Followers

rantau ku sayang

Tuesday, March 11, 2014

Wan Azizah Terus Dijadikan “Bahan Pengawet” Kerjaya Politik Anwar

Dr. Wan Azizah telah pun diumumkan sebagai calon bertanding untuk PRK Kajang dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini. Pencalonan ini dikhabarkan telah dipersetujui oleh Lim Kit Siang yang mewakili DAP dan Dr. Hatta Ramli mewakili PAS.

Apa yang pasti PKR akan menggunakan strategi undi simpati, dan deraian serta air mata yang berbondong-bondong milik Wan Azizah  bakal menghiasi siri ceramah dalam kempennya bermula malam ini.

Bijaknya Anwar, dia terus meletakkan dirinya di gelanggang publisiti agar menjadi perhatian dunia, dan pencalonan Wan Azizah tidak ubah seperti alat dan perkakas publisiti untuk Anwar Ibrahim.

Persoalannya, sejauh mana PKR, sebuah parti politik yang berbangga dengan slogan "demi rakyat", boleh difikirkan rasional meletakkan Wan Azizah sebagai calon dan bakal mewakili 39,279 pengundi DUN Kajang sekiranya menang kelak?

Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau "mayat hidup" kepada survival politik Anwar Ibrahim?

Apakah Wan Azizah mampu memberikan khidmat kepada rakyat atas kapasitinya rela berkhidmat, atau sekadar sekali lagi menjadi proksi, atau "mayat hidup" kepada survival politik Anwar Ibrahim?

Lebih molek sekiranya kita mengimbas kembali apa yang pernah dilakukan oleh Wan Azizah sewaktu bergelar Yang Berhormat Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.

Namun pada 1999, Anwar Ibrahim telah dijatuhkan hukuman penjara berikutan salahguna kuasa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya disusuli pula dengan kes seks di luar tabii.  Kerusi tersebut terus diwarisi kepada Wan Azizah sejak 1999 hingga 31 Julai 2008.

Pada ketika inilah, Wan Azizah telah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada sang suami.

Kini, perkara yang sama berulang. Wan Azizah sekali lagi terus dijadikan "bahan pengawet" kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Sekali lagi, rakyat dapat menelaah bahawa tindakan mencalonkan Wan Azizah untuk PRK Kajang bukanlah untuk membantu atau berkhidmat untuk rakyat. Sejuta alasan dari Wan Azizah sekalipun, tidak akan memadamkan realiti bahawa politik PKR adalah demi Anwar semata-mata.

Benarlah kata-kata Tun Mahathir, bahawa PKR adalah parti yang ditubuhkan esklusif untuk memperjuangkan Anwar Ibrahim, sekaligus menyongsangkan idea penubuhan parti politik; iaitu untuk memberi manfaat untuk rakyat, bukan individu.

Kini, terpulang kepada pengundi N.25 Kajang, samada mahu seorang wakil rakyat yang berkhidmat untuk mereka, atau wakil rakyat yang sekadar bertaraf "alat dan perkakas" politik.

No comments:

Post a Comment