Followers

rantau ku sayang

Tuesday, July 22, 2014

PKR namakan Wan Azizah sebagai MB Selangor baharu...Giler Kuasa Dalam PKR ni



PKR malam tadi menamakan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Keputusan itu diumumkan Ketua Umum PKR yang juga suami Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini selepas mesyuarat majlis pimpinan pusatnya.


PKR akan membawa perkara itu untuk persetujuan pakatan pembangkang pada mesyuarat Majlis Presiden, esok. 

Semakin Kurang Ajar!!!!! Polis akan panggil Kit Siang beri keterangan - KPN



Polis akan mengambil keterangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam tempoh terdekat ini, berhubung kenyataannya dalam laman portal The Rocket mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kenyataan itu kerana ia didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.

"Kata-kata beliau (Kit Siang) dalam artikel tersebut berbaur hasutan, kita akan siasat Kit Siang di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan juadah berbuka puasa kepada anggota trafik Kuala Lumpur, di Pulau Tiga Jalan Estafan, di sini, hari ini.

Kit Siang, dalam satu artikelnya bertajuk 'Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock' pada Rabu lepas, mempersoalkan kenapa belum ada tangkapan terhadap pembunuh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada EXCO kerajaan negeri Selangor.

Khalid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu cuba mempengaruhi rakyat bahawa kematian Beng Hock itu seolah-olah akibat dibunuh.

"Jangan cuba menimbulkan perkara yang tidak benar yang boleh menimbulkan kemarahan dan syak wasangka kepada orang ramai," katanya.

Pada 16 Julai 2009, Beng Hock, ditemui mati di lobi aras lima, Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Sementara itu, mengulas tentang seorang wanita warganegara Korea yang memakai baju tertera ayat al-Quran di sebuah pasar raya di Ampang baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya percaya wanita itu masih berada dalam negara.

"Kita dah panggil beberapa individu dipercayai kawannya untuk kita cari di mana wanita itu sekarang. Insya-Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada," katanya.

Pada Sabtu lepas, laman sosial Facebook menyiarkan gambar dan catatan mengenai wanita itu sedang dimarahi seorang lelaki berketurunan Arab di sebuah pasar raya di Taman Dagang, Ampang di sini kerana memakai pakaian yang tertera ayat-ayat al-Quran.

Wanita itu dipercayai baru sahaja tiba di Malaysia, dipercayai membeli baju berkenaan ketika melancong di India. 

Robert Kuok bukan lagi Raja Gula di Malaysia...tapi MSM milik FELDA



Pada Oktober 2009, Tan Sri Robert Kuok mengumumkan penjualan keseluruhan ekuiti dalam Malayan Sugar Manufacturing (MSM) yang membabitkan 50 peratus saham Kilang Gula FELDA Perlis Sdn Bhd (KGFP), ladang tebu seluas 5,797 hektar di Chuping, Perlis dan 20 peratus saham dalam Tradewinds (M) Bhd, kepada FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Dalam urusniaga perniagaan yang bernilai RM1.2 bilion itu, FGVH menguasai sehingga 70 peratus pembekalan gula di dalam negara, sekaligus menamatkan monopoli Kuok sebagai “Raja Gula” selama 45 tahun.

Bagaimanapun masih ramai yang tidak mengetahui hakikat ini, lantas menjadikan “legasi” Robert Kuok masih berterusan dan ada lagi pihak yang masih menganggapnya sebagai Raja Gula di Malaysia dan bukannya MSM.

“Bukan rakyat biasa sahaja, tetapi ada juga Ahli Parlimen yang tidak tahu hakikatnya Raja Gula Malaysia sekarang ini ialah MSM, anak syarikat FGVH, iaitu milik FELDA , milik Melayu!

“Lucunya bila ada yang pula yang menyangka MSM kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Holdings Berhad (MSM), Dato Dr Sheikh Awab Sheikh Abod.

Sheikh Abod bersetuju kalau tidak kerana isu gula ditimbulkan di parlimen penggal lalu, mungkin ramai tak mahu ambil tahu pasal kewujudan MSM. Pada sidang parlimen yang lalu, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin yang juga salah seorang pengarah MSM telah “menegur” Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memutar-belitkan fakta pasal isu gula.

Dalam temubual bersama Agendadaily di pejabatnya di Menara FELDA yang tersergam indah di Jalan Persiaran KLCC, Kuala Lumpur,ÂÂ  baru-baru ini, Sheikh Awab turut menjawab beberapa isu mengenai harga gula dan juga perancangan masa depannya untuk MSM.

Di Sinilah Mayat-Mayat Mangsa Nahas MH17 Disimpan...



Kini lebih 200 beg hitam yang mengandungi mayat-mayat mangsa nahas MH17 disimpan dan dipindah ke gerabak kereta api barang yang dilengkapi dengan alat penghawa dingin.

Urusan pemindahan mayat-mayat ini dilakukan oleh pihak pemisah Ukraine yang pro-Rusia sejak Sabtu.

Walaupun mendapat tentangan dan kritikan antarabangsa tetapi askar-askar puak pemisah berkata itulah langkah terbaik yang boleh mereka lakukan kerana mayat-mayat mangsa yang telah dikutip dan dikumpulkan dari tempat nahas telah berbau.

Sebelum itu, mayat-mayat mangsa telah dibiarkan terdampar di tepi jalan dan di tempat pesawat malang itu terhempas sejak Sabtu dan musim panas di Eropah sekarang menjadikan situasi semakin sukar.

Sebahagian besar pekerja yang ditugaskan membantu mengangkut mayat-mayat itu didatangkan khas dari sebuah lombong yang berdekatan bagi mempercepatkan proses memindah ke gerabak kereta api.

Isu berkaitan urusan pengurusan mayat mangsa dan juga bangkai pesawat di tempat kejadian menjadi perdebatan antarabangsa kerana puak pemisah yang pro-Rusia menghadkan kemasukan pasukan antarabangsa yang dihantar ke tempat kejadian oleh kerajaan pusat Ukraine.

Kini gerabak-gerabak berhawa dingin itu di tempatkan di Stesen Kereta Api Torez sembilan batu dari tempat kejadian.

Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman memberitahu satu sidang akhbar di Kiev sejumlah 192 mayat telah dipindahkan ke gerabak-gerabak berhawa dingin itu.

Bagaimanapun katanya pihak pemisah enggan membenarkan kereta api itu berlepas keluar dari Torez. 

Dua Pesawat Hercules C130 Bawa Balik Mayat Mangsa MH17



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)menyediakan dua pesawat jenis Hercules C130 untuk membawa balik mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata pesawat itu turut digunakan untuk membawa anggota tambahan TUDM ke Ukraine bagi membantu Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

“Pesawat ini kita siap sedia dan akan digunakan sekiranya diperlukan untuk melaksanakan tugas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Panglima ATM Bersama Warga TUDM dan Kolej TUDM di Kepala Batas dekat sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan menambah 30 lagi anggota TUDM untuk membantu pasukan penyelamat yang telah berlepas ke Ukraine sebelum ini dengan 10 anggota perubatan.

 Katanya pihaknya turut menghantar dua anggota dari Kor Agama ATM bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menguruskan jenazah penumpang beragama Islam. 

Dua kotak hitam pesawat MH17 akan diserah kepada pasukan Malaysia



Dua kota hitam pesawat Malaysia Airlines MH17 akan diserahkan kepada pada pasukan Malaysia di Donetsk pada jam 9 malam ini waktu Ukraine, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Seri Perdana sebentar tadi bagi mengumumkan tiga persetujuan yang dicapai dengan Alexander Borodai, pemimpin kumpulan yang menguasai wilayah di mana pesawat berkenaan terhempas.

Kerana surat biadap...Sultan Selangor enggan terima Khalid Samad mengadap



Kerana bahasa surat yang lebih 'melukakan' hati, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permohonan menghadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada Isnin.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, surat yang diterima oleh baginda Jumaat lalu bukanlah surat memohon ampun atas tindakannya yang mengguris hati baginda, sebaliknya ia adalah surat memohon untuk memberi penjelasan dan bukan untuk mohon ampun.

Menurut Munir, tuanku enggan menerima surat permohonan itu kerana dunia sudah maklum dengan maksud kenyataan Khalid.

“Tidak ada sebab untuk beri penjelasan kepada tuanku. Adalah lebih baik dia menjelaskan kepada rakyat, yang dia mencanangkan ke seluruh dunia supaya kuasa eksekutif MAIS dihapuskan.

