Followers

rantau ku sayang

Tuesday, March 27, 2012

PR kini sebuk 'menanam tebu di tepi bibir' , menipu je!

PILIHAN raya adalah masa rakyat menggunakan kuasa mereka untuk memilih kerajaan yang difikirkan dapat mentadbir dengan baik serta mampu menjaga kebajikan serta keselamatan pengundi untuk tempoh lima tahun akan datang. 


Justeru dalam sistem pemerintahan demokrasi, ia adalah satu amalan penting dan tidak harus dipandang ringan sesiapa juga. Jika rakyat tersalah pilih kerajaan, padahnya ditanggung untuk satu jangka masa panjang dan sukar untuk berpatah balik sehinggalah tiba pilihan raya berikutnya. 


Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, rakyat diharap dapat membuat pilihan tepat dan bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang tidak mampu menunaikan apa yang mereka janjikan itu. Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah cukuplah rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis palsu kerajaan pimpinan pembangkang. 


Rakyat tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berulang pada PRU kali ini. Sebagai contoh, Perdana Menteri menegaskan rakyat di Selangor hendaklah menolak kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mampu mengotakan janji yang ditabur ketika mereka ingin menawan negeri berkenaan pada PRU-12. 


Antara janji yang tidak ditunaikan itu, termasuk penurunan 20 peratus cukai pintu dan cukai premis perniagaan, perkhidmatan kesihatan percuma untuk warga tua, bantuan ibu tunggal RM600, bantuan RM1,000 untuk pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan prasekolah RM50. 


 Tatkala janji ini pun belum dapat ditunaikan, mereka senaraikan pula janji lain dalam Buku Jingga yang ternyata hanya bertujuan memancing undi, seperti penghapusan tol lebuh raya dan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta penurunan harga minyak.

Justeru adalah wajar rakyat di Selangor dan negeri lain yang kini dikuasai pembangkang sedar bahawa apa yang dijanjikan itu adalah janji kosong semata-mata untuk menang pilihan raya. 



Gunakan peluang yang ada ketika pilihan raya umum akan datang untuk memilih parti yang benar-benar komited kepada rakyat. Hakikat yang perlu diakui ialah kerajaan pimpinan BN sememangnya mampu menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat. 


Lihat sajalah beberapa skim bantuan kepada rakyat meliputi Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), skim Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), bantuan persekolahan RM100 dan banyak lagi yang sudah terbukti disampaikan kepada golongan yang layak. Sebaliknya, pentadbiran pakatan pembangkang hanya pandai menanam tebu di mulut. 


Justeru rakyat perlu membuat penentuan dengan bijak demi masa depan mereka dan keluarga, dengan menolak kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan negeri lain yang kini dikuasai pakatan berkenaan.   


Saksikan telatah Anwar di video ini...


Friday, March 23, 2012

Anwar merapu untuk menipu di Lukut, PD

Hanya  1200 orang yang menunggu kehadiran Anwar

Malam tadi CAB berkesempatan menjengok Program Ceramah Khas Pendedahan Anwar Ibrahim di perkarangan Tokong Kuan Tee Lukut, Port Dickson.

Bagai nak pecah perut CAB malam tadi. Dah macam tengok sarkis plak. Mana taknya, isu-isu yang di bangkitkan setiap penceramah sepanjang program anjuran pakatan pembangkang itu, dah seperti program Raja Lawak di Astro.

Ada ketikanya, tak ubah seperti anjing menyalak bukit. 
Tong kosong! Bunyinya mengalahkan guruh. Hakikatnya kosong tak beisi.  

Tiada apa yang berguna untuk rakyat yang mendengar. Itu ini, belit semata-mata.
Pembangkang khususnya Anwar, nampak dah kehabisan modal.

Tak mustahil juga program ini dianjurkan sekadar hendak menarik dan menagih perhatian rakyat. Setelah menyedari program turun padang Perdana Menteri bertemu rakyat Port Dickson yang akan berlangsung pada 24 Mac 2012, Sabtu ini.

Malangnya, kedatangan Anwar  di sambut sekumpulan NGO  
GMPN (Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara)  di ketua oleh Major Bersara Razali dan En Yussof. 

Sebelum ini GMPN telah membuat demo dengan menyerahkan memorendum membantah kenyataan sokongan terbuka Anwar terhadap Yahudi yang tersiar di dada akhbar antarabangsa The Wall Street Journal lalu.

GMPN juga sebelum ini telah membuat laporan polis di IPD Seremban 2  berkenaan PKR menerima dana dari NGO  Yahudi .

Saksikan Anwar merapu di Lukut.



GMPN badan NGO membuat bantahan kepada DS Anwar Ibrahim membantah Anwar Ibrahim memberikan jamainan terhadap  Negara berkenaan jika berjaya memerintah Malaysia..
                            Banner yang  di pasang pada jam 8 sebelum ketibaan  Anwar Ibrahim


Sebahagian dari rakyat NS yg terdiri dari NGO membantah kehadiran penyokong kuat Yahudi.

                                         Anwar berserta pemimpin PKR, Mana  Chegu Bard??


Anwar Ibrahim tiba di PD
Inilah saja orang yang hadir di mana dalam twitter membayangkan  10 ribu orang , jumlah sebenar adalah dalam 1200 orang sahaja.termasuk hardcores UMNO

Monday, March 19, 2012

Anwar Ibrahim bukan anak jantan!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (RPK) dari senarai peserta forum itu.

Muhyiddin berkata, keengganan ketua pembangkang itu untuk berdepan dengan pengendali portal Malaysia-Today menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.

"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi, kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

Thursday, March 15, 2012

Ini ke yang dikatakan pakatan pembangkang bijak memerintah?

Isu rakyat belenggu PKR Selangor

Sebahagian mangsa banjir kilat di Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang, Selangor mendapatkan air yang dibekalkan oleh Syabas, baru-baru ini. - Gambar hiasan


MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim boleh bercakap apa sahaja. Antaranya, pemerintahan pakatan pembangkang itu di Selangor lebih baik 40 tahun daripada pentadbiran BN. Negara berkebajikan yang ditadbir kerajaan PKR Selangor kononnya tidak akan bankrap selagi ditadbir dengan baik, telus dan adil.

Itu kata Khalid Ibrahim bulan lepas. Kata beliau, ia berdasarkan penyata kewangan Selangor pada 31 Disember 2011. Sedangkan hakikatnya tidaklah sedemikian - indah khabar daripada rupa.

Cuba perhatikan dan rakyat Selangor boleh membuat penilaian sendiri. Tilik-tilikkanlah:

1. ISU RUMAH RAKYAT
Di dalam manifesto pilihan raya 2008, pakatan pembangkang telah berjanji untuk membantu setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri. (Rujuk Manifesto).
Memang benar kerajaan PKR Selangor melalui PKNS ada membina rumah untuk rakyat. 


Namun pada hakikatnya rumah yang dibina itu tidak termampu untuk setiap rakyat Selangor memilikinya. Antaranya, projek pembinaan apartment milik PKNS di Seksyen 7 Shah Alam. Harga minimum setiap unit yang berkeluasan 1,100 kaki persegi itu bernilai RM300,000 ke atas.

Jadi, bagaimana caranya untuk rakyat menikmati janji yang pakatan pembangkang canangkan sekiranya setiap rumah itu nilaiannya mencecah ratusan ribu.

Dahulu kerajaan BN dituduh sebagai kejam kerana merobohkan penempatan setinggan. Namun hakikatnya tidak begitu.Perobohan setiap kampung setinggan itu sebenarnya telah digantikan dengan rumah yang mampu milik. Keadaan ini sebenarnya telah memberikan peluang sama rata kepada setiap rakyat Selangor untuk memiliki rumah kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah dan mampu dimiliki oleh setiap rakyat yang berpendapatan sederhana.

2. ISU SAMPAH
Bukti jelas kerajaan PKR Selangor gagal mengurus negeri dengan baik.
Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.

Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal. Kontraktor-kontraktor yang baru dilantik oleh setiap PBT di seluruh Selangor nampaknya telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan secara berkesan. Bertentangan dengan pendapat kerajaan negeri, pemecatan dan penyingkiran Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) akan menambahbaikkan perkhidmatan pembersihan dan sisa pepejal di seluruh Selangor.

Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan Negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah itu cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti mereka di Selangor sangat besar.

Kalau Alam Flora mampu melaksanakan tugasnya dengan baik, mengapa khidmat mereka perlu dihentikan. Apalah gunanya menyerahkan kuasa mengurus kepada PBT, tetapi gagal menguruskan masalah sampah dengan sempurna.

3. MASALAH AIR DAN UiTM
Ini satu lagi masalah ciptaan pakatan pembangkang yang membelenggu Selangor. Sedangkan kerajaan Pahang sudah bersetuju untuk menjual air kepada Selangor memandangkan Selangor dijangka berdepan dengan krisis air menjelang 2014.

Kini terowong bagi menyalurkan air yang dibina dari Pahang sedang giat dijalankan. Cuma yang menjadi masalahnya adalah pembinaan loji air berkenaan masih lagi terkandas kerana kerajaan Selangor enggan memberi kerjasama iaitu berhubung penyediaan tapak.

