Followers

rantau ku sayang

Monday, November 12, 2012


Anwarinas akan 'letupkan' Muktamar Pas


Laman web Jabatan Meteorologi meramalkan Kota Bharu dibasahi hujan minggu ini - waktu sama berlansungnya Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).

Di sebalik semangat tahun baru 1434 Hijrah dan cuaca sedikit sejuk, pimpinan PAS diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tatap perlu bersedia berdepan pelbagai isu yang membara bahangnya, terutama tahap persediaan parti menghadapi Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13)

Perhimpunan bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan kali ini adalah pecutan terakhir menjelang perhitungan di peti undi, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan seharusnya menjadi landasan terbaik bagi jentera parti merumuskan tahap persediaan.

Bersandarkan hakikat itu, beliau yakin isu di luar lingkaran PRU-13 akan terpinggir dengan sendirinya.

"Itu semangat muktamar perwakilan PAS. Tumpuan Kita ialah bagaimana menghadapi lawan dan setiap ruang perlu dimanfaatkan ke arah meningkatkan semangat ahli. Isu lain tidak penting," katanya.

Realitinya, PAS banyak dibebani isu lain. Pertembungan kelompok tegar yang berpegang kepada kepimpinan ulama sebagai asas perjuangan dengan kalangan yang dilihat beriya-iya menegakkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dilabel sebagai "Anwarinas'adalah antara bom jangka yang mungkin 'diletupkan' di Kota Bharu nanti.

Benar, kerjasama PAS-DAP-PKR mendapat restu Majlis Syura sebelum 3 parti itu membentuk pakatan pembangkang menghadapi PRU-12 empat tahun lalu.

Bagaimanapun yang meninggalkan kebimbangan pihak tertentu ialah kemungkinan PAS kehilangan Identiti sebagai parti yang menjunjung Islam, lantaran terlalu ghairah membuka ruang atas nama menjaga hati rakan.

Pada masa sama, pengaruh (jika boleh disebut begitu) Nasharuddin Mat Isa di kalangan penyokongnya tidak boleh diketepikan kerana bagi mereka, ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS itu bersuara mempertahankan prinsip perjuangan asal tanpa mengorbankan nilai walaupun atas nama kerjasama bukan ketukan tin kosong.

Diakui, masa depan PAS bukan berlegar sekitar Ahli Parlimen Bachok itu atau sesiapa pun kerana PAS sebagai organisasi sememangnya jauh lebih besar daripada mana-mana individu, seperti juga parti sahsiah lain.

Apa yang membimbangkan, menurut pandangan seorang ahli yang sudah lama mengharungi susah senang bersama PAS, parti itu kini menjadi tumpuan atas sebab yang tidak membantu perjuangannya.

"PAS menjadi bahan bualan kerana krisis dalaman, pemimpin bercanggah pandangan, orang ini ditolak, orang itu dibidas. Semua ini menampakkan seolah-olah PAS tidak lagi mempunyai ruang berbincang secara matang.

"Saya bersama PAS dah dekat 30 tahun. PAS mesti bijak membezakan perkara yang perlu ditangani dalam rumah sendiri dengan hal yang boleh dikongsi bersama rakan pembangkang. Sasaran kita ialah parti lawan, bukannya ahli sendiri.

"Ambil contoh isu Ustaz Nasharuddin. Dia nak cakap apa pun, itu pandangan dia. Tidak banyak sikit, ada betulnya. Kalau kita matang, kita terima teguran. Kalau ada yang dia sebut tu kita rasa tak kena, balas secara berhemah. Biarlah dia bercakap, kita terus buat kerja sudahlah," katanya.

Menghampiri usia 61 tahun penubuhan pada 24 November ini, PAS sepatutnya tidak lagi dikekang persoalan hala tuju perjuangan kerana angka sebesar itu wajar meletakkan laluan sahsiah parti berkenaan di landasan padu.

Walaupun sebahagian besar pemimpinya optimis dengan peluang PAS memenangi kerusi pada PRU 13, Abdul Hadi di nyata lebih berhati-hati membuat pertimbangan.

Paling utama, beliau memgigatkan semua pihak dalam PAS supaya menepis sifat "ujub' atau terlalu bangga dengan keupayaan untuk menawan Putrajaya berikutan terpengaruh dengan sokongan yang diterima.

"Jangan galak sangat. Memang kita hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub'," katanya ketika merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Terengganu, baru-baru ini.

