Followers

rantau ku sayang

Friday, March 11, 2011

Bekas Pemimpin PKR Tidak Terkejut Kalau Anwar Terus Jadi Orang Bisu

KUALA LUMPUR 10 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang,  Dr Mohd Fairus Khairuddin berkata bukan sesuatu perkara pelik apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengunci mulut  menjadi bisu berhubung apa yang didedahkan  Ummi  Hafilda Ali.

Ini kerana katanya Anwar tahu dia berdepan risiko yang cukup besar jika bertindak balas terhadap semua dakwaan dan pendedahan yang dilakukan  Ummi dan bekas pemimpin PKR yang lain sebelum ini .

“Anwar sampai sekarang tak berani buka mulut untuk menjawab pendedahan oleh bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor, dakwaaan oleh rakan baiknya, Datuk S.Nallakaruppan dan termasuk saya sendiri serta beberapa bekas pemimpin PKR lain.

“Sebab itulah saya  yakin dan percaya Anwar  tidak akan mengambil apa-apa tindakan baik saman malu atau sebagainya terhadap Ummi  Hafilda yang secara terbuka menyerang beliau pada pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini.

“Sehubungan itu apa yang kita boleh buat kesimpulan ialah sama ada dakwaan itu benar atau Anwar yang sengaja tidak mahu ambil tindakan dengan tujuan untuk mengalih isu yang sebenar dan mengharapkan rakyat lupa segala dakwaan terbabit, “ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ummi Hafilda dan beberapa bekas pemimpin PKR lain pada pilihan raya kecil DUN Kerdau dan Merlimau baru-baru ini turut turun padang mendedahkan kepada rakyat bagaimana sikap serta tindak tanduk Ketua Pembangkang berkenaan.

Fairus seterusnya berikrar akan bersama-sama dengan bekas pemimpin PKR yang lain untuk terus memberi penerangan dan menceritakan hal yang sebenar untuk memastikan rakyat tahu dan sedar akan perjuangan dan siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Tegas beliau adalah menjadi tanggungjawabnya serta rakan-rakan lain yang telah tahu dan arif tindak tanduk Anwar  agar satu hari nanti mereka tidak akan dipersalahkan kerana menyembunyikan perkara yang sebenar.

“Adalah menjadi amanah kami untuk memastikan agama, bangsa dan negara tidak dikhianati oleh insan ini dengan mendedahkan kebenaran dan kebatilan. Insyaallah….Segala keburukan Anwar akan kami dedahkan satu persatu dan tidak akan berundur,“ katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment