Followers

rantau ku sayang

Saturday, January 28, 2012

Jangan cepat melatah bang ???

Secara sinis Menteri Besar Negeri Sembilan telah menghentam dan menempelak Menteri Besar Selangor apabila bersetuju  menerima permintaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjual air dari negeri tersebut kepada negeri Selangor. 
 
Jelas terbukti bahawa  Selangor tidak mampu menyediakan air bersih kepada rakyatnya. Sehingga hari ini Menteri Besar Selangor tidak memberikan sebarang respons terhadap isu ini.

Apa apa pun ini bukanlah satu perkara yang  boleh dilakukan dalam masa yang terdekat. Ini adalah satu perancangan  masa hadapan yang belum pun mempunyai  hitam putih dan masih dalam penelitian dan secara umumnya sahaja Menteri Besar telah bersetuju  untuk menjual air kepada  Selangor.
 
Mungkin ketika itu  Selangor sudah pun kembali kepada pangkuan BN. Kenapa masih ada pihak yang  cepat melatah dengan  fakta mana yang mereka dapat? Mewakili rakyat Negeri Sembilan secara tiba tiba kononnya membantah keputusan Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Apa apa pun tak kan kita  sanggup  lihat rakyat Selangor mati kehausan jika ianya benar benar berlaku hanya kerana perbedaan politik.

No comments:

Post a Comment