Followers

rantau ku sayang

Sunday, February 23, 2014

Cina Mudah Lupa...Siapakah Anwar...PRK Kajang


Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.
Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.
Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.
Krisis berterusan hingga 1980-an
 
‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.
Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.
Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.
Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana.

No comments:

Post a Comment