Followers

rantau ku sayang

Monday, September 30, 2013

Surat Terbuka Buat Tok Sahak..

CAB kali ini nak kongsi surat terbuka yang ditujukan khas buat Tok Sahak kito..Mungkin ini akan jadi imbangan buek ahli dalam momilih ketuo seterusnyo memacu kebangkitan parti Melayu ulung ni...

Salam,

Ingin saya katakan di sini, selama lebih 20 tahun Ketua Bahagian memegang jawatan, apakah sumbangan dan penambahbaikan yang pernah dilakukan beliau dari menyelamatkan UMNO Bahagian Seremban yang semakin berpuak-puak? Bukankah Ketua Bahagian sendiri turut terlibat dalam memecah-belahkan UMNO Bahagian Seremban dengan menanam rasa kebencian terhadap individu-individu tertentu yang merupakan musuhnya dalam politik?
Ini tidak lagi dikira melalui keputusan PRU yang lepas. Lihatlah di seluruh Negeri Sembilan, satu-satunya kerusi UMNO yang tewas terdapat di dalam Bahagian Seremban. Tetapi Ketua Bahagian masih tidak mengakui bahawa beliau harus memikul tanggung jawab dengan berundur apabila gagal menyelamatkan kerusi UMNO di Sikamat yang tewas dengan undi yang terlalu kecil.
Sepatutnya selepas PRU 12 lagi Ketua Bahagian telah berundur dari jawatan apabila UMNO hanya mampu menang 1 kerusi sahaja dari 3 kerusi yang ditandingi di dalam Bahagian Seremban. Tetapi ternyata Ketua Bahagian ini seorang yang bermuka tebal dan langsung tidak mahu mengakui bahawa beliau juga harus memikul beban kekalahan ini dengan berundur dari jawatan, bukannya sibuk menjatuhkan musuh-musuhnya dalam UMNO.
Bukannya ahli UMNO Seremban tidak tahu akan segala kejahatan dan permainan kotor yang dilakukan Ketua Bahagian. Boleh sahaja didedahkah di blog ini mengenai kejahatan Ketua Bahagian menyalahgunakan kuasa untuk menggantung mesyuarat cawangan yang tidak menyokongnya pada pemilihan yang lepas- lepas, kisah orang-orang kepercayaannya yang dianugerahkan tanah berekar-ekar hanya kerana jadi pak hangguk kepadanya, kisah orang-orang kepercayaannya melarikan duit KEMAS berpuluh-puluh ribu, dan perlbagai lagi. Bukannya tidak boleh didedahkan, cuma khuatir jika didedahkan akan mendatangkan kesan kebencian melampau terhadap UMNO Bahagian Seremban kerana menyimpan orang seperti Ketua Bahagian ini sebagai ketua.

Jadi kepada puak-puak fanatik Ketua Bahagian, fikir-fikirlah sendiri adakah UMNO Bahagian Seremban menuju ke arah yang positif selama Ketua Bahagian memegang jawatan. Jangan hanya kerana anda diberikan pelbagai inisiatif dari Ketua Bahagian anda terlupa yang manakah baik yang manakah buruk.

Untuk pengetahuan fanatik-fanatik Ketua Bahagian juga, blog ini sama sekali tidak pernah berkompromi dan ditaja mana-mana pihak samada MB, musuh-musuh Ketua Bahagian atau mana-mana pihak. Jadi puak-puak fanatik Ketua Bahagian nilai sendiri calon hebat korang!!

Ahli UMNO Seremban

KY Jelly Dalam Bilik Ulama' Syiah...Ulama Mana Ek??

She.. is sexy"? Apa pasal benda alah ni ada dalam Ulama Guest Room? Dalam bilik ulama mana yang ada benda tak senonoh ni? Kalau dah dasar Syi'ah tu... memang tak senonoh je kerjanya. Buruk benar nafsunya...
Cuba baca kat bawah ni apa yang berlaku dalam operasi serbuan JAIS baru-baru ni...

Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' ..

Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale). Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'.

Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly.. Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir.

Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan.

Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...

