Followers

rantau ku sayang

Friday, February 28, 2014

Maruah Presiden PAS Dah Di Malukan PKR,Inilah Semangat Setiakawan PKR Yang Mereka Ikuti Dari DAP


Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir melahirkan rasa kekecewaan terhadap insiden keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang mengarahkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin pada Ahad lalu.
Menurutnya bukan soal wang saman yang berjumlah RM2 juta, sebaliknya soal maruah Presiden PAS telah diperkotak katikkan oleh rakan daripada parti kompenan sendiri.
Ini menyebabkan beliau hilang mood untuk turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membantu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding di situ.
“Masalah dua juta boleh settle insya Allah. Satu seruan jihad je dibuat melimpah duit datang.
“Tapi bukan soal wang…soal maruah tuan guru aku. Tak ada mood langsung nak ke Kajang kepas ni,” katanya dalam laman sosial peribadi, salehhuddin.mohdnasir.
Laman sosial pro ulama PAS, El Haraki turut menyokong kenyataan Yang Dipertua PAS Gombak itu.
“Kami selaku pendokong jemaah yang kita cintai ini menyokong kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.
“Ia bukan soal duit, tetapi soal maruah. Sekarang ini siapa yang tak setia kawan?,” katanya.
Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim berkata isu saman yang dikemukakan calon PKR Mohd. Shamsul ke atas Abdul Hadi boleh dielakkan dan dapat diselesaikan di luar mahkamah jika Penasihat PKR, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.
Zaid melahirkan kehairanan mengapa Anwar yang diangkat sebagai Ketua Pembangkang bertindak mendiamkan diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terbabit sehingga maruah Presiden PAS tercalar apabila diperintah mahkamah membayar saman berjumlah RM2 juta kepada calon PKR itu.
Isu ini tidak harus dilihat secara sempit. Ini lebih besar iaitu menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, yang boleh memberi persepsi wujudnya permusuhan yang serius di antara PKR dengan PAS. Dari segi moral tindakan wakil PKR di Terengganu menyaman Presiden PAS hanya menunjukkan kecelaruan dalam pakatan.
“Mengapa Anwar hanya berdiam diri dalam isu ini yang sudah berlaku sejak pilihan raya umum lalu? Mengapa Anwar membiarkan ahli partinya mengemukakan saman terhadap rakan karibnya sendiri? Tidakkah ini mengelirukan rakyat dan penyokong pakatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

No comments:

Post a Comment