Followers

rantau ku sayang

Showing posts with label Adam Adli. Show all posts
Showing posts with label Adam Adli. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Himpunan Anti PTPTN -: Seramai lebih 500 orang Kumpulan Mahasiswa berarak.


Seramai lebih 500 orang Kumpulan Mahasiswa telah mula berarak untuk berhimpun ke Dataran Merdeka sebagai tanda bantahan terhadap isu yang melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Himpunan Anti PTPTN yang dianjurkan Solidariti Mahasiswa Merdeka (SMM) itu diketuai Adam Adli dan Shukri Razab yang juga merupakan salah seorang anggota Badan Mahasiswa tersebut.

Perarakan dilihat bermula dari Majlid Negara sekitar 2 petang dan menggunakan Jalan di sekitar Pusat Membeli Belah Sogo sebelum tiba ke lokasi perhimpunan.

Kelihatan juga beberapa sepanduk yang dibawa sambil melaungkan ‘Anti PTPTN’ sebagai simbolik protes mereka terhadap Badan Pinjaman Pelajaran tersebut.

SMM telah memutuskan sebelum ini untuk meneruskan Perhimpunan tersebut walaupun tidak mendapat permit dari pihak Polis dan kebenaran dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi.

Anggota polis trafik dilihat mengawal lalulintas dan membantu perarakan pelajar berkenaan

Sumber: N9kini.net

Monday, January 9, 2012

Adam Adli serta merta digantung pengajian mengikut Peraturan AUKU

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, 22, dihukum gantung pengajian berkuat kuasa serta merta.

Hukuman itu dijatuhkan dengan gantung pengajian selama tiga semester, selepas beliau didapati bersalah menurunkan bendera Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semasa demonstrasi di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu. 

Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam. 

Sumber: BH Online.