Tuesday, September 24, 2013

Anwar Kencing Rakyat Cakap Dia Guna Madu dan Senyuman Nampak Muda??

Di bawah adalah beberapa angle muka Anwar yang terbaru :


Kita bandingkan pula dengan beberapa foto Anwar sebelum ini :


Jika dibuat perbandingan :
1. Muka Anwar berisi sedikit dan tidak cengkung seperti orang sakit sebelum ini.
2. Pigmentasi di pipi Anwar sebelum ini sudah 'hilang'.
Pigmentasi adalah perkara biasa yang dihadapi oleh veteran tua seperti Anwar Ibrahim. Tetapi ianya boleh diatasi atau dikurangkan jika mendapat rawatan facial menggunakan ubat-ubatan dan produk kecantikan. 

Dan memang benar, suntikan botox boleh menghilangkan kedut dan menegangkan kulit wajah orang tua tetapi untuk sementara waktu sahaja. Bagaimana pun, suntikan vitamin C dan kolagen adalah untuk memperbaiki sel-sel kulit dan boleh juga mencerahkan kulit. 

Plastic surgery? Tempoh recovery adalah lebih lama.

Satu lagi perkara ialah rambut Anwar sentiasa hitam walau pun sudah veteran tua berumur 66 tahun. Anda tentu tahu sebabnya.

Di bawah adalah jawapan Anwar bila ditanya tentang perubahan wajah beliau. Sila baca printscreen di bawah :
Madu dan senyuman hehe - jawapan Anwar Ibrahim



Alahai ..............

Komunis DAP Tekad Azam Semadikan Abu Chin Peng Kat Nilai Memorial Park?

Apa yang aku nampak dari segi pengamatan aku melalui national security issue sekarang dalam facebook ni ialah banyak orang-orang pro kerajaan dulu yang berhempas pulas beraksi dalam fb mempertahankan kerajaaan semasa isu Bersih, kempen ABU dan segala macam taktik taik dari kem Anwar kini leka dan sibuk berkempen untuk tokong masing-masing sehingga agak mengabaikan faktor yang mungkin boleh mencederakan negara dan kerajaan iaitu dalam isu KOMUNIS dan CHIN PENG. 

Kem sebelah sana agak diam dan nampaknya hanya membiarkan kem kita leka melayan ribut pemilihan jawatan dalam Umno sementara kem mereka sedang bertungkus lumus mencari cara untuk membawa balik abu bangkai chin peng untuk dijadikan TUGU TAMBAHAN PAHLAWAN KOMUNIS DI NILAI MEMORIAL PARK (bagi anak2 ANJING PKM ni la). 

Selepas adanya tugu ini maka kerja mereka nanti akan lebih mudah untuk menagih simpati dan antara pelopor yang akan mengepalai gerakan ini ialah anak sulong anak anjing PKM iaitu FAHMI REZHA. 

Kita tidak wajib leka. Setiap detik usaha untuk menghidupkan kembali sosialis dan komunisme thinking sedang berjalan LAKSANA ANAI2 BERGERAK MALAM MENGHANCURKAN TIANG SERI RUMAH. 

Kepada Nasionalis-Nasionalis, Patriot-Patriot Negara, Pejuang Bangsa, Blogger-Blogger dan Cybertrooper BN semua....WASPADALAH!!

Sunday, September 22, 2013

Hadith PAS Mempopularkan Nik Aziz


Jelas... Nik Aziz bukan sahaja membawa kita menjadi hamba agama tapi juga hamba kepada partinya dengan mempopularkan hadith " dunia ini hanya sementara" untuk dijadikan panduan dan sandaran tapi TIDAK langsung menggalakkan kita mengamalkan seruan hadith "berusahalah seperti kita akan hidup selamanya dan beribadatlah seperti kita akan mati esoknya"

Friday, September 20, 2013

Sorang Lagi Tawar Diri Ketua Pemuda Untuk Buat Perubahan...Apo Yang Tak Kono eh??

Pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO semakin panas selepas bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Karim Ali mengumumkan mencabar penyandangnya, Khairy Jamaluddin dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Karim yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Cawangan Kampung Kuala Sin memberitahu, beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu demi mengembalikan kegemilangan sayap parti tersebut.

