Followers

rantau ku sayang

Tuesday, July 24, 2012

Kenapa Pembangkang Meroyan Dengan Tema Hari Kemerdekaan?

Slogannya mudah, “Janji DiTepati” tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan. Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini. Marah benar mereka dengannya. 

 Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik. Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji? 

 Sedangkan, yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan, bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati. Malang bagi pembangkang apabila slogan ‘Janji DiTepati’ yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula. Maka, dua kali meroyanlah pembangkang. 

 Sakit benar pembangkang apabila ditampar oleh slogan ini. Maklumlah, mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka. Lihat saja Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di mana PR berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya, kampung itu yang lenyap begitu saja. 

 Dan siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September? Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU1999?. Ada juga janji ‘syurga akhirat’ tetapi hasilnya ialah ‘syurga dunia’ iaitu rumah-rumah urut, pusat karaoke, pusat judi dan hiburan malam yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri yang diperintah mereka. 

 Sungguhpun begitu, pembangkang tidak serik untuk berjanji. Sehingga hari ini, pembangkang terus-terusan menabur janji, pendidikan percumalah, harga minyak turunlah, penghapusan tol dan berbagai-bagai lagi janji yang tak masuk akal. 

 Sedangkan, setelah 3 tahun memerintah di beberapa negeri, pembangkang masih gagal memenuhi manifesto mereka termasuk yang mudah-mudah. Malah dalam beberapa janji ‘bulan-bintang’ yang dibuat, hasilnya ialah ‘racun-tuba’. 

Contohnya, tariff air di Kedah dan bekalan air di Selangor. Walaupun dibentangkan logik matematik untuk menangkis janji tidak masuk akal mereka, pembangkang tetap tegar mengulangi janji yang sama. Kerana apa? Kerana itu saja yang mereka mampu lakukan iaitu ‘berjanji’ dan bukan ‘menepati janji’. 

 Dengan mengambil sikap meroyan sebegini, jelaslah bahawa pembangkang cukup sedar akan ketidakmampuan mereka memenuhi janji. Kerana itu, pembangkang benar-benar fobia dengan ayat ‘janji ditepati’ ini. Hakikatnya, ‘janji ditepati’ adalah slogan kerajaan, bukan UMNO dan bukan BN.

 Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya. Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya. 

 Tidak wajar kita mengaitkan segala-galanya dengan politik sepertimana yang cuba diterapkan oleh pembangkang. 

 Jika kita melihat dunia secara jujur, kita pasti memahami bahawa tiada salahnya dengan slogan yang membawa kebenaran. Lainlah jika slogannya bertulis ‘janji ditepati’ tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tetapi, hari ini, kita menerima segala-galanya yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kenapakah kita perlu mempertikaikan tema yang benar tersebut? 

 Pembangkang boleh menuduh tema yang jujur itu sebagai politik, tetapi apa yang penting di sini adalah kejujuran itu sendiri yang mana pembangkang tidak memilikinya. Kerana itulah mereka meroyan dan menggelupur bagai cacing kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

Monday, July 16, 2012

Ada lagi laporan liwat terhadap Anwar Ibrahim

GEMPAR TERKINI !! FOTO MAHASISWA BUAT LAPORAN POLIS..DIA D LIWAT ANWAR B IBRAHIM ?!! MAMPOSS KALI NI !!



Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.

Tidak diketahui sama ada laporan tersebut benar ataupun sebaliknya namun yang pasti semua Kedutaan dalam Malaysia diminta untuk tidak melindungi Anwar Ibrahim jika beliau bertindak menyembunyikan diri sepertimana kes liwat yang terdahulu.

"Can I Fuck U Today?"

Laporan Polis oleh Mahasiswa itu dibuat di Balai Polis Negeri belah Utara. Sama sama kita nantikan apa perkembangan selanjutnya.

Arah semua kedutaan tutup pintu pagar terutama Kedutaan Turkey!!!



