Followers

rantau ku sayang

Friday, July 6, 2012

Manfaatkan fadhilat Nisfu Syaaban dengan bacaan Surah Yassin


RANTAU, 05 Julai - Majlis Bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat lebih bermakna di sambut bersama hari Nisfu Syaaban.

Majlis Bacaan Yassin yang dianjurkan oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin sejak tujuh minggu lalu menjadi jadual rutin beliau iaitu pada hari khamis setiap minggu.

Ketua-ketua Wanita cawangan turut hadir untuk menguruskan dan mengendalikan kehadiran para tetamu terutamanya di kalangan wanita di sekitar Rantau yang berlangsung di Masjid Kampung Sega, petang tadi.

Dalam ucapan beliau, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan banyak membantu dan memberi sokongan penuh dalam penganjuran majlis bacaan Yassin ini iaitu sejak pertama kali ia diadakan di Kampung Tanjung, Rantau.

Raja Datin Seri Hajah Salbiah menyeru kepada kaum wanita untuk turut serta dalam majlis bacaan Yassin ini agar dapat sama-sama menyedekahkan bacaan Yassin kepada sanak saudara yang telah kembali ke rahmatullah.

Kata beliau,"bersempena dengan hari Nisfu Syaaban ini umat Islam digalakkan untuk bermaafan sesama manusia dan membuka lembaran baru dalam kehidupan."

Beliau berharap agar majlis seumpama ini mendapat berkat dari Allah SWT agar negara khususnya di Negeri Sembilan berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Dalam majlis tersebut Raja Datin Seri Hajah Salbiah turut menyedekahkan buku Surah Yassin dan buah tangan kepada para hadirin.

Turut hadir, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Hajah Paezah Ismail, isteri Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datin Hajah Norhayati Ahmad, isteri ADUN Kota, Datin Rozaida Noor Mohd Uzairi, isteri ADUN Chembong, Puan Che Yang Ishak.
Selanjutnya sila layari n9kini.com

No comments:

Post a Comment