"Saya terpanggil menawarkan diri demi parti dan Pemuda UMNO yang memerlukan perubahan termasuk mengembalikan kepercayaan anggota masyarakat terutama golongan muda dalam parti.

"Saya mempunyai pengalaman dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dengan keputusan itu, jawatan Ketua Pemuda UMNO kini menghadapi persaingan tiga penjuru selepas anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, Akhramsyah yang juga anggota UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi turut mengesahkan merebut jawatan tersebut.

Menurut Karim, beliau membuat keputusan bertanding jawatan itu bagi membawa perubahan besar dalam sayap parti UMNO tersebut.

"Ini adalah kesinambungan perjuangan saya bersama Pemuda UMNO dan saya berharap untuk terus berjuang dalam parti," katanya.

Tambah Karim, beliau akan menyerahkan borang pendaftaran calon jawatan tersebut esok.

Monday, September 16, 2013

Bangang Sungguh Hishamuddin Rais Rupanya!!

Ni la masalahnya kalau bodoh melampaui tahap bangang!! Hisyammudin Rais telah membuktikan tahap bangang mencipan dia pado seluruh rakyat Malaysia..Bangang sebagai umat Islam, bangang sebagai orang melayu, bangang sebagai anak omak dio...

Apa punya bodoh botingkek-tingkek...perkataan 'WAFAT' hanya untuk para Nabi atau Shuhada, tapi si bangang ni samakan level kapir lahanat ChinPeng Cinabeng dengan sebutan wafat...

Untuk pengetahuan Hishammudin Rais..Chin Peng tu mampus katak bukan wafat..ngko pulak kalo mati nanti rakyat Malaysia akan cakap mampusnya si pengkhianat bangsa, agama dan mak bapaknya...

Friday, September 13, 2013

Kes Ugut: LGE Tuduh Orang DAP Sendiri...Cinabeng!!

Lim Guan Eng gundah gulana, makan tak lalu..tidur tak lena bila mendapat ugutan bunuh. Geng-geng yang pakar angguk kepada dinasti Lim pastinya sedang sibuk mencari dalang disebalik ugutan bunuh itu.

CAB boleh agak, kes ugut ni memang akan berlaku menjelangnya pemilihan CEC DAP. Lim Guan Eng syak orang dalam partinya sendiri yang melakukan peras ugut ni..Lim mengagak orang dalam yang sakit hati dengan dia..tapi CAB rasa 'orang dalam' yang dimaksudkan tu bukanlah orang yang kecewa dengan keputusan CEC dulu, tapi orang yang memang dah berbulu lama dan naik menyampah dengan tampuk pemerintahan Dinasti Lim dalam parti DAP..
Ntah-ntah anak-beranak Singh..tak pun Ng Kor punya keturunan..hihihihi...Bergaduh la engkorang!! CAB hanya di luar seronok memandang...

Tuesday, September 10, 2013

Benarkah Azalina Tarik Diri Sebab Terasa Dengan Maznah Hamid??

Confirm Azalina tarik diri dari bertanding Ketua Wanita setelah 7 Negeri menyokong padu . Tertanya-tanya juga kenapa harimau yang garang tiba tiba jadi jinak, ekor dah kena picit ke? Aku dah agak tak perlu aggresif. 

Di Pengerang dia bertanding 4 penjuru bagi mengekalkan jawatan Ketua Bahagian dan dengar khabar kat Pengerang pun akan ruyup. Apa apa pun hanya Allah swt yang maha kaya dan menentukan segalanya. Semoga Azalina berjaya mempertahankan jawatan Ketua Bahagian, Itu saja lah lagi survival politiknya. Jika tidak, penggal ini penggal akhir untuk nya bersama BN.
Atau mungkinkah Azalina terasa dengan kata Ketua Wanita Umno Negeri Kedah, Datuk Maznah Hamid dimana dalam ucapannya menegaskan wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu.Nampaknya Azalina kenalah dapatkan status ibu tu, even dia sudah adda anak angkat yang dijaga sejak kecil, namun itu mungkin tidak menepati ciri-ciri seorang pemimpin Wanita.