SUMBER ; PAPAGOMO

Friday, July 13, 2012

Selain Anwar, Wan Azizah Juga Tengah Merayau Cari Tempat Bertanding?

Katanya Anwar akan lari di Nibong Tebal dalam PRU-13, akibat tidak yakin lagi mendapat sokongan di kawasan sendiri. Tetapi, di Nibong Tebal juga, nampaknya Anwar tidak berapa yakin. Dengan ceramahnya yang semakin kurang mendapat sambutan, Anwar sudah benar-benar tertekan. Justeru, Anwar terus merayau-rayau mencari kawasan yang sesuai untuk bertanding. Isterinya, Wan Azizah pula tidak boleh bertanding kerusi Parlimen kerana meletak jawatan sebagai MP Permatang Pauh pada 2008 untuk memberi laluan untuk Anwar. Namun, dalam kenyataan beliau baru-baru ini, Wan Azizah ada menyuarakan hasratnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Soalnya, di mana?
nang, Salleh Man. Alasan Wan Azizah ialah, beliau hanya akan bertanding di kawasan yang dilihatnya ‘boleh menang’. Kerusi Permatang Pasir adalah kerusi turun temurun PAS maka ia bolehlah dikira sebagai ‘boleh menang’ jika dilihat dari sudut Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah entiti. Tetapi, masalah di sini ialah, semangat kerjasama dan persefahaman antara parti-parti sekutu PR adalah terlalu longgar. Jika Wan Azizah benar-be
Ada yang membuat spekulasi yang beliau akan bertanding di Selangor. Tetapi, di masa yang sama Wan Azizah dikatakan ada membayangkan yang beliau ingin bertanding di kawasan beliau membuang undi, iaitu di Permatang Pasir di dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Kerusi tersebut dimenangi oleh Pesuruhjaya PAS Pulau P inar ingin bertanding di situ, maka beliau perlu memujuk PAS untuk melepaskannya. Dan kalaupun benar PAS sanggup memberi laluan kepada PKR, apakah pengundi di sana sanggup menerima Wan Azizah sebagai wakil mereka? Di dalam PR, penyokong PAS tidak semestinya menyokong PKR atau DAP dan begitu juga sebaliknya. Justeru, bukan mudah untuk PR memuktamadkan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRU yang dikatakan tidak berapa lama lagi.
an cakap-cakap mengenai keperibadiannya yang sukar dijangka. Wan Azizah dikatakan mempunyai cita-cita yang tidak kurang rakusnya dengan Anwar Ibrahim. Sudah pasti segala air mata dan tebal mukanya selama ini mempunyai matlamat yang jauh lebih tinggi dari sekadar ingin membela suami biseksualnya. Wan Azizah tahu bahawa di kala imej Anwar sudah terlalu buruk dan tidak d
Sehingga ke hari ini, walaupun Anwar sebagai Ketua Pembangkang telah mengumumkan yang pengagihan kerusi telah muktamad tetapi PAS masih belum mengesahkan jumlah kerusi yang akan ditandingi dan DAP juga masih berdolak dalih mengenainya. Nampaknya, Anwar hanya memuktamadkan pengagihan kerusi di dalam mimpi. Malah Anwar juga tidak dapat mengesahkan kerusi untuk isterinya. Jika benar Wan Azizah ingin bertanding maka ini juga mengesah kapat dipulihkan lagi, imej dirinya sebagai wanita mulia, waja dan tabah masih kekal. Dari satu segi, beliau telah berjaya mengalahkan Anwar yang selama ini menyiksa hidupnya. Mungkin Wan Azizah merasakan sudah sampai masanya untuk beliau berbuat sesuatu untuk dirinya sendiri, dan bukan lagi untuk Anwar. Kerana itu, beliau ingin bertanding lagi. Masalah beliau adalah di DUN mana dan apakah PAS sanggup memberi laluan kepadanya. Lupakan DAP, kerana DAP tidak akan mengalah untuk sesiapa saja.
Apapun keputusan Wan Azizah, yang pasti ialah seperti juga suaminya, Wan Azizah hanya akan bertanding untuk kepentingan dan kepuasan dirinya, bukan untuk rakyat ataupun negara. Dan kita sebagai rakyat jangan sekali-kali lupa akan hakikat ini.