Jatuh bangun PAS menghadapi percaturan PRU-13 bergantung kepada semangat perwakilannya dalam memperhalusi dan menterjemah mesej ucapan dasar Abdul Hadi, pada Jumaat ini.

Darjah kepanasan perbahasan perwakilan adalah isyarat bagi pucuk pimpinan ke arah menentukan langkah seterusnya. Cabarannya ialah untuk Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat bertemu di titik sama dan membawa satu suara ke pucuk pimpinan mengenai apa sebenarnya yang dimahukan demi menjamin kelansungan masa depannya.

Ketika perwakilan Muslimat terus memelihara tertib tetapi tetap tegas apabila berkongsi pandangan, perhatian parti terarah kepada perwakilan Dewan Ulama yang di harap menjadi 'kubu terakhir' mempertahankan asas perjuangan parti supaya tidak tergelincir daripada landasan gara-gara tarikan kuasa dari luar PAS itu sendiri.

Apabila tiba masanya, pemimpin utama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi sendiri bakal diganti oleh nakhoda baru- itu hakikat tanpa kompromiyang perlu diakui.

Jesteru laluan yang ditentukan ahli PAS hari ini bakal mencorakkan wajah dan survival PAS ke arah menerowong era pasca dua pemimpin terbilang itu.

55 Tahun Bahasa Melayu diAnaktirikan di SJKC


Seperti yang dijangka, cadangan kerajaan untuk melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Vernakular bermula tahun 2014 mendapat tentangan hebat dari majoriti kaum Cina.  Tentangan ini disuarakan melalui berbagai pihak mereka melalui NGO, termasuklah Kesatuan Guru Besar Kebangsaan.

Tiada siapa dapat menafikan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang pelik kerana ia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem persekolahan berasingan mengikut kaum.  Seolah-olah itu belum cukup pelik, maka sistem persekolahan kita juga membenarkan bahasa ibunda kaum-kaum minoriti dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah mereka.  

Dan seolah-olah itu juga masih belum cukup pelik, maka bagi memastikan anak-anak kaum minoriti ini dapat menyaingi anak-anak kaum penduduk asal iaitu Melayu dalam matapelajaran Bahasa Kebangsaan, tahap pembelajaran dan peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular juga telah direndahkan.

Selama ini, kaum Cina begitu lantang mengkritik sistem kuota sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap mereka kerana membantu anak Melayu melanjutkan pelajaran dengan mudah, tetapi di masa yang sama mereka enggan mengakui bahawa mereka juga mendapat keistimewaan apabila kerajaan merendahkan tahap matapelajaran Bahasa Melayu agar anak-anak Cina mudah mendapat keputusan yang ‘sempurna’ dalam peperiksaan.

Dan apabila kerajaan ingin menghapuskan keistimewaan ini atas dasar perpaduan dan jatidiri negara, mereka pantas membuat bantahan keras.  Tindakan kaum Cina ini bolehlah ditafsirkan sebagai sengaja mencabar dan merendah-rendahkan kerajaan, perkauman serta menolak perpaduan, pentingkan diri serta angkuh, khianat serta tidak setia pada negara.

Alasan yang diberikan ialah tahap Bahasa Melayu adalah terlalu tinggi untuk anak-anak kaum Cina menguasainya dan bahawa masanya belum tiba untuk menyeragamkan kurikulum antara Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Vernakular.

Justeru, kita tertanya-tanya, bengap sangatkah anak-anak kaum Cina?  Atau apakah lidah mereka terlalu keras kerana masih belum dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik walaupun lahir dan membesar di Malaysia?  

Namun, kita semua tahu jawapannya, iaitu yang keras bukannya lidah, tetapi hati mereka.  Hati kering atau bahasa pasarnya, hati komunis, amat sukar untuk berprasangka baik apatah lagi untuk menerima dan menjadi sebahagian dari masyarakat mahupun persekitaran.  Secara tuntas, masalah mereka sebenarnya ialah, mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa pemimpin negara ini bukanlah dari kaum mereka.

Tentangan  sebegini adalah antara kejadian aneh yang hanya boleh berlaku di negara yang bernama Malaysia.   Hanya di Malaysia di mana kaum minoriti mengawal 80% dari ekonomi negara tetapi masih melaungkan diskriminasi dan ketidakadilan terhadap mereka.   Dan hanya di Malaysia, kaum minoriti ini terus menuntut lebih lagi dan lagi dan lagi dan tidak pernah berhenti sehinggakan begitu tega menolak sebarang usaha ke arah perpaduan serta begitu kurang ajar dengan enggan menobatkan Bahasa Kebangsaan.

