Followers

rantau ku sayang

Monday, March 14, 2011

Antan jangan lah berlaga nanti beras jatuh tak boleh dimakan.

“Antan dengan antan jangan berlaga,

 Beras yang jatuh tak boleh dimakan,

 Ayam di tepian jua yang akan kenyang”

Renungkan lah bidalan bahasa ini dan sedarlah bahawa bangsa maruah negara akan tergadai sekiranya kita  tidak bersatu. Kita renungkan kembali bagaimana sejarah yang membuktikan kita pernah dijajah apabila kita tidak bersatu.

Kalau  beras sudah berselerak bercampur dengan pasir, anak anak akan kebuluran ayam juga yang kenyang. Usah lah antan berlaga kerana tamak dan haloba mahu merebut kuasa.

Sudah terbukti bahawa kejatuhan kesultanan Melaka  ke tangan Portugis pada tahun 1511 adalah kerana pejuang  kemerdekaan waktu itu hanya memeningkan diri sendiri dan tidak bersatu. Ini patut kita jadikan pedoman  dan ingatan kepada semua pihak dan rakyat . kata  Menteri  Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan

Mengimbas permulaan perjuangan menuntut kemerdekaan dahulu , Dato' Seri Mohamad berkata , sememangnya tidak dinafikan lahirnya ramai pejuang Melayu ketika pemerintahan  Inggeris dahulu , tetapi  mereka berjuang secara berkelompok dan tidak bersatu.Ini membuka ruang dan peluang kepada penjajah untuk memecah belahkan mereka  sehingga penjajah  berjaya melabelkan  sehingga Dato’ Bahaman  sebagai pengkhianat bangsa dan fitnah ini berjaya ditanam kepada pemikiran orang orang Melayu ketika itu.

Kesedaran inilah yang memanggil  Dato Onn dan juga Dato Tun Ismail  untuk melakukan sesuatu untuk merapatkan saf orang Melayu dan mereka perlu dan mesti bersatu. Tidak ada pilihan lain selain dari bersatu.Lantas tokoh -tokoh ini mengerakkan dan merencanakan plan penyatuan ini  di Negara ini  dan tokoh-tokoh  seperti telah memulakan rencana 1946 dengan menubuhkan  UMNO atau 'Pertubuhan Kebangsaan  Melayu Bersatu’ . UMNO adalah menjadi tunjang kepada  gagasan dan landasan untuk orang Melayu bersatu ketika itu bagi menuntut kemerdekaan Negara.

 Perjuangan ini mendapat sokongan dari semua rakyat terutama guru-guru Melayu yang menjadi  agen menyampai kan hasrat perjuangan  ini untuk bersatu mencapai hasrat  untuk memerdekaan Negara. Akhirnya segala jerih dan keringat terbayar juga apabila negara Malaysia akhirnya   Merdeka pada tahun 1957.

Menteri Besar mahukan  semua pihak mengenang  kembali  serta mengingati perjuangan kemerdekaan ini .Hayati intipati penyatuan yang ada untuk dijadikan pedoman juga iktibar landasan sebagai   meneruskan perjuangan orang Melayu ketika ini.

 UMNO sebagai tunjang kepada pembangunan Negara  telah berjuang semenjak kemerdekaan. Telah terbukti UMNO berjaya membawa Negara berada di landasan kemakmuran dan kestabilan ekonomi sehingga hari ini.

Berbagai dasar telah direncanakan  terutamanya  dasar persekolahan dan dasar membasmi kemiskinan yang telah  berjaya menurunkan  kadar peratusan kemiskinan rakyat. Kini segalanya telah diatasi ,kadar  kemiskinan hanya tinggal 4 peratus sahaja.  Dasar pelajaran juga telah berjaya apabila kerajaan  memberikan segala bentuk bantuan seperti buku sekolah juga biasiswa semata-mata mahu melihat anak-anak dan orang melayu berjaya.

Yang penting sekarang adalah untuk menerangkan kepada golongan Muda yang mungkin tidak berapa peduli untuk mengambil tahu sejarah yang telah berlaku selama ini.Kita perlu mencari jalan untuk menjelaskan kepada mereka supaya mereka sedar  bersatu padu untuk meneruskan agenda perjuangan orang  Melayu .

 Menteri  Besar Negeri Sembilan yang juga  Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan turut melahirkan kebimbangan terhadap situasi semasa di mana ramai orang Melayu yang kini celaru dan berada di persimpangan kerana terpengaruh dengan anasir-anasir yang sememangnya mencari peluang  memecah belahkan dan menjatuhkan orang Melayu.

" renunglah  dan fikirkan lah ke manakah sebenarnya arah tuju  bangsa Melayu?" Ujar beliau lagi.

 "Orang Melayu akan menyesal dan kecewa jika tidak mengambil iktibar segala yang terjadi pada sejarah lama sekiranya kerana tidak bersatu, berpecah belah, bersengketa  dan mementing kan diri " jelas beliau lagi.

"Negara boleh tergadai dan orang Melayu akan menjadi penumpang di Negara sendiri ".

Beliau juga menyeru agar pemimpin dan rakyat menghormati Kepimpinan Kerajaan Malaysia dibawah Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak terus didokong dan disokong.

katanya " semua pihak mesti bersatu, berganding bahu bekerja kuat membangun dan mempertahan kan kepentingan Bangsa, Ugama dan Negara."

Segala fitnah dan pembohongan  Parti Pembangkang mesti ditolak ketepi dengan segala bentuk penerangan dan pendekatan yang boleh agar  rakyat tidak lagi terpengaruh juga tertipu kepada golongan yang hanya mementing kan diri sendiri ini.

Parti Pembangkang akan melakukan apa saja bentuk pembohongan termasuk segala macam fatwa yang sebenarnya menyesatkan dan dengan tindak tanduk mereka yang telah dibuat di negeri-Contohnya negeri yang mereka tadbir seperti Pulau Pinang apabila isu merobohkan  1000 gerai di Pulau Pinang menjadi begitu hangat  yang memperlihat kan dasar perjuangan pembangkang  yang sebenar adalah langsung tidak berpihak kepada rakyat.

Beliau menyeru agar semua pihak di Negeri Sembilan sedar akan kepentingan memilih atau membuang undi pada pilihan raya akan datang. Beliau  mahukan semua individu terutama golongan muda yang belum mendaftar supaya segera berbuat demikian  kerana hanya dengan menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi  barulah kejayaan sesebuah parti boleh dipastikan.

Seramai 140,000 pengundi yang layak mengundi belum mendaftar dengan SPR di seluruh Negeri Sembilan dan majoritinya adalah orang Melayu iaitu 95 peratus.

"Bekerja kuat lah bersama-sama dengan kerajaan negeri memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional bagi meneruskan matlamat mempertabatkan dan mempertahan kan kepentingan orang Melayu." pesan beliau kepada rakyat Negeri Sembilan.

 NOTA ;

Artikel ini adalah berdasarkan ucapan Menteri Besar ketika merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, WANITA , PEMUDA dan PUTERI UMNO Cawangan Rantau, Bahagian Rembau Tahun 2011 pada 12 Mac di Dataran Karya Sek. Keb. Dato' Akhir Zaman Rantau.

N9kini@yahoo.com
Sumber : http://www.negeri9kini.blogspot.com

No comments:

Post a Comment