Followers

rantau ku sayang

Wednesday, February 19, 2014

WAYTHAMOORTHY MERENGEK MINTA RM4.5B SETAHUN, BAJET OPERASI RM70 JUTA SETAHUN…



Semalam pada sidang media, berulang kali Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy menegaskan bahawa Perdana Menteri telah memungkiri janji.

Namun, beliau gagal menyatakan secara terperinci mengenai apakah janji yang telah dilafazkan oleh Najib sebelum ini.

Ada pendapat mengatakan, daripada menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak di atas kegagalan pelaksanaan memorandum antara beliau dengan Perdana Menteri, Hindraf sepatutnya mengakui kesalahan sendiri dan memikul tanggung jawab terhadap kegagalan pelaksanaan program-program untuk membantu kaum India.

Dengan kata lain jangan tuduh Najib atau kerajaan Barisan Nasional tidak mahu menolong tetapi ada sebabnya kenapa permintaan Waythamoorthy itu TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN.

Satu sumber kerajaan menyebut, Waythamoorthy telah menghantar cadangan kepada Perdana Menteri pada Jun tahun lalu supaya sebuah Unit Pembangunan Komuniti India ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di mana beliau bertanggung jawab terhadap jabatan tersebut.

Jabatan berkenaan akan dilengkapi dengan Ketua Setiausaha (KSU), Ketua Pengarah (KP), Timbalan Ketua Pengarah, pegawai pentadbiran serta mempunyai kuasa eksekutif dan bajet tersendiri untuk melaksanakan program-program pembangunan kaum India yang telah dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman BN-Hindraf.

Dengan itu, Waythamoorthy telah meminta bajet operasi sejumlah RM70 juta setahun untuk tempoh 2013 sehingga 2017 bagi membiayai operasi yang terdiri daripada 231 kakitangan awam dan 300 kakitangan daripada Hindraf.

Selain bajet operasi, Waytha Moorthy turut meminta bajet berasingan berjumlah RM4.5 bilion setahun selama lima tahun untuk melaksanakan program-program yang telah dipersetujui dalam MoU BN-Hindraf.

Berapa tu kalau lima tahun? Jumlahnya ialah RM22.5 bilion!

Sudah pasti kaedah pelaksanaan yang dicadangkan pemimpin Hindraf ini bercanggah dengan sistem penyampaian kerajaan di mana Hindraf mahu menjadi penyudah (final touch point) inisiatif kerajaan kepada masyarakat India.

Biarpun sudah ditolak, Waythamoorthy tetap merengek supaya bajet berjumlah RM4.5 bilion yang akan diletakkan di bawah Hindraf dipersetujui Perdana Menteri.Najib terpaksa menolak permintaan tersebut kerana perkara seumpama itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

Elok dibaca bahan yang dipetik daripada blog asalbersamaumno ini untuk mengetahui lebih lanjut tembelang Waythamoorthy yang tidak dapat menerima system penyampaian kerajaan.

Go To Hell Waythamoorthy…Orang Melayu Tidak Akan Lupakan Kamu…






Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pembohong dan khianat kepada komuniti India?

Demikian kata pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf) P Waythamoorthy , 48, yang muncul kali pertama selepas seminggu meletakkan jawatannya sebagai senator dan timbalan menteri.

Sebelum menilai sikap bekas pemimpin radikal India ini, kita kenali siapa India radikal ini:

Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan, meninggalkan Malaysia tiga hari selepas bantahan besar-besar oleh Hindraf pada 25 Nov 2007 yang menyaksikan beberapa aktivis kumpulan itu ditahan pada 13 Dis 2007. Terdahulu, pada Mac 2008, kerajaan Malaysia membatalkan pasport Waythamoorthy.





Berikutan itu, beliau memohon dan diberi suaka politik oleh kerajaan Britain. Pada bulan Oktober tahun yang sama, kerajaan mengharamkan Hindraf.

Pada 1 Ogos tahun lepas, Waythamoorthy kembali ke Malaysia dengan pasport dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura selepas tinggal di England selama 56 bulan. Bagaimanapun, pada Januari lepas, kerajaan menarik balik pengharaman selama tahun tahun itu bagi membolehkan Najib, selaku Pengerusi BN dan Waythamoorthy mengadakan rundingan untuk menyelesaikan masalah kaum India.

Sekarang kita teliti apa yang sudah Najib sebagai Perdana Menteri memberikan kepada kaum India. Hakikatnya orang Melayu pun bengang dengan Najib dalam konteks memberikan muka kepada orang India:

1. Ada dua Menteri dan empat timbalan menteri daripada kaum India. Selain Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam sebagai Menteri Kesihatan, empat yang lain dilantik sebagai timbalan menteri – Datuk M.Saravanan (Belia dan Sukan), P.Kamalanathan (Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Datuk Dr J.Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan P.Wyathamoorthy (Jabatan Perdana Menteri).

Berapa kerusi mereka menang dalam PRU ke13 dan apakah semua undi daripada orang India? Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) MIC berjaya merangkul empat kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada pilihan raya umum kali ini, MIC bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Pada PRU 2008, MIC mengalami kekalahan teruk apabila hanya berjaya memenangi tiga daripada sembilan kerusi Parlimen dan tujuh daripada 19 kerusi DUN yang ditandingi.






