Followers

rantau ku sayang

Monday, March 14, 2011

SAH !!! PAKATAN DAN ANWAR PENGECUT !!! ALIH ISU DNA !!! TUIHHH !!!


PKR dan Pakatan Rakyat akan menghidupkan kontroversi kes bunuh Altantuya Shaaribuu menerusi kempen di seluruh minggu depan untuk menyerang balas gesaan sekumpulan NGO yang mahu Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA.

BERNAMA Melaporkan Anwar menolak gesaan kumpulan NGO sambil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya patuh untuk menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.Begitu juga dalam kes dakwaan membabitkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata partinya akan memulakan kempen DNA mereka minggu depan Kononnya untuk membalas demonstrasi yang diadakan pertubuhan-pertubuhan terbabit semalam.

DNA adalah singkat kepada “Datuk Najib Altantuya”.

“Akan ada siri ceramah.Kami akan edarkan risalah untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam kes DNA dan saya merujuk kepada Datuk Najib Altantuya kerana DNA tidak merujuk kepada kes Anwar,Kami sudah sediakan kesemua dokumen yang relevan,” katanya lagi.

NI JAWAPAN SAYA

Datuk Najib Altantuya ??? apa cita ni ??? dah 2 kali Datuk Seri Najib bersumpah muhabalah dan sampai sanggup Beliau Bersumpah depan 19 juta rakyat malaysia.nak bohong apa lagi Puak PAKATAN ni ??? Anwar pernah bersumpah ker ???

berkenaan Datuk Seri Rais Yatim pula




Anwar juga berkata Anwar tidak takut untuk menyerahkan sampel DNA nya tetapi khuatir tentang kaedah digunakan oleh pendakwa dalam menguruskan bukti kes.khuatir atau takut ???

Semalam, kira-kira 100 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan berhimpun bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat.

“Kita juga mendesak badan kehakiman supaya tidak ‘double standard’ dalam isu ini.Kami rasakan bahawa keadilan tidak hanya diberikan pada Orang Kena Tuduh tetapi juga keadilan diberikan pada mangsa iaitu Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat,seks di luar tabie ini,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor Abdullah Mansor pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika merasakan dirinya difitnah.Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu, di mahkamah hari ini pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

“Demi kepentingan keadilan untuk kedua-dua pihak, mahkamah patut memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA beliau bagi membolehkan mahkamah mengetahui perkara sebenarnya,” katanya semasa mengemukakan hujah bagi dua permohonan.

Permohonan pertama ialah supaya memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA untuk dianalisis manakala yang keduanya ialah untuk menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan untuk menolak tiga barangan dan profil mengenainya dijadikan sebagai barang bukti.Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil “Lelaki Y” yang ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful.Pihak pendakwaan telah mengemukakan hujahnya dan mahkamah telah bersetuju bahawa sehelai tuala Good Morning, satu berus gigi dan satu botol air mineral yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008 telah diperoleh menerusi cara yang tidak sah.

Mengenai permohonan semakan semula itu, Mohamed Yusof dalam hujahnya berkata peguam yang mewakili Anwar, S.N Nair,telah dimaklumkan mengenai penahanan itu menerusi sepucuk surat yang dihantar menerusi faksimili ke pejabatnya sehari sebelum penahanan itu.Hujahnya,penahanan itu sekiranya dianggap sebagai tidak mematuhi undang-undang, tidak sewajarnya menyebabkan barang berkenaan ditolak daripada dijadikan barang bukti.Terdahulu,prosiding hari ini hampir tertangguh apabila peguam Karpal Singh meminta mahkamah menahan semua yang bertanggungjawab membocorkan dan menerbitkan hujahan Mohamed Yusof sebelum ia didengar di mahkamah.Perbicaraan disambung esok dengan Karpal akan mengemukakan hujahan berhubung dua permohonan itu.

No comments:

Post a Comment