“Titah tuanku kepada Khalid ialah beri penjelasan kepada rakyat sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Dia menggunakan saluran media. Jadi, dengan saluran itu juga dia perlu perjelaskan. Tidak perlu mengadap tuanku,” katanya kepada media hari ini.

Khalid berbuat demikian bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai penghapusan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menimbulkan kegelisahan orang ramai dan dianggap menentang kuasa raja baru-baru ini.

Munir berkata, jika surat itu dalam bentuk memohon maaf, ada kemungkinan baginda akan mempertimbangkannya, tetapi oleh kerana memohon hendak mengadap tuanku semata-mata mahu memberikan penjelasan, sultan menolaknya.

Khalid bersama tiga lagi Ahli Parlimen dari PAS pada Jun lalu mendesak MAIS memulangkan bible versi Melayu yang dirampas penguatkuasa Jabatan Agama Islam kepada Persatuan Bible Malaysia.

Beliau turut meminta kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS sehingga mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan Khalid sebagai biadab dalam satu majlis di Sepang 15 Julai lalu.

Sunday, July 20, 2014

MH17: Ubah akuan facebook lepas dikecam...


Tindakan seorang pengguna Facebook yang menghina ibadah puasa juruterbang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine dua hari lalu nyata menimbulkan kemarahan orang ramai.

Penghinaan oleh wanita bernama Sim Kwang Yung Sim menerusi laman Facebook itu juga turut mengheret isu hak keistimewaan bumiputera yang dikatakan lebih beruntung berbanding kaum lain.


Mungkin kerana takut selepas menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Bagaimanapun, jika dilihat pada kes seumpamanya sebelum ini, rata-rata individu sebegini akan memberitahu bahawa akaun mereka sebenarnya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

CORAT-CORET MH17: Barang penumpang MH17 dicuri...



Ini sudah pasti akan mengganggu siasatan, dan juga mungkin keluarga waris MH17 sukar membuat pengecaman.

Berikutan kurangnya kawalan, di tapak kejadian, orang ramai dan tentera pemisah dilaporkan menggeledah harta benda mangsa.

Dari gambar-gambar yang dirakam, memang ada barang yang masih elok, ratusan bagasi, anak patung, pakaian, kasut, kamera, ipad, jam tangan, beg tangan, telefon, antara yang berselerak di satu kawasan perkampungan dan ladang gandung seluas lapan kilometer persegi.

Ini terjadi selepas pesawat itu meletup di udara pada ketinggian 10 ribu kilometer atau 33,000 kaki.

Menurut saksi, banyak bagasi penumpang dikumpulkan di satu tempat, dibuka dan barang-barang berharga diambil.

Manakala barangan seperti kotak makanan Minnie Mouse, patung Winnie the Pooh, gambar-gambar keluarga dan pasport ditinggalkan.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.

“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraine atau Rusia.

“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” katanya ketika dihubungi. 

Mayat Mangsa MH17 Mula Mereput



Selepas lebih 24 jam pesawat MH17 ditembak jatuh, bau busuk daripada mayat yang mereput dan terbakar mula memenuhi ruang udara cuaca panas di Ukraine, lapor CNN.

Kawasan padang lapang yang ditawan pemberontak di timur Ukraine itu masih dipenuhi dengan mayat bergelimpangan, barangan termasuk beg dan buku milik mereka yang menemui ajal dalam tragedi itu juga bersepah-sepah.

"Secara kasarnya seperti kawasan kejadian jenayah terbesar didunia, dikawal oleh lelaki berseragam dengan senjata berat dan tidak mesra," kata Michael Bociurkiw jurucakap kumpulan Organisasi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OCSE).

Wilayah Donetsk kini dikuasai militan pro Russi yang menafikan bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu terhadap MH17 yang dalam perjalanan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Askar bersenjata itu menghalang kumpulan OSCE daripada masuk ke kawasan kejadian.

"Kami dah minta izin untuk berjumpa dan pemimpin dan komander mereka tetapi tiada siapa yang muncul

"Ada seorang lelaki yang berseragam, lengkap bersenjata dan kelihatan mabuk menghalau semua orang termasuk wartawan," kata Bociurkiw.