Sedangkan, Singapura yang terkenal dengan sikap kiasu kaum Cina itu juga sejak dari awal lagi mengamalkan sistem satu sekolah dan satu bahasa pengantar.

Mengimbas kembali sejarah negara, Sekolah Vernakular pada awalnya adalah dibenarkan atas tujuan memenuhi keperluan anak-anak pendatang Cina dan India yang bekerja di negara ini.  Ia dilihat sebagai keputusan ‘menang-menang’ dalam proses kemerdekaan.  Pada ketika itu, rata-rata kaum Cina dan India  melihat kedatangan mereka sebagai sementara, iaitu sentiasa menyimpan hasrat untuk pulang ke negara asal bila tiba masanya.  Justeru, sekolah dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda masing-masing adalah wajar bagi memudahkan kesinambungan hidup anak-anak mereka di negara asal nanti.  Dalam bahasa mudah, konsepnya, adalah lebih kurang sama dengan Sekolah Antarabangsa.

Walaubagaimanapun, ternyata kaum-kaum ini tidak kembali ke negara asal.  Malah, mereka mengambil kesempatan pula atas kelembutan dan sikap toleransi penduduk asal.   Akibatnya, setelah 55 tahun berlalu, sekolah vernakular terus wujud dan semakin teguh serta berkembang.  Dan selama 55 tahun jugalah Bahasa Kebangsaan telah diabaikan atau dianaktirikan oleh sekolah vernakular.   Lalu semakin berkembang biaklah kaum minoriti yang tiada jatidiri sebagai warga Malaysia.   Dengan sikap kiasu semulajadi ditambah dengan kuasa ekonomi yang ada pada mereka, maka semakin tega dan degillah mereka menolak segala usaha ke arah membentuk jatidiri sebagai warga negara ini.

Kita tidak perlukan seorang pakar politik, sosiologi, psikologi atau sejarah untuk memberitahu kita bahawa ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat, malah amat merbahaya bagi sesebuah negara.

Namun, malang bagi Malaysia, selagi satu pihak enggan mengambil sikap praktikal dan matang dan satu pihak lagi pula tidak mampu mengambil keputusan tegas dan berani, maka negara ini akan terus bergerak mengikut jarum bom jangka yang dibiarkan terpasang.  Tidak boleh tidak, kita perlu memastikan bahawa seluruh kaum Cina menerima hakikat bahawa identiti Malaysia adalah secara semulajadinya berasaskan kaum Melayu.  Ia bukan satu pilihan bagi seseorang yang mengaku sebagai warga negara ini

Thursday, November 8, 2012

KASIHAN WAN AZIZAH DIPERLAKUKAN BEGITU



Ibu mana yang tidak sayangkan anak lebih-lebih lagi bila anak itu dihentam teruk akibat perbuatannya sendiri. Itulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, ibu kepada Nurul Izzah bila mana ramai rakyat Malaysia mengutuk dan menghentam anaknya itu akibat keceluparan mulutnya yang langsung tidak melihat sensiviti masyarakat Malaysia.

“Kasihan Izzah. Sabarlah ye nak...” Dia mengusap-usap gambar Nurul Izzah yang tersiar di muka hadapan Sinar Harian.

Nurul Izzah yang menyertai forum bertajuk: Negara Islam, Versi Mana: Siapa Bertanggungjawab anjuran Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI) yang telah diadakan di Subang Jaya, Selangor. Nurul Izzah dalam kenyataannya telah mengatakan “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”

Akibatnya umat Islam di Malaysia termasuk mereka yang arif dalam agama menganggap kenyataan Nurul Izzah itu bersifat menghasut. Ramai juga golongan agama termasuk mereka yang bekas-bekas ahli PAS yang berpengalaman dalam agama meminta anak Wan Azizah itu mengucap dua kalimah syahadah.

Difahamkan Nurul Izzah telah menghubungi bekas mufti Perlis Dr Asri berhubung kenyataannya itu. Seperti mana diketahui Dr. Asri yang berfahaman Islam ‘wahbi’ menganggap kenyataan Nurul Izzah itu tidak bercanggah dengan Islam.

"Saya memang sedih apabila kontroversi ini timbul. Naluri keibuan saya terasa dijerut. "Anak saya dituduh menggalakkan murtad! Satu tuduhan berat!"

