Followers

rantau ku sayang

Wednesday, May 9, 2012

Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai 'bapa kafir' (father of kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan Bersih3.0 adalah tanggungjawab agama.
Rahim berkata demikian dalam Berita Utama (prime news), muka 8 akhbar New Straits Times hari ini.
Dalam berita bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir', Rahim berkata,bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya 'mengelirukan' rakyat.
"Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong UMNO akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai Pas.
rahim
"Dia juga berkata UMNO itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat Pas sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya.
Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong Bersih, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang.
"Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi.
Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan 'sebelah mata'.
nikazizbersih
Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat Bersih 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya".
Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur Bersih 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai 'pelawak'.
Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda Pas Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz.
Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas Ketua Polis Negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah".
"Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily.

4 comments:

  1. Saya setuju dgn Bekas KP ni.

    ReplyDelete
  2. tak usah dibela lah nik aziz tu..memang jenis manusia gampang

    ReplyDelete
  3. 1) al- quran adalah imam yang wajib kita turuti untuk membebaskan diri dari api neraka.

    2) tujuan utama al-quran diturunkan adalah untuk membebaskan dan melepaskan diri dari tipudaya syaitan sehingga setiap perbuatan dan amalan allah syorkan agar dimulai dengan:

    AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI SYAITAN YANG DIREJAM.

    sesungguhnya kalam allah yang banyak didalam al-quran ialah:

    SESUNGGUHNYA SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KAMU YANG NYATA.....tapi nik aziz cakap boleh berkawan dengan syaitan untuk hancurkan umno.Ini bermakna nik aziz telah melanggar rukun iman iaitu percaya kepada al-quran dan seterusnya menderhaka kepada allah dan rasul.Secara umum nik aziz telah lama kafir sebab dia ulama dan sengaja menderhaka....wallahualam.

    ReplyDelete
  4. keluarkan fatwa yg ajaran nik aziz SESAT ....kumpulkan bahan dan segala ucapan nik aziz yg menyesatkan itu utk pengetahuan umum dan desak majlis fatwa dan pihak yg berwajib utk mengklasifikasi kan ajaran nik aziz itu sesat dan wajar diambil tindakan keatasnya....seorang waliAllah tidak akan memecah belahkan sesama umat islam dan tidak memihak kpd syaitan yg terang terangan sudah sesat lagi menyesatkan. BLOGGER YG MENDAPAT PENCERAHAN DARI ALLAH INI JIHAD ANDA....BERJIHAD LAH DEMI ALLAH,RASUL DAN ISLAM.

    ReplyDelete