Katanya, kawasan kejadian tidak dikawal ketat apabila wartawan dilihat berlegar sekitar bangkai serpihan untuk membuat laporan, kata CNN.

"Kawalan keselamatan agak longgar. Mereka sepatutnya meletakkan tanda larangan jika tidak orang ramai akan merosakkan bahan bukti.

"Jadi banyak kerja yang perlu dilakukan dengan cepat," katanya.

Konvensyen antarabangsa mengarahkan pihak berkuasa Ukraine supaya menjalankan siasatan ekoran pesawat ditembak di ruang udara.

Namun dengan bilangan anggota pasukan yang sedikit, mereka memerlukan lebih ramai tenaga bantuan untuk mengendalikan 298 mayat yang bertaburan disekitar kawasan padang.

Kementerian Luar Ukraine semalam dilaporkan berkata setakat ini 181 mayat berjaya dikutip.

Pasukan bantuan kecemasan dilaporkan berkata, kebanyakan mayat sudah hancur dan sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau wanita, manakala yang lain ditemui masih elok tanpa kesan calar.

Beberapa mayat dijumpai disebalik serpihan pesawat dan ada yang ditemui ditempat mereka terjatuh.

Wartawan bebas Noah Sneider yang melawat kawasan kejadian memberitahu CNN bahawa ada penumpang yang ditemui mati ditempat duduk dengan memakai fon kepala.

Ada penumpang yang berpakaian santai untuk percutian tropika dengan bersluar pendek dan berselipar, manakala naskhah percutian di Bali juga dilihat antara barang yang ditemui bersepah dikawasan kejadian.

Tidak pasti siapa yang mengawal selia, atau sama ada mayat terbabit dilayan dengan bermaruah, kata CNN.

Puak pemisah Ukraine kini dalam siasatan, ekoran dituduh bekerjasama dengan Russia yang bertanggungjawab atas pesawat MH17.

Sementara itu, suhu musim panas dijangka memberi kesan kepada mayat yang masih bertaburan di sekitar kawasan padang.

"Sekarang ni cuaca masih sejuk. Tetapi jika esok panas, keadaan mungkin menjadi teruk," kata Bociurkiw. 

"Bagaimana Jika Pesawat Saya Naiki Ditembak?"- Pramugari MH17



Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya jika kapal terbang yang dinaiki ditembak - sejak sebulan dahulu lagi.

"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don Shahidan, memetik laporan Sinar Harian.

"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal  bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan," ujar Don sambil menahan sebak.

Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370.

Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama," katanya.

Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine.

"Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia," imbas Don sebak.

Pemergian Dora Shahila memang begitu dirasakan.

"Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy," katanya lagi.

Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin.

"Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat," kata Don ketika ditemui di rumah Dora Shahila di Taman Tun Dr Ismail.

Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya.

"Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita," katanya.

Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab.

“Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman,” katanya.

Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya.

"Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya," katanya.

Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu.

“Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, ‘Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga,” katanya.

Menurut Darlina,  walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. 

Polis Isytihar Perintah Berkurung Di 6 Daerah Esscom



Perintah berkurung diisytiharkan di Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bermula pukul 6 petang Sabtu hingga 6 pagi Ahad.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, tempoh yang akan berlanjutan hingga tidak melebihi 14 hari membabitkan enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurutnya yang membuat pengisytiharan itu pada pagi Sabtu, ia membabitkan kawasan perairan seluas 194,032 kilometer persegi bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke jati Tawau di selatan.

Beliau berkata, sepanjang tempoh perintah berkurung, tiada sebarang aktiviti termasuk menangkap ikan dibenarkan di kawasan terbabit.

Pramugara Hasrat Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang



"Kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang," kata pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood kepada adiknya.

Siti Noradziah, 29, berkata abang sulungnya melahirkan hasrat itu selepas insiden kehilangan pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.

"Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain.

"Waktu dia cakap nak meninggal dalam kapal terbang memang kita marah, ya lah siapa yang nak tengok ahli keluarga meninggal dalam insiden kapal terbang tetapi kami sekeluarga anggap itu gurauan sebab dia memang suka bergurau," katanya di kediaman ibu bapanya di Taman Chi Liung, Pandamaran, Jumaat.

Pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.

Siti Noradziah, anak ketiga daripada lima beradik, berkata sebelum bertolak ke Amsterdam, Shaikh Mohd Noor sempat pulang ke kediaman ibu bapanya untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka selain berbuka puasa bersama keluarga.

Beliau berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.

Sementara itu, ibu Shaikh Mohd Noor, Amna Mohd Sharif, 65, pula berkata beliau pernah menyuarakan hasrat agar anak sulungnya itu, yang mesra dipanggil 'Mad Noor' berhenti menjadi pramugara selepas tragedi MH370.

"Makcik pernah cakap pada Mad Noor, berhentilah kerja takut kejadian macam ni tetapi kata Mad Noor, kalau nak mati, mana-mana pun boleh mati," katanya.

Amna juga berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Shaikh Mohd Noor yang disifatkan seorang anak paling rapat dengannya.

Shaikh Mohd Noor meninggalkan seorang balu, Madiani Mahani, 42, yang juga pramugari MAS, serta lima anak berusia lingkungan 2 hingga 13 tahun, termasuk seorang anak tiri. 

Kenyataan BODOH!!!!! MH17: Puak Pemisah Dakwa Penumpang Mati Sebelum Pesawat Ditembak



Seorang pemimpin puak pemisah pro-Rusia mendakwa penumpang dan anak kapal MH17 mungkin telah mati sebelum pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada Khamis.

Ketua puak pemisah, Igor Girkin berkata, berdasarkan tinjauan anggotanya dilokasi nahas mendapati mayat yang bergelimpangan tidak berada dalam keadaan segar seperti yang sepatutnya.

Girkin berkata demikian di laman sosial kedua terbesar di Eropah selepas Facebook iaitu Vkontakte.

Bagaiamanapun bekas perisik tentera Rusia itu tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine yang merupakan kawasan konflik.

Nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu didakwa dilakukan oleh puak pemisah pro-Rusia. 

MH17: Wartawan Rusia letak jawatan, kecewa dengan liputan berat sebelah



Seorang wartawan Rusia yang ditugaskan di London mengumumkan meletak jawatan dari tugasnya atas alasan sangat kecewa dengan cara liputan yang disiarkan oleh majikannya stesen televisyen RT (Russian Today) berkaitan pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Sara Firth adalah wartawan kedua dari stesen televisyen berbahasa Inggeris itu yang meletakkan jawatan. Mac lalu seorang lagi wartawan meletakkan jawatan dengan alasan kecewa dengan liputan stesen itu berkenaan krisis di Ukraine.

“Saya meletakkan jawatan hari ini. Saya sangat menghormati rakan setugas saya tetapi berpegang kepada kebenaran,” kata Firth menerusi laman Twitternya @Sara_Firth.

Sementara itu stesen RT yang dibiayai kerajaan Rusia dalam reaksinya kepada AFP berkata “Firth telah meluahkan pendiriannya yang memilih kebenaran tetapi pihak kami mempunyai versi tersendiri mengenai maksud sebenar kebenaran”.

“Kami percaya kebenaran adalah dari kaca mata wartawan kami di lapangan dan bukan apa yang dilaporkan oleh akhbar di London,” kata Anna Belkina seorang jurucakap stesen itu menerusi e-mel.

Tambahnya, RT tidak terkejut dengan keputusan Firth itu kerana wartawan itu dikatakan pernah menyuarakan hasrat untuk bertukar kerja.

Perletakan jawatan Firth adalah insiden terbaru yang dihadapi oleh RT susulan banyak kritikan dan bidasan yang dilemparkan terhadap stesen itu terutamanya menerusi laman Twitter.

Firth membuat kenyataan selepas seorang blogger menuduh rakan sekerjanya, Polly Boiko mengambil rasuah untuk membantu menyebarkan penipuan Presiden Rusia Vladmir Putin mengenai perkara sebenar yang berlaku terhadap pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

“Apa yang yang telah saya sebarkan?” tanya Boiko dalam reaksi balasnya.

“Penipuan,” jawab Firth. “ Kami (wartawan) sememangnya bekerja untuk Putin. Kami diminta setiap hari untuk melaporkan perkara yang tidak benar.