Bagaimanapun, kenyataan Wan Azizah itu hanyalah naluri seorang ibu. Bagaimana pula dengan naluri anak seperti Nurul Izzah dalam membuat kenyataan sedemikian? Apakah Nurul Izzah terbayang wajah ibunya atau Anwar Ibrahim ketika membuat kenyataan itu? Akibat daripada perasaan mahu menakluk Putrajaya, Nurul Izzah dan pemimpin Pakatan Pembangkang akan melakukan apa saja termasuklah menghasut rakyat Malaysia.

Wan Azizah berasakan inilah kecaman dan kontroversi paling berat yang mereka sekeluarga hadapi apabila mengaitkannya dengan sentimen keagamaan. Malah, kontroversi melibatkan suaminya dalam skandal kes liwat (sodomi) dan khalwat bersama Chinadoll serta sepanjang pemecatan Anwar Ibrahim daripada Timbalan Perdana Menteri dianggap tidak berat.

Kasihan Wan Azizah, tidak serik-serik malang yang menimpa dirinya. Dahulu Anwar Ibrahim dan kini anaknya pula Nurul Izzah. Itulah padahnya apabila bercakap bohong pasal jam Omega yang hingga sekarang ini gagal dijumpai walaupun pernah dalam kenyataan akhbar bahawa jam Omega itu disimpan mereka.

Allah maha besar lagi maha mengetahui.

Wednesday, November 7, 2012

Mais: Sultan S'gor kesal kenyataan Nurul Izzah


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
    
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
    
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.
    
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro-pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Penang local council forum Nurul IzzahBagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah 
mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'Facebook'nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.
    
Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.
    
"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.
    
Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
    
Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.
    
"Mais bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, Mais mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya.
    
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinSementara itu Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menasihatkan Nurul Izzah menarik balik kenyataan 
beliau dan bertaubat memohon keampunan Allah atas kejahilan beliau.
    
"Nasihat saya pada Nurul Izzah, kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
    
Rosnah berkata kenyataan Nurul Izzah itu mempunyai implikasi yang sangat besar terutama kepada generasi muda kerana ia membuka ruang kepada gerakan yang cuba memesongkan akidah umat Islam.

"Puteri Umno ingin melihat pimpinan tertinggi PAS, terutama Dewan Muslimah PAS tampil dan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.
    
"Apakah Dewan Muslimah PAS akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan?," soal beliau.

Rosnah bertanya: "Apakah PAS yang menyatakan diri mereka sebagai kononnya pejuang Islam sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut serta secara buta mempertahan kenyataan pemimpin PKR ini walaupun jelas kenyataan itu salah".
    
Beliau berkata dalam keghairahan berpolitik seharusnya Nurul Izzah sedar bahawa umat Islam masih ada batasannya. 
    
"Kita tidak boleh mengamalkan pluralisme di mana semua adalah sama dalam konteks agama mahupun liberalisme di mana keterbukaan dipraktikkan sehingga tiada batasan.
    
"Mengapa Nurul Izzah perlu menggunakan taktik murahan demi meraih undi orang yang bukan beragama Islam? Adakah pihak pembangkang semakin terdesak sehingga sanggup menggadaikan agama sendiri demi meraih kepentingan politik?" soalnya lagi.
    
Di KUALA TERENGGANU, Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia meminta Majlis Fatwa Kebangsaan memberi respons segera terhadap kenyataan Nurul Izzah itu.

Setiausaha Agungnya Syed Anuar Syed Mohamad berkata ini bagi mengelak timbul kekeliruan sehingga merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Gagasan itu juga menggesa pemimpin PAS tampil memberikan kenyataan mereka berhubung isu ini. 
    
"Jadi kita serahkan pada rakyat untuk menilai sendiri sejauh mana kemampuan PKR mentadbir negara kelak kerana sekarang ini pun mereka sudah nampak bercelaru," katanya kepada pemberita.

- Bernama

Tuesday, November 6, 2012

Polis Berjaya Selamatkan Gadis Dikurung Kerana Peluk Agama Islam.... Kezaliman Berlaku Di Taman Soon Choon Ipoh.



IPOH 2 Nov. - Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman Soon Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata, tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selama sebulan.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis terbabit enggan membuka pintu."Polis menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam.

