Followers

rantau ku sayang

Tuesday, October 11, 2011

Bukan semudah itu nak jadi ustaz, Bob... Menyanyi sapa-sapa pun boleh....




Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas , Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan juga diminta memberi keterangan kepada JAIS sebagai saksi pada jam 10 pagi tadi.

Difahamkan Bob memberi ceramah agama dikatakan menyeleweng jauh kerana tidak ada latarbelakang agama cuma pengetahuan 'ikut-ikut' kepada hadirin surau itu malam tadi.

Kebanyakan ceramah yang disampaikan pun berunsur politik dan mengutuk kerajaan serta menghasut jemaah agar membenci kerajaan.

Ramai hadirin yang tidak senang hati kemudian mereka melaporkan kepada pihak berkuasa JAIS. JAIS sudah lama mengikuti jejak Bob Lokman di Selangor cuma menunggu masa sahaja untuk dicekup.
 
Sumber : http://brojinggo.blogspot.com
 

2 comments:

  1. semasa beliau di dalam dunia glamor beliau disanjung apabila beliau kembali ke jalan Allah beliau dicemuh, renungkanlah wahai manusia yang telah mengucap dua kalimah syahadah.

    --orangsendiri--

    ReplyDelete
  2. dia bukan nya kembali ke jalan allah,allah tak suruh hambanya beroecah belah dan mengutuk sana sini,

    ReplyDelete