“Kami hanya makan gaji dan kerana itu kami harus mematuhinya,” tambahnya.

Firth juga menukar nama akaun Twitternya @SaraFirth_RT bagi mengelak dari dikaitkan dengan saluran televisyen itu lagi.

Laporan terakhirnya dari London adalah Selasa lalu.

Amerika Syarikat sebelum ini berkata mereka percaya pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu oleh kumpulan pemberontak Ukraine.

Stesen RT bagaimanapun melaporkan pihak Ukraine yang harus dipersalahkan dengan mendakwa peluru berpandu telah dilancarkan oleh negara itu tanpa memaklumkan sistem terbabit juga berkemungkinan digunakan pihak kumpulan pemisah.

RT sememangnya menjadi tumpuan atas laporannya yang ternyata berat sebelah dan cenderung kepada Moscow terutamanya berkaitan krisis di Ukraine.

Mac lalu wartawannya, Liz Wahl membuat pengumuman meletak jawatan sewaktu satu siaran langsung.

RT sebaliknya menuduh Wahl hanya cuba mempromosi diri.

Curi Wang Dan Kad Kredit mangsa MH17




Wang dan barang berharga mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di utara Ukraine dipercayai menjadi tumpuan pencuri.

Pesawat MH17 terhempas bersama ratusan tubuh yang ‘berselerakan’di sebuah lapangan dikelilingi oleh berbagai harta benda milik mangsa termasuk buku kanak-kanak, permainan kad, selipar, surat dan piring hitam lama. Menurut seorang ahli politik Ukraine, beliau mendakwa perompak telah turun ke tempat kejadian, mencuri barang-barang berharga dari 298 penumpang dan anak kapal.

Anton Gerashchenko, penasihat kepada kerajaan Kiev, berkata: “Saya telah menerima maklumat bahawa pengganas yang memburu harta orang mati telah mengumpul bukan sahaja wang tunai dan barang kemas penumpang, malah kad kredit mangsa nahas.“Pada masa ini, mereka juga mungkin cuba untuk menggunakan kad kredit yang dicuri di Ukraine atau Rusia.

“Permintaan saya kepada waris mangsa untuk membekukan kad kredit mereka, supaya mereka tidak akan kehilangan aset kepada pengganas,” katanya ketika dihubungi.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Friday, July 18, 2014

Hasan Ali cabar Pas pecat Khalid?


Pas dicabar mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ekoran pelbagai kenyataan kontroversinya sehingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, jika beliau yang sebelum ini bertindak menyuarakan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di Selangor dipecat oleh Pas, tiada sebab untuk Khalid kebal daripada tindakan serupa.

Katanya, tindak-tanduk Khalid bukan sahaja mencemarkan perjuangan Pas tetapi pendiriannya yang berterusan konsisten 'menyerang' agensi agama di Selangor seolah-olah menjadi jurucakap kepada golongan yang liberalisme, pluralisme dan sekuralisme.

"Pengalaman saya sewaktu menjadi exco kerajaan negeri, Khalid dalam banyak hal menjadi penghalang kepada usaha menjamin kemuliaan Islam seperti peristiwa mengharamkan jualan arak di Shah Alam dan isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Saya masih ingat, Khalid sering menidakkan apa juga bentuk undang-undang dan peraturan yang ingin dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, di Damansara Utama, di sini hari ini.

Tabahlah menghadapai dugaan dan cabaran...Semoga Allah SWT akan terus merahmati Malaysia...Takziah...



Kiev bertanggungjawab atas nahas pesawat Malaysia - Putin



Presiden Russia, Vladimir Putin berkata Ukraine bertanggjungjawab ke atas nahas pesawat penumpang Malaysia yang membawa 298 penumpang apabila dilaporkan terhempas di timur negara bekas Soviet itu.

“Tanpa ragu-ragu lagi negara yang terbabit dalam tragedi yang menyayat hati ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku," kata Putin dipetik agensi berita, Ria Novosti.

 “Tragedi ini tidak akan berlaku jika negara itu aman dan jika pihak tentera tidak mencetus keadaan huru-hara di sebelah timur Ukraine," katanya.

Pemimpin tertinggi Russia itu mengarahkan pegawai tentera agar memberi bantuan dan keperluan bagi menangani kejadian jenayah seperti itu.