Monday, September 9, 2013

Siapa Pilihan Wanita??

Siapa Ketua Wanita pilihan anda , sebelum ini saya mahu memastikan apakah Raihan layak untuk bertanding Ketua Wanita kerana jika tidak silap saya untuk menjadi calon ketua Wanita mestilah ada kriteria tertentu seperti pernah menjadi exco wanita beberapa tahun dahulu.

Apakah ini tidak lagi diguna pakai dan apakah sememangnye Raihan telah menyemak dan beliau layak untuk bertanding. Untuk Kriteria sebagai wanita Raihan sudah layak. Bertudung, berperangai kewanitaan yang sejati dan tulen. Maka wanita akan menghadapi pertandingan 3 penjuru. 

Namun, bagaimana pulak denganShahrizat? Apakah isu lembu menjadi jalan sukar? Mungkinkah isu itu membuatkan Azalina merasakan ada ruang untuk mencantas Shahrizat agar terus duduk diam dengan lembu-lembu peliharaan?? Tiga penjuru inilah suatu saingan sengit yang bakal kita saksikan...

OKC: Tak kirala sape pun jadi Ketua sayap Wanita Umno nanti..apa yang penting kemenangan pada PRU14.. Takat jawatan hebat dalam parti tapi nak capai 100% wanita sokong parti, 100% wanita jadi ahli, 100% wanita setia pada pucuk pimpinan parti memang payah der...

Saturday, September 7, 2013

Ku Li Cabar Menteri, Bekas Menteri Isytihar Harta

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar mewajibkan para menteri dan juga bekas anggota Kabinet mengisytiharkan harta demi menangani rasuah.
"Semua menteri termasuklah saya perlu isytihar harta mereka. Pastikan semuanya isytihar harta mereka.
"Kita tengoklah apa yang kita ada dan tidak ada dan kita bagi rakyat nilai memandangkan kita ini adalah kepunyaan rakyat," katanya.

CAB - Setuju gak ler dengan cadangan Ku Li ni, untung sabut timbul, untung batu tenggelam..

Friday, September 6, 2013

Bingai Betul Tian Chua Cinabeng Ni!!

Jangan dipersoal mengapa Tian Chua mengeluarkan kenyataan menghentam DS Najib dengan mengatakan bahawa DS Najib memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kebiasaannya manusia (konon) bernama Tian Chuak ini akan membuat kenyataan sama ada pada sidang akhbar atau di media sosial berkenaan apa-apa tindakan pimpinan Malaysia. Jika anda perasan, setiap kali beliau buat kenyataanlah bermaksud dia atau kumpulannya ada menyembunyikan sesuatu isu yang mereka reka untuk memporak-peranda rakyat Malaysia. Anda boleh imbas kembali kejadian tragedi Lahada Datu yang lepas, Tian Chuak mengeluarkan kenyataan PANAS dengan mengatakan bahawa Lahad Datu adalah sandiwara. Namun selepas itu, beliau sendiri terkantoi dengan rekod penerbangan ke Sulu sebelum kejadian tragedi Lahad Datu.

Apa pula kejadian selepas ini? Sama-sama kita tungu!!!

Wednesday, September 4, 2013

“Dinasti Lim” Wajar “Kembiri”kan Anthony Loke…

Saya tak tahulah orang lain, namun jika saya yang menerajui takhta “Dinasti Lim”, sudah tentu saya perintahkan Anthony Loke Siew Fook dijatuhkan hukuman “kembiri” dan dilarang sama sekali menjawat jawatan di dalam organisasi “chauvinis ultra kiasu”…

Bukan apa. Sebelum ini Anthony Loke ada berjanji akan mengemukakan sejumlah 500 surat asal yang telah ditandatangani oleh para perwakilan DAP sebelum pemilihan CEC parti itu yang diadakan pada akhir tahun lalu kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Namun walaupun janji Setiausaha Organisasi DAP itu dilafazkan pada 19 Ogos lalu, dia masih dilaporkan gagal menunaikan janjinya itu. Pada saya, perkara itu mampu menjejaskan kreadibiliti dan imej bersih telus yang kononnya ada pada DAP, bukan?

