Followers

rantau ku sayang

Tuesday, April 15, 2014

RAVI WAKIL RAKYAT YANG TAK SEKOLAH!!


ADUN Port Dickson, Ravi A/L Munusamy (PKR) hari ini terjerit-jerit mcm orang tak bertemadun meminta Dato' Samad Ibrahim, ADUN Seri Menanti untuk tarik balik ucapan 'Takziah' kepada keluarga mangsa MH 370 dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Takziah tak semestinya diucapkan ketika YB Ravi mati je...
Nampaknya Ravi kena sekolah balik dan fahami maksud sebenar TAKZIAH sebelum nak melalak macam orang pandai.

-Takziah atau belangsukawa bererti menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar. Ia berkait rapat dengan musibah kerana musibah lazim berlaku tanpa diduga dan ia kerap menimpa dalam keadaan seseorang tidak bersedia menerimanya.

Dalam keadaan seperti ini, sebahagian orang – termasuk diri aku sendiri – akan memberi reaksi yang menjauhi sifat sabar, apatah lagi untuk bersifat redha. Justeru di sini takziah memiliki peranan yang penting di mana orang lain akan menganjurkan orang yang ditimpa musibah untuk bersabar.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
Tidaklah seorang mukmin menghibur (bertakziah) saudaranya yang ditimpa musibah melainkan Allah Subhanahu akan memakaikan kepadanya salah satu dari pakaian kemulian pada Hari Kiamat.[1]

No comments:

Post a Comment