Loji air berkenaan dicadang untuk dibina di Hulu Langat dengan kos RM2 bilion yang ditanggung kerajaan pusat. Persoalannya mengapa kerajaan negeri tidak mahu memberi tanah kerana mereka ingin menguasai pengurusan air di Selangor. Inilah masalahnya.Sudah dua tahun projek ini tergendala.

PKR Selangor hanya memikir kepentingannya, tetapi mereka lupa rakyat yang mengalami kerugian akibat kerenah mereka. Misalnya, kalau semua masih ingat akan keengganan memberi tanah oleh Khalid jugalah mengakibatkan cadangan pembinaan UiTM di Serendah terpaksa berpindah ke Melaka.

Cuba kita bayangkan projek yang bernilai ratusan juta yang mampu memberi nikmat ekonomi kepada rakyat setempat sepatutnya menjadi milik Selangor terpaksa diberikan kepada Melaka kerana politik sempit kerajaan PKR Selangor.

4. ISU EKONOMI
Sebenarnya kerajaan PKR Selangor beruntung kerana mereka mengambil kerajaan yang mempunyai kewangan kukuh sewaktu pentadbiran BN. Sejak memenangi Selangor pada 2008, pakatan pembangkang menjanjikan kononnya peningkatan ekonomi lebih baik. Namun, hari ini kita boleh menilai sendiri apa yang dijanjikan mereka itu.

Hari ini kerajaan negeri kononnya melaungkan pertumbuhan ekonomi negeri Selangor adalah menggalakkan. Namun kerajaan ini jugalah yang melakukan penindasan terhadap peniaga di Selangor.

Bukti yang cukup jelas ialah bagaimana rintihan peniaga bumiputera kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Selangor baru-baru ini berhubung kenaikan 100 peratus kadar sewa di kompleks PKNS. Bayangkanlah apa yang kerajaan 'berkebajikan' kononnya lakukan terhadap peniaga di Selangor.

Berapa banyak premis perniagaan baru kerajaan negeri bina kepada rakyat Selangor seperti mana dijanjikan dalam manifesto pilihan raya. Sebaliknya, premis perniagaan yang ada kini ingin dirobohkan pula kerajaan negeri.

5. ISU PENDIDIKAN
Sejak kerajaan pakatan memenangi Selangor, bukan saja banyak masalah yang timbul, malah semua agensi ingin dipolitikan termasuk institusi pengajian tinggi. Cuba rakyat Selangor lihat bagaimana perletakkan jawatan Naib Canselor UNISEL kerana campur tangan politik.

Hari ini UNISEL yang ditubuhkan semasa kerajaan negeri di bawah BN kini menghadapi kerugian berjuta-juta ringgit ekoran kemerosotan jumlah pendaftaran baru pelajar ke universiti itu. Maklum balas diterima bahawa ibu bapa kini berasa tidak selesa untuk menghantar anak-anak mereka ke UNISEL berikutan pengaruh fahaman politik yang menguasai kampus dan pentadbirannya.

Justeru pentadbiran Khalid perlu memberi penjelasan berhubung perkara ini seperti mana diperkatakan mereka baru-baru ini yang sedia mendedahkan kewangan UNISEL.
Begitu juga dengan nasib anak-anak Selangor yang mendapat tajaan Yayasan Selangor ditempatkan di Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Cuma apa yang menyedihkan kini adalah pihak pengurusan Yayasan Selangor mahu merobohkan kedua-dua asrama itu dan membangunkan tapak asrama itu bagi projek komersil.

Begitu juga dengan aspek pengagihan bantuan kewangan kepada sekolah di Selangor. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mendapat peruntukkan sebanyak RM6 juta, Sek. Ren. Agama juga RM6 juta dan Sekolah Jenis Keb. Tamil hanya diperuntukan sebanyak RM4 juta.

Persoalannya, atas alasan apa agihan ini diberi tidak sama rata jika benar pakatan pembangkang mengutamakan keadilan. Ini bermakna terdapat diskriminasi sedangkan Sekolah Tamil di Selangor mempunyai 97 buah berbanding Sek. Jenis Keb. Cina 109 buah dan Sek. Ren. Agama 500 buah.

6. ISU PASIR
Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Mengapa dikatakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain.

Tidak perlulah mendabik dada di atas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Apakah ia akan digunakan sebagai dana pilihan raya.

Untuk meredakan isu pasir ini mudah. Pertama, dua pemimpin PKR yang dikaitkan seperti mana didedahkan Raja Petra Kamaruddin (RPK) perlu menyaman RPK sekiranya dakwaan itu tidak benar dan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan berkenaan.

Jika sesuatu isu membabitkan BN, pembangkang tahu pula begitu lantang mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan secepat mungkin. Namun, bila terkena batang hidung sendiri, semuanya 'menikus' ketakutan. Dengan kata lain, kerajaan PKR Selangor seperti tikus membaiki labu.