Memang ada beberapa pihak sebelum ini yang tampil mendesak dan mencabar Anthony untuk menunaikan janjinya. Namun pada saya, apa yang Anthony nak tunaikan jika sememangnya surat asal tersebut tidak pernah wujud? Kalau tak wujud, macam mana dia nak serah pada RoS?

Saya yakin, jika surat itu wujud, tak payah didesak atau diberi tempoh seminggu. Dia janji nak serah pada RoS pada 19 Ogos (Isnin), esoknya 20 Ogos (Selasa) pun dia boleh serah terus pada RoS, bukan? Apa masalahnya sampai perlu surat itu “diperam”?

Cuma saya musykil, kenapa Anthony celupar mulut sangat sampai berani terlepas cakap nak serah surat itu pada RoS? Kalau dia bisukan diri, tidaklah DAP dituduh penipu dan pembohong besar dalam soal kontroversi pemilihan CEC itu, bukan?

Pada hemat saya, Anthony Loke sememangnya menjejaskan kreadibiliti DAP dan wajar dikenakan tindakan disiplin yang sepatutnya. Berani dia malulakan “Dinasti Lim” di depan rakyat Malaysia?

Saya harap, Anthony tidak bertindak bodoh dengan mereka-reka surat palsu untuk dikemukakan pada RoS. Bukan apa. Kalau “kantoi” kali kedua, mungkin DAP boleh diharamkan terus dari bumi Tanah Melayu ini, kan?

Penat-penat “Dinasti Lim” menyusun gerakan dengan bala tentera “kacang merah” yang menelan kos yang sangat tinggi, tiba-tiba Anthony Loke cuba meranapkan kreadibiliti DAP pula? Memang nak kena “sida-sida” DAP itu, kan?

Saya menyarankan agar Setiausahan Organisasi DAP itu rujuk segera pada “Maharaja” dan “Putera Mahkota” DAP untuk menyelesaikan masalah 500 pucuk surat yang ditandatangani oleh para perwakilan parti itu.

Saya yakin, Kit Siang dan Guan Eng punya helah untuk mengatasi masalah Anthony yang “over promise” berkenaan surat tersebut. Mungkin kali ini helahnya lebih senang memandangkan ia dijangka tidak melibatkan “microsoft excel” atau kiraan undi.

Lagipun, bala tentera upahan “kacang merah” juga dilaporkan begitu ampuh dan mahir menggunakan “photoshope”. Mungkin mereka mampu melakukan keajaiban untuk menutup malu “Dinasti Lim” sekeluarga…

Perkara ini bukan perkara main-main. Isu 500 pucuk surat itu adalah sesuatu yang serius dalam survival “Dinasti Lim” memandangkan ramai pula ahli akar umbi DAP yang dilaporkan sudah hilang keyakinan pada “Maharaja” dan “Putera Mahkota”nya.

Risau juga “Dinasti Lim” jika matlamat mereka untuk mengubah Tanah Melayu menjadi “Tanah Besar China ke-2” gagal disebabkan oleh Anthony Loke yang celupar, bukan? Mana DAP nak letak muka pada masyarakat Cina yang berjaya ditipu mereka selama ini, kan?


Baca sini

Jumlah Tangkapan OPS Cantas Bukti Jenayah Kongsi Gelap Serius


Sehingga hari ini, jumlah penyangak yang bermaharajalela diberkas boleh dikatakan baik dan membuka mata ramai pihak akan ketangkasan polis Malaysia. Tabik spring buat anggota keselamatan. OKC harap kalau boleh Ops Cantas ni diteruskan sampai bila-bila  kerana wajah-wajah yang berselindung disebalik kongsi gelap dan gangster ni kebanyakkannya melibatkan orang yang berstatus tinggi dalam masyarakat.

Tak hairanlah kalau nama-nama ketua samseng yang bakal diumum terpalit nama  mereka yang hidup hanya tahu membangkang dan membangkang...Kita perlu ingat, samseng komunis berasal dari kelompok mana?? Roket? Mata Lebam? Lu pikir la beb...

