Followers

rantau ku sayang

Tuesday, March 22, 2011

Depan belakang sama rasa

Angin tak ada, ribut jauh sekali... tiba-tiba sahaja bom meletup hari ini. Tiba-tiba sahaja video skandal ditayangkan kepada wartawan terpilih selama 20 minit kalau mengikut kata sebuah portal berita yang sangat disukai oleh kaum Pakatan. Tayangan kepada wartawan terpilih itu dilakukan dibuat di Carcosa Seri Negara...

Hebat tempat yang menayangkan video perlakuan seks tersebut. Mungkin 'Datuk' yang menganjurkan tayangan tersebut sedar, orang yang ada di dalam video tersebut, memang seorang yang hebat...

Bukan hebat kerana di ranjang, sebaliknya hebat kerana walaupun skandal seks songsangnya masih dibicarakan, sudah muncul pula skandal yang lain. Dan kali ini melibatkan pula wanita dari China yang besar kemungkinan dibayar mengikut 'jam' dan 'shot'.

Maka timbullah persoalan, adakah semua ini dirancang bagi membuktikan, tokoh utama parti pembangkang di Malaysia itu yang kalau menurut Kickdefella adalah ANWAR IBRAHIM, memang seorang yang tidak mampu langsung mengelak daripada terjebak dengan masalah moral itu atau sememangnya seorang yang 'BERKOTE' sangat ganas dan tidak mengira apa lubang sekalipun, semuanya nak ditusuk?

Adakah hal ini akan memberikan implikasi terhadap perbicaraan yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim? Namun yang paling penting, apakah implikasi yang akan ditanggung oleh Pakatan Rakyat di Sarawak apabila video skandal ini akan mula tersebar kelak? Adakah ia akan memberi kesan kepada masyarakat pengundi di Sarawak?

Satu perkara yang sangat nyata dan sudah terbukti, masyarakat Cina tidak terpengaruh dengan video-video skandal kerana beranggapan ia adalah masalah peribadi pemimpin terbabit. Selagi pemimpin itu mampu menjamin peluang perniagaan atau kek ekonomi, pendidikan dan kebebasan media berbahasa Cina, selagi itulah mereka akan menyokongnya.

Perlu diingat, Anwar Ibrahim ada semua ciri-ciri yang dikehendaki oleh pengundi-pengundi Cina sama ada di Semenanjung, mahupun di Sarawak!

Yang barangkali pening, hanyalah Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat dan barangkali juga Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang 'teruk' dikepung oleh konco-konco Anwar di dalam PAS agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu 'mengusik' Anwar dalam hal ini....

Kalau kepala botak tidak bermata... gitulah jadinya....

Members of the media including The Star viewed the video clip on a computer at the hotel room, where Datuk T was heavily guarded. The Star journalist was searched and had his mobile phone taken away before being allowed to view the video. The other members of the media included those from Bernama, New Straits Times, Utusan Malaysia, China Press, the Internet portals, foreign news agencies and at least one opposition organ.

No comments:

Post a Comment