Followers

rantau ku sayang

Saturday, November 23, 2013

Anwar Bapak Segala Pembohongan - Pembongak Bosar!!


Anwar Ibrahim kaki kelentong dan bapak kepada segala pembohongan, apabila Ketua Pembangkang itu menafikan beliau pernah mendakwa seramai 40,000 warga asing dibawa masuk oleh kerajaan untuk mengundi bagi memastikan kemenangan BN pada PRU yang ke 13 baru-baru ini.

Anwar sedar, hari ini pembohongannya itu sudah tidak dapat ditutup lagi. Jadi, untuk putar belitkan cerita, Anwar katalah dia tidak pernah berkata atau membuat dakwaan seperti itu.
Dia sudah mula merasai tekanan akibat pembohongannya itu dan untuk mengelakkan bersikap defensif, maka Anwar berbohong lagi dengan mengatakan dia tidak membuat kenyataan seperti itu.

Seperti biasa, dia akan menuduh UMNO dan kerajaan yang mereka-reka cerita 40 ribu pengundi asing ini dengan tujuan memutar belitkan cerita supaya rakyat jadi keliru. Inilah dia Anwar Ibrahim. Seorang kaki kelentong dan bapak kepada segala pembohongan yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam sejarah politik tanahair.

Sikap pembohong dan kaki kelentong Anwar ini terserlah apabila beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen sedangkan sebelum itu, Anwar menjelajah ke seluruh negara mengatakan bahawa dia tidak mengiktiraf keputusan PRU ke 13.

“Kredibiliti dan maruah Anwar sudah tercalar sebaik saja beliau angkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan PRU. Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40 ribu warga asing digunakan untuk mengundi.

“Anwar berbohong semata-mata untuk membangkitkan rasa amarah sekaligus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

“Ini kerana Anwar tahu sekiranya dia tidak berjaya menjatuhkan kerajaan pada kali ini, maka harapannya pada PRU ke 14 nanti begitu tipis sekali untuk menjadi Perdana Menteri,” jelasnya.

Tegas Puad lagi, sudah terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan.

“Kita jangan lupa tentang bagaimana beliau dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong Pakatan Pembangkang.

“Malah nama saya turut dikaitkan di dalam senarai 30 ahli parlimen tersebut sedangkan saya tidak tahu apa-apa tentang perkara itu. Jadi bagi saya, apa pun kenyataan Anwar hari ini, tidak boleh diguna pakai lagi kerana dia sudah tidak ada kredibiliti untuk bercakap benar dan apa saja yang keluar dari mulutnya adalah pembohongan semata-mata,” akhiri beliau.

No comments:

Post a Comment