Monday, July 9, 2012

Phaik Kheng Sengaja Mencabar Betty?


Ng Paik Kheng


Nampaknya kerusi Betty Chew tiba-tiba menjadi tidak selesa apabila skandal suaminya terdedah. Dengan mengelak untuk menjawab soalan mudah dari Datuk Gan Tian Loo dan meninggalkan dewan, Betty Chew telah menunjukkan kepada kita bahawa beliau hanyalah seorang wanita yang lemah. Beliau tidak layak menjadi ahli politik dan seharusnya hanya duduk di rumah menjaga anak lelakinya yang bermasalah.


Media juga gagal mendapat jawapan jelas dari Guan Eng mengenai perkara ini kerana Guan Eng juga, hanyalah seorang lelaki biasa yang tidak cukup jantan untuk mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Hanya Chua Soi Lek yang sanggup mengaku perkara sedemikian dengan penuh kesal dan rendah diri, kerana beliau adalah lelaki sejati yang matang dan cukup kuat untuk mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya. Beliau menerima segala kritikan kerana beliau tahu beliau telah berbuat kesalahan. Dan kerana itu, beliau telah dimaafkan.

Dari reaksi Betty, yang kelihatan marah, terluka dan malu, kita tidak dapat mengelak dari merasakan bahawa skandal tersebut benar-benar berlaku. Jika Betty mengharapkan orang simpati dan memahami keadaannya, beliau silap. 

Kaum wanita mungkin merasa simpati tetapi sebagai rakyat, mereka tetap inginkan jawapan yang pasti kerana Betty bukan hanya seorang wanita biasa, beliau adalah seorang ahli politik dan isteri kepada Ketua Menteri. Reaksi Betty meninggalkan dewan dan memarahi pihak yang bertanya, hanya akan memanjangkan isu ini dan menaikkan lagi rasa ingin tahu di kalangan rakyat.

Memandangkan Betty telah menyerah kalah, dan Guan Eng memilih untuk mengelak, rakyat kini beralih kepada Phaik Kheng untuk memberi penjelasan. Setakat ini, Phaik Kheng bersikap bagaikan seorang ahli politik juga dengan mengelak dan enggan memberi jawapan jelas.

Sedangkan Phaik Kheng tidak harus bersikap demikian kerana beliau bukan ahli politik dan tidak lagi bekerja dengan ahli politik. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Hal-Ehwal Pendidikan di sebuah sekolah swasta di Pulau Pinang setelah terpaksa meletakkan jawatan sebagai pegawai khas Guan Eng,

Ia sepatutnya amat mudah bagi Phaik Kheng untuk memberi jawapan yang telus kepada soalan yang begitu telus juga iaitu, apakah beliau merupakan perempuan simpanan atau pernah menjadi perempuan simpanan Ketua Menteri?

Jawapan ‘no comment’ yang diberikan Phaik Kheng berbunyi seolah-olah datangnya dari seorang artis hiburan yang sengaja ingin memanjangkan kontroversi demi publisiti.

Plaster didahi dipercayai akibat pertengkaran bersama isteri.

Kita tidak faham kenapa susah benar untuk beliau menjawab ya atau tidak? Apakah beliau sengaja ingin mencabar Betty sebagai membalas dendam kerana terpaksa meletak jawatan? Apakah Phaik Kheng melihat ini sebagai satu perlawanan? Jika ini perlawanan, pastinya akan ada yang kalah iaitu mungkin Phaik Kheng sendiri, mungkin Betty dan mungkin juga Guan Eng.

