Followers

rantau ku sayang

Monday, December 9, 2013

Kuantan Rupanya Takde Pusat Khidmat PR..Lagak Fuziah Makan Diri

Kelmarin, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh cuba menjadi heroin di Parlimen dengan membawa usul tergempar supaya bandar Kuantan diisytihar Darurat.

Alasan yang diberikan Fuziah ialah kerajaan pusat lambat bertindak bagi membantu mangsa banjir di Kuantan. Menurutnya, keadaan di Kuantan sangat kritikal dan memerlukan bantuan segera.

Fuziah turut menyalahkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan, JPAM, Bomba, Jabatan Saliran & Pengaliran, Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan sebagainya kononnya dia tidak nampak mereka datang memberi bantuan. Fuziah panik ketika dia bersikap ego dan sombong bodoh.

Tinjauan yang dibuat di beberapa kawasan mendapati Ahli Parlimen Kuantan tidak mempunyai Pusat-Pusat Khidmat Masyarakat, malah tidak nampak satu 'team' daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. 

Lihatlah di mana-mana kawasan di Kuantan, tidak ada satu pun Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan yang beroperasi. Kini, barulah orang Kuantan sedar rupa-rupanya satu Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuantan pun tak berfungsi.

Barulah kita tahu rupa-rupanya Fuziah tiada menyediakan apa-apapun kemudahan kepada mangsa banjir di Kuantan. Dia hanya tahu bantai agensi-agensi kerajaan tetapi di mana kamu sebagai Wakil Rakyat? 

Ketika kamu menyerang agensi-agensi kerajaan mereka ada di setiap pelusuk daerah Kuantan, tetapi kamu Fuziah macam biskut sekejap ada sekejap hilang, sekejap di Kuantan sekejap di Kuala Lumpur. Kamu bukan menteri pun, kamu bukan kekasih gelap Anwar pun, kamu hanya Wakil Rakyat yang sepatutnya duduk berkampung bersama-sama kami di Kuantan!

No comments:

Post a Comment