Followers

rantau ku sayang

Monday, March 10, 2014

WAN AZIZAH Dijadikan 'Umpan' Oleh Anwar Di DUN Kajang



Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya dijadikan 'umpan' oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menagih simpati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, 23 Mac ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabhee.

"Wan Azizah adalah umpan Anwar, ini bermakna jika pembangkang menang, Wan Aziah hanya akan berkhidmat kepada suaminya, bukan kepada pengundi di DUN Kajang, inilah politik kepentingan anak beranak," tegasnya.

Katanya, tindakan menamakan Wan Azizah sebagai calon DUN  Kajang dibuat setelah Anwar hilang kelayakan untuk bertanding  apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Untuk menagih simpati pengundi kononnya Anwar menjadi mangsa politik, maka beliau memilih Wan Azizah sebagai calon PKR di DUN  Kajang," katanya.

Katanya, tindakan tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan pemimpin PKR Selangor kerana ada di kalangan mereka lebih berkelayakan daripada Wan Azizah.

Malah jelas beliau, sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution disebut-sebut sebagai calon PKR di DUN Kajang menggantikan Anwar.

Pemilihan Wan Azizah sebagai calon pembangkang pada PRK DUN Kajang diumumkan oleh Anwar di Bilik Gerakan PRK Kajang Batu 12, Kajang semalam.

Presiden PKR itu bakal ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA,  Datin Paduka Chew Mei Fun. 

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menawarka diri sebagai calon Bebas pada PRK DUN  Kajang difahamkan telah menarik diri.

Menurut Syed Ali lagi, pemilihan presiden boneka PKR itu juga bertujuan mengukuhkan penguasaan keluarga Anwar dalam politik yang sebelum ini anaknya, Nurul Izzaah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Menyifatkan PKR sebagai parti anak-beranak, Syed Ali menyelar Anwar kerana menjadikan PRK DUN Kajuang perjuangan agenda peribadi.

Kata beliau, PRK DUN  Kajang merupakan proses pemilihan semula wakil rakyat yang benar-benar mampu memberi khidmat kepada penduduk setempat setelah wakil rakyat sebelum ini  mengkhianati mandat pengundi.


"Meletakkan Wan Azizah di DUN Kajang tidak memberi sebarang makna kepada pengundi kerana Wan Aziah sekadar pak turut dan jurucakap kepada Anwar," tegasnya.


Pemimpin jenis itu tambah beliau, tidak layak untuk diberikan mandat sebagai wakil rakyat.

Beliau kesal kerana Wan Azziah berterusan kekal sebagai tunggul kepada Anwar dan tidak berani untuk membuat sebarang keputusan sejajar dengan kedudukannya sebagai presiden PKR.

"Jika Anwar dan Wan Azizah jujur dan tidak mempunyai kepentingan peribadi, sepatutnya pemimpin PKR Selangor yang ditonjolkan sebagai calon di DUN Kajang," ujarnya.

Menurut beliau, tindakan Anwar menamakan isterinya bertanding juga memberikan gambaran bahawa tidak ada pemimpin PKR Selangor yang berkelayakan untuk diberi peluang bertanding di DUN Kajang.

Oleh sebab katanya, Anwar  sanggup mengumpan Wan Azizah sebagai calon PKR menggantikan beliau bertanding di DUN Kajang bukan bertujuan untuk kepentingan rakyat.

Tambah beliau, proses pilihan raya termasuk pilihan raya kecil bukan satu acara sekadar untuk berseronok-seronok atau bersukaria.

"Pilihan raya merupakan proses pemilihan wakil rakyat yang benar-benar berwibawa dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi yang diwakili menerusi pengundian," katanya.

Beliau kesal kerana Anwar dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) sanggup mengetepikan kepentingan rakyat terutama di DUN Kajang.

Sehubungan itu, beliau mengajak pengundi di DUN Kajang supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih wakil rakyat yang mampu membawa kesejahteraan kepada mereka.

"Jangan terpedaya dengan pembangkang kerana mereka bertanding kerana agenda politik peribadi," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali membidas Anwar kerana menyalahkan sistem penghakiman di negara ini berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuan 5 tahun penjara terhadap beliau.

"Bukan perkara pelik, kerana sewktu dia dibebaskan, dia kata undang-undang adil, tetapi sekarang salahkan pula mahkamah, inilah Anwar pemimpin politik yang suka cakap putar belit," tegasnya.

Menurut beliau, keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan agenda politik mana-mana pihak sepertimana dakwaan pembangkang  keputusan tersebut sebagai cubaan menghalang pengaruh Anwar.

"Kes itu membabitkan dia dengan Saiful, soal nak halang pengaruh Anwar tidak timbul kerana Anwar sebenarnya sudah hilang pengaruh.

Katanya, pihak pembangkang akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat kononnya Anwar tidak bersalah.

No comments:

Post a Comment