"Sejurus kita sampai di rumah itu, polis meminta secara baik dan berbincang supaya pintu dibuka, namun tidak diendahkan oleh ibu Yen Lin sehingga kita terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan membawa gadis itu keluar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bapa gadis tersebut, See Chok Chai, 53, pada sidang akhbar di rumahnya hari ini yang kesal dengan tindakan polis memecah masuk rumahnya tanpa menunjukkan waran geledah.Dakwa lelaki itu, tindakan polis tersebut keterlaluan dan mencabul haknya sebagai bapa yang mempunyai hak mutlak ke atas anak perempuannya.

Anuar berkata, laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh gadis terbabit di Balai Polis Kampung Rapat pada hari kejadian.Menurutnya, gadis itu kini diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk pengawasan.

"Gadis ini berusia 24 tahun dan bukannya bawah umur. Oleh itu, adalah salah sekiranya mengurung dia walaupun yang mengurung itu adalah ahli keluarganya sendiri."Apa yang kita lakukan adalah mengikut lunas undang-undang malah gadis itu sendiri yang meminta dia dikeluarkan dari rumah keluarganya tanpa wujud sebarang unsur paksaan," ujarnya.

Blog MIK; DAP akan hantar berbondong-bondong gerombolan peguam untuk bantu ayah gadis ini saman polis kerana pecah masuk rumah mereka...?? Pimpinan PAS dan pimpinan melayu PKR akan diam walaupun tujuan polis selamatkan seorang muslim yang dikurung kerana memeluk agama islam....??

Nurul Izzah Pertikai Halangan Kebebasan Beragama Di Kalangan Penganut Islam


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan adalah tidak adil mengenakan sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam, sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut.

Katanya, seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini.
"Tiada desakan dalam beragama…mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata," katanya seperti dilaporkan Antarapos ketika menjadi panel forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' dalam satu forum di Subang Jaya hari ini.

Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti mana golongan bukan Islam.

"Bagaimana sesiapa pun boleh berkata (kebebasan beragama) hanya terpakai untuk bukan Islam, ia sepatutnya dilaksanakan secara sama rata (tanpa mengira agama).

"Dalam Al Quran, tiada istilah khusus untuk Melayu sebagaimana ia harus dilakukan,"kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan FMT.

Kata-kata Nurul Izzah senada dengan pendapat peguam pemerhati kes murtad Lina Joy, Malik Imtiaz yang juga salah seorang ahli panel forum tersebut.

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan satu undang-undang khusus iaituFasal (4) Perkara 11 yang mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama terhadap penganut beragama Islam.

Permohonan penganut beragama Islam untuk menukar agama lain tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.

"Jika anda mempunyai imam yang kukuh, kemudian anda disekolahkan di SK Assunta dengan dengan salib besar di dalam dewan dan nyanyian lagu-lagu Katolik sepanjang masa, ia masih lagi tidak mempengaruhi anda,"katanya lagi.
Sementara itu, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat pribadi.

Nurul Izzah berkata jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang.

"Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
"Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini.

"Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi," tegas beliau.


Forum 'Islamic State: Which version; Who's responsibility?' yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu, OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle, Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya.

IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagai sebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH.

Selain Nurul Izzah, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz; Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat, dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng.

Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das.
'Undang- Undang Liwat Lapuk, Perlu Dipinda' – Nurul Izzah Senada Anwar
Di sebalik Agenda 'Islam & Demokrasi' Anwar, Azizah & Nurul Izzah

Monday, November 5, 2012

Bawa saya ke mahkamah, Nazri cabar Rafizi




SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung beberapa dakwaan melibatkan diri dan anaknya.

Nazri turut mencabar Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana terlalu yakin mempunyai bukti kukuh membabitkan anaknya yang menggunakan kenderaan mewah milik ahli perniagaan Micheal Chia.

“Saya cabar dan tunggu di mahkamah. Saya tidak perlu buat laporan ke atasnya, dia yang menuduh, maka dia yang patut bawa ke mahkamah. Undang-undang negara kita, siapa menuduh, dia yang perlu dakwa dan buktikan, bukannya orang dituduh.

“Saya juga cabar dia buat laporan kepada SPRM. Saya tunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Rafizi mencabar Nazri mengambil tindakan undang-undang ke atas dirinya kerana dituduh menyebarkan fitnah.

Sebelum itu, Rafizi turut menayangkan tujuh klip rakaman video berhubung penggunaan kenderaan mewah itu.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian wartawan Sinar Harian mendapati anak menteri terbabit bersama ahli keluarganya tidak menggunakan kenderaan itu, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri iaitu Toyota Vellfire berwarna hitam dan Audi R8 berwarna hijau.