Sudah tentu pembangkang akan menyatakan bahawa isu ini adalah isu peribadi dan tidak akan menjejaskan rakyat atau negeri. Tetapi, jika isu ini melibatkan Perdana Menteri atau mana-mana Menteri BN, pembangkang pasti akan melihat isu ini sebagai isu ‘keselamatan-negara-antara-hidup-dan-mati’. Malah pembangkang telah pun mereka-reka kisah skandal sulit lengkap dengan gambar-gambar palsu dalam usaha mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Jadi, kita semua setuju bahawa skandal tak kira berkenaan seks atau wang, yang melibatkan mana-mana ahli politik adalah isu besar.

Lebih tinggi jawatan ahli politik itu, lebih besarlah isunya bagi rakyat. Guan Eng adalah seorang Ketua Menteri dan beliau juga ada dalam senarai mereka yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat; justeru, beliau, isterinya dan wanita yang dikaitkan dengannya tidak boleh lari dari berhadapan dengan perkara ini secara terus, telus dan terbuka. 

Jika Ketua Menteri dan isteri tidak mampu menghadapinya, maka Phaik Kheng wajar tampil menjelaskan perkara ini dari sudut dirinya sebagai seorang wanita yang benar dan berani.

Tetapi sebelum itu, ini ada sedikit nasihat untuk Betty Chew: Mintalah tips dari Wan Azizah tentang ‘bagaimana untuk menunjukkan muka selamba apabila ditanya mengenai skandal yang melibatkan suami anda’

Friday, July 6, 2012

Manfaatkan fadhilat Nisfu Syaaban dengan bacaan Surah Yassin


RANTAU, 05 Julai - Majlis Bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat lebih bermakna di sambut bersama hari Nisfu Syaaban.

Majlis Bacaan Yassin yang dianjurkan oleh isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin sejak tujuh minggu lalu menjadi jadual rutin beliau iaitu pada hari khamis setiap minggu.

Ketua-ketua Wanita cawangan turut hadir untuk menguruskan dan mengendalikan kehadiran para tetamu terutamanya di kalangan wanita di sekitar Rantau yang berlangsung di Masjid Kampung Sega, petang tadi.

Dalam ucapan beliau, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan banyak membantu dan memberi sokongan penuh dalam penganjuran majlis bacaan Yassin ini iaitu sejak pertama kali ia diadakan di Kampung Tanjung, Rantau.

Raja Datin Seri Hajah Salbiah menyeru kepada kaum wanita untuk turut serta dalam majlis bacaan Yassin ini agar dapat sama-sama menyedekahkan bacaan Yassin kepada sanak saudara yang telah kembali ke rahmatullah.

Kata beliau,"bersempena dengan hari Nisfu Syaaban ini umat Islam digalakkan untuk bermaafan sesama manusia dan membuka lembaran baru dalam kehidupan."

Beliau berharap agar majlis seumpama ini mendapat berkat dari Allah SWT agar negara khususnya di Negeri Sembilan berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Dalam majlis tersebut Raja Datin Seri Hajah Salbiah turut menyedekahkan buku Surah Yassin dan buah tangan kepada para hadirin.

Turut hadir, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datin Hajah Paezah Ismail, isteri Setiausaha UMNO Bahagian Rembau, Datin Hajah Norhayati Ahmad, isteri ADUN Kota, Datin Rozaida Noor Mohd Uzairi, isteri ADUN Chembong, Puan Che Yang Ishak.
Selanjutnya sila layari n9kini.com

DEMONSTRASI KUIN: BUKTI KEZALIMAN PAS

Apa yang terjadi di KUIN sehingga kakitangannya terpaksa mengangkat sepanduk berdemonstrasi di hadapan pejabat Rektor di Alor Setar semalam membuktikan bahawa Universiti itu sememangnya menghadapi masalah besar.

Sebelum ini, kepimpinan PAS Kedah cuba menutup atau meremehkan masalah yang sedang melanda KUIN tetapi ternyata bangkai gajah tidak boleh ditutup selama-lamanya.

Ia mungkin remeh bagi kepimpinan negeri tetapi soal gaji tidak dibayar adalah soal besar bagi rakyat marhaen kerana ia adalah soal kehidupan seharian.   Begitu juga jika gaji Menteri Besar tidak dibayar, Menteri Besar juga pasti tidur dengan mata terbuka.