Empat lelaki yang terbabit mengurung seorang wanita di sebuah hotel di Brickfields, di sini, antara 262 orang yang ditahan dalam Op Cantas Khas Polis Kuala Lumpur sejak 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tangkapan itu dibuat setelah mangsa, 19, yang dikurung di bilik hotel berkenaan selama beberapa hari dapat meloloskan diri dan membuat laporan polis minggu lepas.

“Daripada laporan itu, polis menahan empat lelaki terbabit dan didapati tiga daripada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.

Monday, September 2, 2013

BAGUIH EHH MENTORI BOSAR N9.. UNIVERSITI AL-AZHAR AKAN DIBINO KEK SINI

Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.

"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.

Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.

Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Sunday, September 1, 2013

Orang N9 Dah Halau Gampang Ni..Kerajaan Bila Lagi Nak Halau Dia Ni??

Apa yang nak dipantau? bukti dah ada depan mata..tangkap jer la..
PDRM masih memantau tindakan beberapa individu yang didakwa mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.
Sehingga kini kami belum mengambil sebarang tindakan, difahamkan tiada laporan polis dibuat terhadap individu tersebut. Buktinya...

Sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka di sini malam tadi dicemari perbuatan biadab sekumpulan aktivis propembangkang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya.

Malah, aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar apabila menggelar bendera Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sebagai 'jalur temberang'.

Beliau turut tidak menghormati sejarah negara dengan mendakwa tarikh 31 Ogos yang juga Hari Kemerdekaan adalah 'hari malapetaka'.

"Saudara-saudara! Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu untuk negara Malaysia.
"Jalur temberang ialah bendera tipu daripada Amerika.
"Bendera Sang Saka ini adalah bendera tradisi daripada Kerajaan Melayu Langkasuka.
"Bendera ini telah dinaikkan oleh rakyat pada tahun 1947.
"Malam ini adalah malam bersejarah, kita kibarkan Sang Saka. Inilah bendera rakyat Tanah Melayu.
"Inilah bendera yang akan menjadi negara kita apabila negara kita bebas daripada United Malay National Organization.
"Ingat, 31 Ogos bukan Hari Kemerdekaan. 31 Ogos adalah hari malapetaka,"

Apa lagi..tangkap dan nyahkan si kitol pondan ni dari menjadi rakyat Malaysia.. Lucutkan
kerakyatannya..abis cerita..! Barah! cegah sebelum parah..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Kalau Pun UMNO Ada Silap, Tak Bermakna PR Tu Benar!

Masih berbaki 14 hari untuk setiap Umno Cawangan di seluruh Malaysia menyelesaikan Sidang Mesyuarat Agung Cawangan sebelum di ikuti dengan Bahagian seterusnya diperkasakan melalui Perhimpunan Agung UMNO di PWTC Disember ini.

Namun, disebalik kisah lainnya, masih lagi menusuk dihalwa telinga dengan kekecohan dan ketegangan dalam setiap persidangan akar umbi itu. Kisah baling kerusi mungkin tidak kedengaran lagi tapi kekecohan tetap berlaku. Di manakah silapnya?

Atas sebab itu, banyak juga cawangan-cawangan yang terpaksa mengadakan sidang semula demi menuntut sebuah keadilan dalam pemilihan Ketua-Ketua Cawangan seterusnya membuktikan bahawa UMNO masih relevan sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi terbuka.

Apapun, CAB ingin berpesan kepada akar umbi agar sentiasa berpegang pada ketaatan parti. Buatlah pemilihan tepat dengan  corak demokrasi terpimpin dan beradab. Apapun keputusannya, terima dengan hati  terbuka tanpa dendam dan musuh. Biarpun dalam UMNO masih terpalit  pelbagai kelemahan, UMNO masih boleh dipercayai daripada Pakatan Rakyat.
Sekiranya UMNO ada silap, itu tidak bermakna PR itu benar!!

Salam Kemerdekaan ke-56 "Malaysiaku Berdaulat-Tanah Tumpah Darahku"