Followers

rantau ku sayang

Friday, August 10, 2012

MBN9 diam-diam jer.. sampai masa bagi..


SEREMBAN, – Penjawat awam di Negeri Sembilan menerima imbuhan setengah bulan gaji serentak di 12 lokasi berbeza hari ini (8 Ogos) berjumlah RM6.9 juta.

Seramai 1000 orang penjawat awam yang bertugas di 14 buah agensi di Wisma Negeri menerima imbuhan RM500 yang diserahkan dalam bentuk cek tersebut di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), dalam Majlis Penyampaian Imbuhan kepada Penjawat Awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, petang tadi.

Kata Menteri Besar di dalam ucapannya, “Kerajaan Negeri ini diurus dengan sebaik mungkin dan penyampaian imbuhan yang diserahkan pada hari ini bertitik tolak dari usaha gigih penjawat awam menunjukkan KPI yang baik di dalam kerja dan tanggung jawab masing-masing.”

Katanya, imbuhan yang diberikan hari ini merupakan penghargaan kerajaan negeri buat penjawat awam yang sentiasa bertungkus lumus menaikkan mutu perkhidmatan di negeri ini dan  Kerajaan Negeri juga sedia maklum persiapan yang mahu dilakukan menjelang hari raya ini.

Menurut beliau, “Daripada 12 jabatan yang yang diaudit oleh Audit Negara, enam daripadanya menerima pengiktirafan empat bintang dan ini amat baik. Malah dari 12 yang diaudit, antaranya merupakan jabatan yang di audit kali pertama. Kejayaan ini secara tidak langsung menyakinkan orang luar bahawa pentadbiran negeri ini cukup bagus.”

Menteri Besar turut menyeru agar penjawat awam negeri ini agar bersyukur dengan limpahan nikmat yang dikecapi negara ini kerana ada negara luar yang sama merdeka dengan Malaysia, tetapi mereka gagal membangunkan negara kerana mereka tidak mempunyai sistem pentabiran sama seperti kita.

Seterusnya di sini 

TERIMA KASIH TOK MAT

No comments:

Post a Comment