Sumber: Utusan Online.

VIDEO KENYATAAN SAKSI: Benar parti pembangkang terlibat dengan badan asing.

Saksikan pengakuan saksi berhubung kes badan asing terlibat dalam memberi dana bagi membiayai program-program yang dijalankan oleh parti pembangkang.dan juga bekas orang kuat Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. 

Beliau adalah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu Datuk Zulkifli Noordin.

Renung-renungkan lah!

Monday, March 12, 2012

Saksikan video kenyataan pengunduran DS Shahrizat

Ikuti penjelasan dan kenyataan penuh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

Sunday, March 11, 2012

Anwar punya hal, Khalid Ibrahim tergagap-gagap di Seri Menanti.


Khalid Ibrahim gagap memang kurang ajar datang ke negeri orang tanpa memberikan salam. Negeri sendiri tidak terjaga lintang pukang penuh dengan maksiat dan rasuah serta penyelewengan yang tahap gaban datang menyorok nyorok tengah malam ke Negeri Tok Mat Hasan untuk menghasut rakyat di Negeri Tok Mat Hasan.

Hei... gagap ingat Tok Mat Hasan macam kamu ke hidup bergelumang dengan maksiat dan celaru sampai gagap gaban tak boleh baik baik sebab hati busuk .

Rakyat Negeri Sembilan tak mahu pemimpin gagap dan hati busuk serta hidup bergelumang dengan maksiat dan menjadi kuda kepada DAPig. Kami anak anak Negeri Sembilan berpesan dengan Khalid , kami di Negeri Sembilan hidup aman dan damai dan negeri kami sedang sibuk dengan agenda pembangunan dan membentuk modal insan. Jangan lah datang nak jadi syaitan menghasut rakyat Negeri Sembilan.

Kami di sini tidak mahu pemimpin seperti pemimpin anugerah tuhan kata isteri nya dan kamu pula memuja sebagai iimam Mahadi. Kami tak mahu menuntut mahkamah melepaskan pemimpin yang tidak bermoral yang ada Filem sex , kalau bukan dia pun dalam film itu tetapi 160 peratus menyerupai dia.

Yang kelakarnya, malam tadi bila datang sekumpulan NGO hendak menyerahkan memorendum bantahan terhadap isu Anwar sokong Israel kepadanya... Khalid gagap terus tergagap dan...

Untuk kesah selanjutnya klik disini: Tepak Bersulam 2


 MAJOR (B) RAZALI SDG MENYERAHKAN MEMORUNDUM MEMBANTAH SOKONGAN ANWAR TERHADAP ISRAEL KEPADA MACAI-MACAI KHALID GAGAP DI SERI MENANTI.


Wednesday, March 7, 2012

Bukti kepimpinan PAS yang bebal... Baca ni!


Semalam PAS kata mereka tubuh jawatankuasa khas di peringkat pusat bagi mengawal selia urusan pentadbiran Kerajaan Kedah. Dua orang ADUN PAS yang meroyan nak jadi MB bersetuju terima balik perlantikan sebagai exco kerana PAS pusat akan kawal pentadbiran Ustaz Azizan. 

Hari ini setiausaha agung PAS pusing cerita pula dengan berkata tiada jawatankuasa yang boleh mengatasi kuasa exco dan MB. Kalau dah tahu jawatankuasa tidak ada kuasa apa ke jadahnya perlu ditubuh jawatankuasa tu? 
 
Dalam pada itu, Nik Aziz pulak menunjukkan sikap lepas tangan... Mursyidul Am jenis apa plak ni? Kononnya tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbiran kerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak. "Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen," katanya.

Huhh, mudahnya berkata-kata.. Masak la rakyat Kedah. Dok ada MB yang jelas tidak berkaliber. 

Persoalanya, inikah corak dan rangka kerja PAS dalam menerima amanah rakyat untuk mentadbir negeri. Dalam masa berkempen dulu, menagih undi rakyat... Berbagai janji manis yang di taburkan. Mengaku bijak mentadbir negeri mahu pun negara, jika di beri kuasa.


Sekarang apa sudah jadi? Bukan CAB yang kata, PAS sendiri yang kata bersama bukti terbentuknya jawatan kuasa khas untuk mengawal selia urusan pentadbiran Kerajaan Kedah. Dimana ketua pentadbir negeri Kedah yang mereka sendiri lantik tidak boleh dipercayai. 

Pendapat CAB, kalau dah tak pandai memerintah negeri tu, lepaskan saja kuasa. Jangan kerana dek rakus dengan kuasa, bak kata pepatah 'Anjing kurap pun nak di bela'.

Ini menipu rakyat namanya!