaupun bukti tersebut mempunyai bukti-bukti sahih yang telah dikemukakan termasuk rakaman CCTV kondo ditempat kejadian.

Bolehkah percakapan Anwar ni digunapakai dalam dakwaan dilemparkan kepadanya, bukti apa yang di nyatakan oleh ketua Pembangkang ni..??

Peguam mewakili Anwar kebanyakkannya daripada gerombolan peguam pakatannya yang memepertikaikan pertuduhan yang disabitkan dengan Anwar. Bukannkah itu adalah satu bukti yang tidak dapat diselindungkan kerana diwakili oleh peguam-peguam ahli pakatan PR yang adanya menjadi pemimpin dalam Pakatan PR.

Demi apa, bukankah untuk menyelamatkan Ketua Pembangkang mereka yang sering manupilasi semua bukti termasuk pembongkaran rakan sahabatnya sendiri. Bukankah banyak diantara rakan karib Anwar yang melakukan pembongkaran sikap tingkahlaku buruknya yang sering tidak menunaikan janjinya.

Demi untuk menyelamatkan kegiatan sumbangnya, peguam-peguam upahan Anwar ditugaskan melakukan apa saja unutk menggagalkan pertuduhan yang dilemparkan kepada Anwar. Mungkin kerana telah menjanjikan kemewahan yang telah termeterai apabila Anwar berjaya menjadi PM.

Walaupun bukti sah telah dinyatakan didalam mahkamah, peguam Anwar tetap cuba untuk mencari kesalahan pada fakta telah dikemukakan. Sehingga kini peguam Anwar tidak berjaya melakukan tanggungjawap meraka untuk membuang kes terlibat dengan Anwar.

Ini juga membuktikan Anwar memang terlibat dengan kes liwat yang dihadapkan kepadanya. Persoalannya bolehkah Anwar dan peguam upahannya menghalang daripada kebenaran yang akan muncul tidak lama lagi...??


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Selepas pernah berada di penjara selama enam tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad akan terus berjuang demi keadilan tidak kisah bakal keputusan kes liwat, yang akan diumumkan 9 Januari depan.

“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau kepada pemberita di kompleks mahkamah Jalan Duta di sini, di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan.

Misal kata, ia adalah satu kebenaran bolehkah Anwar menghalang perkara tersebut daripada terus dibongkarkan. Adakah perkara ini harus diselindungkan..??

Mengaibkan seseorang memanglah menjadi kesalahan tetapi adakah salah membongkarkan busung pekung Anwar yang sering diselindungkan olehnya..??

Ketua Pembangkang ini menambah, beliau pernah melalui kehidupan di penjara dan mendapati ia bukan sesuatu yang sukar untuk dilalui.

Anwar bekas timbalan perdana menteri, telah dikenakan hukuman penjara atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa selepas dipecat pada 1998. Beliau dibebaskan pada 2004.

Bagaimanapun pemimpin berusia 64 tahun ini berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.

“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.



Ingatlah bahawa Anwar dibuang dari UMNO kerana salah menggunakan kuasa dan telah banyak melenyapkan wang negara apabila beliau menjadi Menteri kewangan dahulu, pendek kata kaki songlap dan kuat rasuah.

Bolehkah pemimpin sebegini dijadikan pemimpin untuk menerajui kerajaan di Malaysia ni, buruk sangat tingkah laku termasuk memaki hamun bangsanya sendiri.

Bermakna cuma Anwar saja boleh mengaibkan orang lain tetapi orang lain akan menjadi kesalahan dan dosa besar apabila melakukan perkara tersebut...!!!


Sumber:  klboyzwangsa

Thursday, December 8, 2011

Tak sedar ke, PKR ditubuhkan untuk Anwar... Bukan Untuk Rakyat

Asalnya penubuhan PKR adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim pasca 1998. Kesalahan salah guna kuasa dan meliwat Azizan Abu Bakar. Maknanya, penubuhan PKR adalah sama dengan sebuah keluarga yang menuntut kebebasan suami.

Tidak pernah ada dalam sejarah moden politik dunia, sebuah parti politik ditubuhkan hanya bertujuan untuk mendewakan seorang lelaki. Inilah doktrin sejak dahulu dalam PKR iaitu mahu mendewakan Anwar Ibrahim dan membebaskannya.

PKR ditubuhkan bukanlah berlunaskan mahu menjaga kebajikan rakyat jauh sekali mahu mencorak politik baru untuk kesejahteraan rakyat. Keadilan dan kebajikan rakyat bukan dalam manifesto PKR. Inilah fakta yang perlu diketahui.

Memandangkan doktrin PKR merekrut ahli adalah kerana Anwar Ibrahim bukan kerana kepentingan rakyat, dasar perjuangan PKR adalah untuk Anwar tidak pada rakyat. Pada PKR, rakyat hanyalah stigma dalam meraih sokongan untuk Anwar. Kebajikan dan kepentingan rakyat tidak pernah didahulukan.

Sementalah kejayaan PKR mengambil alih Selangor pemberian air percuma cumalah mahu mengotakan janji pilihan raya. Jika tiada dalam manifesto, jangan harap mahu rakyat Selangor merasa. Oklah itu kita boleh bagi kredit dan ucap terima kasih. Walaupun PKR terpaksa, mencanang akan bagi air percuma adalah perkara wajib dalam ceramah-ceramah. Janji ada daripada tiada.

Tapi kini bolehlah kita persoalkan yang lain-lain. Mana janji-janji untuk ibu tunggal, untuk anak kecil mahu bersekolah, untuk warga emas dan paling pelik mana janji mahu merakyatkan ekonomi Selangor. Mana semua itu?

Itu semuanya RAKYAT Selangor tapi apa agenda untuk memenuhi kebajikan rakyat Selangor?

Tuesday, December 6, 2011

Nik Aziz MENGAKU pengikut PAS memang lembu..


Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.

"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah.

Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan bahawa sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.

Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.

Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi'.



Sumber: MPP Online