Masalah kakitangan KUIN ialah bukan sahaja gaji tidak dibayar tetapi bayaran terus melalui potongan gaji juga tertunggak sehingga berbulan-bulan walaupun potongan dibuat di dalam slip gaji.  Ini pastinya akan dikenakan faedah dan silap haribulan ada yang muflis.  Soalnya, jika ia tetap dipotong, ke manakah wang mereka pergi?

Mengikut kronologi, kakitangan KUIN telah pun berjumpa, berunding, menulis surat, menghantar memorandum kepada pihak pengurusan, pihak Lembaga Pengarah, Ahli Majlis Tertinggi KUIN serta Exco dan Menteri Besar Kedah melalui beberapa siri sejak awal Mei lalu.

Namun, segala usaha mereka telah dipersetankan.  Malah, wakil kakitangan, iaitu Mohamad Azki Hafizi Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman telah ditukarkan terus ke Kuala Ketil, mungkin sebagai ‘hukuman’ kerana mengkritik Rektor.
Bukankah ini kezaliman yang nyata?

Kerana tidak tahan dengan kezaliman yang berlaku, maka demonstrasi yang diadakan oleh kakitangan KUIN semalam adalah bertujuan utama untuk mendesak Rektor, iaitu Datuk Dr. Jamil meletak jawatan atau dipecat.  Selain itu, kakitangan juga memohon agar hutang mereka dilangsaikan.

Persoalan besar di sini ialah kenapakah sejak Mei sehingga sekarang, setelah EXCO dan Menteri Besar sendiri maklum mengenai masalah ini, masih tiada penyelesaian?

Jika EXCO dan MB juga tidak mahu ambil tahu, ke manakah lagi yang perlu para kakitangan ini mengadu?  Kepada DYMM Sultan atau YDP Agong?   Atau Perdana Menteri dan Presiden UMNO?
Apakah lagi yang perlu mereka lakukan untuk memastikan nasib mereka dibela oleh pengurusan KUIN dan kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap Universiti ini?  Merusuh seperti peserta BERSIH?

Kita tidak faham apakah yang ditunggu oleh Menteri Besar sebelum mengambil tindakan?   Untuk menyatakan yang beliau tidak tahu apa-apa tidak mungkin sama sekali, kerana wakil beliau telah pun bertemu dengan kakitangan KUIN dan beliau sendiri telah menerima memorandum dari kakitangan KUIN sejak awal krisis ini.  Nampaknya, bukannya beliau tidak tahu apa-apa tetapi beliau sekadar tidak tahu nak buat apa.

Inilah masalahnya apabila meletakkan seseorang bukan di tempat yang hak.  Menurut Islam, jika seseorang itu diletakkan di tempat yang bukan haknya iaitu yang tidak layak baginya, maka ia adalah satu ketidakadilan.  Dan ketidakadilan pasti membawa kepada kehancuran.

Sudah jelas kini bahawa Rektor KUIN itu adalah tidak berhak berada di tempatnya, beliau tidak mampu mengurus KUIN dan telah bertindak zalim sehingga kakitangan tidak sanggup lagi berada di bawahnya.

Lebih dari itu, Exco dan Menteri Besar Kedah juga adalah tidak berhak berada di tempat mereka kerana mereka tidak mampu menjalankan tugas mereka dengan baik untuk membela rakyat dan menjana pendapatan negeri sehingga Universiti yang dibawah naungan negeri mengalami masalah kewangan sedemikian buruk sekali.

Mengaku atau tidak, masalah sebegini tidak mungkin dibiarkan berlarutan jika Kedah berada di bawah Barisan Nasional.  Dan ini adalah hakikat, yang walaupun pahit untuk ditelan oleh para penyokong PAS tegar, tetapi ia adalah kebenaran.  Manusia yang tidak sanggup menerima kebenaran adalah manusia yang sakit jiwanya