2. Dalam tempoh lima tahun jadi Perdana Menteri, hampir RM500 juta peruntukan telah disalurkan oleh Najib bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India di negara ini. Ia bagi memastikan kaum India berjaya dalam bidang ekonomi termasuk pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus melalui pelbagai dana yang disediakan kerajaan.

3. Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) sahaja telah memperuntukkan sejumlah RM34.5 juta untuk membantu peniaga kaum India antara tahun 2008 hingga 2011. Pada 2012 Tekun menyalurkan peruntukan RM30 juta sementara 2013 sebanyak RM50 juta dan tahun ini juga RM50 juta. Tekun turut membantu 65 syarikat milik kaum India untuk menyertai Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dengan peruntukan berjumlah RM4.4 juta.

4. Bagi dana lain, dalam tempoh dari Ogos 2012 hingga Oktober 2013, sebanyak 8,107 permohonan daripada usahawan India diterima dan sebanyak RM119.4 juta sudah disalurkan.

5. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pula sudah menyalurkan pinjaman berjumlah RM47.5 juta kepada 774 usahawan India manakala Tekun melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga memberi pinjaman RM153.9 juta kepada 12,319 usahawan India.

6. Sejumlah 22 syarikat atau bengkel milik kaum India mendapat manfaat daripada peruntukan berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui program Pemodenan Bengkel Automotif (Atom).

7. Sementara bagi menjamin anak-anak India tidak ketinggalan, kerajaan menyalurkan peruntukan RM100 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sama seperti yang diperoleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Apakah perbuatan Najib ini khianat pada orang India?

Waythamoorthy mendakwa beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.





"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.

Waythamoorthy selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.

"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.

Kenapa dia 'tidak dilayan' oleh Najib?

Jawapannya ialah:

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India. Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau,” menurut sumber-sumber kerajaan.

Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan. Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.

“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.





Waythamoorthy pada 10 Februari lalu, meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa.

Dalam sidang medianya selama 20 minit semalam, Waythamoorthy turut menggesa Najib supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu. Muncul dalam keadaan lesu dan letih, beliau enggan mengambil soalan daripada pemberita yang sesak dalam satu bilik dalam majlis di Brickfields.

Beliau juga meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa selepas membuat kenyataannya. "Tindakan itu tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang. Kisah ini akan diulang cerita berkali-kali," bidas Waythamoorthy.

Memang tindakan perkauman Waythamoorthy ini tidak akan dilupakan juga oleh orang Melayu yang menyokong UMNO dan Najib, apalagi dengan tuduhan Najib khianati masyarakat India.

Banyak pihak menganggap perlantikan Waythamoorthy ini merupakan satu kesilapan besar yang bakal membawa nanah kepada orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional. Sudah terbukti, dia melakukan ikut perasaan dan cuba pula mencanang kononnya kerajaan tidak pernah ikhlas membantu kaum India di Malaysia.

Ada Menteri kanan mengatakan penyiasatan secara terperinci telah dilakukan terhadap Waythamoorthy dan HINDRAF dan 'comfirm' inilah strategi paling padu dalam membawa masyarakat India kekal dengan BN dalam abad ini.

Menteri tersebut juga kononnya memang master bab 'blue ocean strategy' ini berjanji untuk melakukan pemantauan berkala kepada HINDRAF dan sekaligus meletakkan HINDRAF setara dengan MIC (bagi tujuan back up jika MIC gagal menawan kembali pemikiran masyarakat India di Malaysia). Sekarang apa sudah jadi?

Strategi memilihWaythamoorthy adalah satu kesilapan yang cukup besar tidak wajar dilakukan lagi. Ini strategi makan tuan. Orang yang mencadang itu pun sepatutnya diminta letakkan jawatan!

Malah, kalau ada pemimpin India berperangai seperti Waythamoorthy ini, sila bertandinglah dalam pilihan raya untuk menegakkan ‘hak mereka’.

Rasakan sendiri bagaimana sukarnya menjadi calon dan memang pilihan raya.

Tetapi untuk India radikal ini, Najib petiknya dari keadaannya yang entah bagaimana untuk dijadikan rakan dalam pentadbiran Putrajaya.

Bukan mudah untuk dilantik menjadi Timbalan Menteri.

Tetapi Waythamoorthy mahu mempertahankan kesombongan dirinya dan rela mengorbankan harapan kaum India agar memperjuangkan nasib mereka ke arah yang lebih baik.

Seperti kata Najib,perletakkan jawatan P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mendukacitakanwalaupun menghormati keputusan pemimpin Hindraf itu dengan mengharapkan yang terbaik untuk usaha beliau di masa hadapan.

"P.Waythamoorthy mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza, namun beliau sepatutnya berjumpa dan berunding dengan saya terlebih dahulu sebelum mengumumkan perletakan jawatannya," kata Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat.

Apapun Waythamoorthy seharusnya seharusnya menyesuaikan diri di dalam sistem pentadbiran kerajaan serta menjalin kerjasama bagi mendapatkan konsensus untuk melaksanakan program kerajaan.

Bagi kita, Go To Hell kamu Waythamoorthy...kami juga tidak akan lupakan kamu!!!

No comments:

Post a Comment