Kenderaan mewah itu hanya dikendalikan oleh pemandu dan pengawal peribadi kepada anak menteri itu, walaupun ia disimpan di kediamannya di salah sebuah kondominium di ibu kota.

Rafizi turut menggesa Nazri mengikut langkah bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bercuti dari Kabinet berikutan pendedahan isu syarikat milik suaminya National Feedlot Corporation (NFCorp) yang kini masih disiasat.

Friday, November 2, 2012

PEMIMPIN PEMBANGKANG NS PICIT BUTANG PANIK TERPAKSA PANGGIL RAFIZI

RAKYAT TAHU DAN MENIKMATI HASIL KEPIMPINAN MENTERI BESAR DAN MEREKA TAHU MENILAINYA.TAK PERLU BUDAK KAMPUNG PANDAN NAK TUNJUK BIJAK DI NEGERI KAMI.
Pemimpin pembangkang Negeri Sembilan terpaksa akui bahawa kepimpinan Dato' Seri Haji Mohamad Haji Hasan Menteri Besar Negeri Sembilan berjaya dan mereka terpaksa menggunakan khidmat Rafizi Ramli , pakar pemfitnah Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan dan kesilapan kepimpinan ini. 

Taufek , Che Gu Bard yang kini terpaksa lari meninggalkan Negeri Sembilan dan pemimpin  pemimpin  lain PKR terpaksa  menebalkan muka apabila terpaksa menggunakan khidmat Rafizi untuk membantu menyelamatkan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

Rafizi yang kurang arif mengenai isu-isu di Negeri Sembilan terpaksa berdalih-dalih untuk mencari satu isu konkrit untuk menabur fitnah kepada MB Negeri Sembilan. Pada mulanya beliau menuduh bahawa tanah balak diberikan kepada kroni namun Menteri Besar menjawab dan menyangkal tuduhan  Rafizi sehingga dia terpaksa mencari isu lain pula. lihat ini

Insyaallah rakyat Negeri Sembilan tidak akan termakan dengan hasutan Rafizi , mereka tahu dan nampak apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar untuk membangunkan Negeri Sembilan.




Thursday, November 1, 2012

Majlis Peguam Patut Tutup Kedai



Lebih buruk lagi, Majlis Peguam tidak pula menunjukkan minat untuk menangani isu membabitkan ahli-ahli mereka yang bermasalah seperti menipu pelanggan, lembab dan terlibat dalam kes jenayah iaitu isu yang benar-benar melibatkan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendokong undang-undang dan keadilan.

Sikap Majlis Peguam ini tidak lebih seperti politikus jalanan yang suka mencari publisiti murah semata-mata untuk memburukkan kerajaan.

Hakikatnya, kesalahan yang didakwa dilakukan oleh Zain & Co. bukanlah kecil.  Jika tindakan gagal dikenakan ke atas mereka, akan dengan sendirinya membuktikan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem, seseorang, sesuatu pihak yang bertanggungjawab dalam undang-undang negara ini.

Di masa yang sama, adalah lucu jika kita menyuruh  Majlis Peguam yang mengambil tindakan terhadap firma tersebut kerana harapan sebegitu samalah seperti menyuruh seorang ketua perompak mengambil tindakan terhadap anak buahnya, dalam rompakan yang dilakukan bersama.

SETAN !! SYED HUSSEIN HINA SULTAN DENGAN GELARAN SYAITAN?? BIADAP TUIHHHH !!!!


Aku selalu juga baca buku orang tua ni, ada yang aku setuju dan ada yang kurang setuju, walaupun dia penulis tersahor dan aku pernah terjumpa dengan dia dulu, tupun masa dia menumpang populariti seorang usahawan dan pakar motivasi untuk membuat buku yang tulisannya sekarang agak memualkan.


Semalam aku terbaca dan lagi memualkan apabila rupanya orang tua ni tak habis lagi nak cari pasal, dulu anaknya cari pasal dan ditangkap kerana menghina sultan dalam media maya, masa di tangkap anaknya dikatakan 'kaki laloq' elokpun kena tangkap kalau kaki laloq.

Cerita hal buku yang aku terbaca seemalam adalah buku terbaru orang tua ni pasal aku rasa dia nak balas balik apabila anaknya ditangkap polis dulu, tajuk cerita dia SETAN,SYAITAN, SULTAN .. Tajuknya sudah cukup memualkan aku belum lagi aku baca, aku ibarat buku ini  seperti bangkai yang tak bawa erti apa-apa.  untuk baca selanjutnya klik sini