PILIHAN raya adalah masa rakyat menggunakan kuasa mereka untuk memilih kerajaan yang difikirkan dapat mentadbir dengan baik serta mampu menjaga kebajikan serta keselamatan pengundi untuk tempoh lima tahun akan datang.
Justeru dalam sistem pemerintahan demokrasi, ia adalah satu amalan penting dan tidak harus dipandang ringan sesiapa juga. Jika rakyat tersalah pilih kerajaan, padahnya ditanggung untuk satu jangka masa panjang dan sukar untuk berpatah balik sehinggalah tiba pilihan raya berikutnya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, rakyat diharap dapat membuat pilihan tepat dan bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang tidak mampu menunaikan apa yang mereka janjikan itu. Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah cukuplah rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis palsu kerajaan pimpinan pembangkang.
Rakyat tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berulang pada PRU kali ini. Sebagai contoh, Perdana Menteri menegaskan rakyat di Selangor hendaklah menolak kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mampu mengotakan janji yang ditabur ketika mereka ingin menawan negeri berkenaan pada PRU-12.
Antara janji yang tidak ditunaikan itu, termasuk penurunan 20 peratus cukai pintu dan cukai premis perniagaan, perkhidmatan kesihatan percuma untuk warga tua, bantuan ibu tunggal RM600, bantuan RM1,000 untuk pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan prasekolah RM50.
Tatkala janji ini pun belum dapat ditunaikan, mereka senaraikan pula janji lain dalam Buku Jingga yang ternyata hanya bertujuan memancing undi, seperti penghapusan tol lebuh raya dan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta penurunan harga minyak.
Justeru adalah wajar rakyat di Selangor dan negeri lain yang kini dikuasai pembangkang sedar bahawa apa yang dijanjikan itu adalah janji kosong semata-mata untuk menang pilihan raya.
Gunakan peluang yang ada ketika pilihan raya umum akan datang untuk memilih parti yang benar-benar komited kepada rakyat. Hakikat yang perlu diakui ialah kerajaan pimpinan BN sememangnya mampu menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
Lihat sajalah beberapa skim bantuan kepada rakyat meliputi Skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), skim Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), bantuan persekolahan RM100 dan banyak lagi yang sudah terbukti disampaikan kepada golongan yang layak. Sebaliknya, pentadbiran pakatan pembangkang hanya pandai menanam tebu di mulut.
Justeru rakyat perlu membuat penentuan dengan bijak demi masa depan mereka dan keluarga, dengan menolak kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan negeri lain yang kini dikuasai pakatan berkenaan.
Saksikan telatah Anwar di video ini...
Jangan kecewa sampai pecahkan pinggan mangkok. Anwar memang begitu, berbohong dengan muka selamba je, agaknya berbohong, meliwat, berzina tu tak berdosa. Ada kah orang yang ditipunya,diliwat, dizina, tidak mempunyai nilai diri?
ReplyDelete