Followers

rantau ku sayang

Monday, April 14, 2014

PKR dolak dalik isu perlaksanaan Hudud...Jangan Salahkan UMNO lagi...Ahli PAS Buka Mata Besar Sikit

Dalam pakatan pembangkang kini... DAP memang diketahui umum tolak Hudud seratus peratus manakala kepemimpinan PKR gagal menyatakan pendirian dan terus berdolak-dalik berhubung keputusan kerajaan PAS Kelantan mahu membawa usul memohon Parlimen meluluskan rang undang-undang berkaitan hudud.

Ketika diminta menyatakan pendirian parti itu sama ada mahu bersama sekutunya atau tidak, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya meminta PAS merujuk kembali kepada pendirian yang dipersetujui Majlis Presiden pakatan pembangkang.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR semalam, Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan pendiriannya bahawa isu hudud tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan ia pernah dibincang dalam majlis berkenaan, yang turut diwakili Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau menjelaskan apa yang diputuskan pada majlis berkenaan wajar dijadikan rujukan untuk diterima semua rakan sekutu dalam pakatan berkenaan.

“Perkara ini (isu hudud) tidak berbangkit. Pernah sebelum ini dibincang Majlis Presiden (dan) dihadiri sendiri Datuk Seri Abdul Hadi.

“Panjang lebar (pandangan yang diberi), pendirian telah diambil pakatan (berhubung hudud) dalam majlis itu,” katanya.

DAP pula konsisten sejak awal lagi menolak hudud dan agenda negara Islam dibawa PAS.

BH melaporkan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N Surendran sebelum ini turut memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan komitmen kerajaan negeri itu untuk tetap membentangkan rang undang-undang persendirian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan atau hukum hudud biarpun menerima tentangan.

Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan kegagalan PAS menjelaskan secara terperinci mengenai rang undang-undang berkenaan kepada semua Ahli Parlimen boleh mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Beliau berkata, PAS perlu mempunyai satu pendekatan penerangan yang terperinci mengenai isu itu dengan membabitkan semua anggota Parlimen termasuk bukan Islam.

Perlu difahami semua pihak

“Dalam isu membentangkan usul itu (di Parlimen), harus pastikan sudah wujud satu kefahaman yang sama antara semua anggota Parlimen dan jangan berlaku reaksi berbeza kerana kalau silap, buruk padahnya nanti.

“Usul seperti ini harus difahami sepenuhnya oleh semua pihak (Ahli Parlimen Islam dan bukan Islam) supaya ia tidak menimbulkan pelbagai polemik yang boleh mencetuskan konflik di kalangan rakyat pelbagai kaum nanti,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pendirian DAP yang tetap menolak hudud membuktikan PAS menipu diri sendiri bahawa parti itu sudah menerima perjuangan mereka ketika menyertai pakatan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment