Followers

rantau ku sayang

Friday, June 24, 2011

Hinanya Badrul di mata Anwar Ibrahim dan Tak Mungkin Bard akan sertai DAP !!

Ramai yang tertanya tanya dan menjadi ramalan serta teka teki bagi pengamal politik Negeri Sembilan apabila kebelakangan ini Badrul Hisham, Ketua Cabang PKR yang kini menyepi dari arena politik Negeri Sembilan. Ada di antara penyokong beliau meramalkan bahawa  Badrul Hisham akan mengumumkan kemasukan beliau dalam DAP tidak lama lagi. Banyak yang meramalkan demikian apabila kebelakangan ini Badrul banyak memuji DAP dan dalam cakap cakap beliau membayangkan beliau kecewa dengan PKR .

Beliau juga banyak menyindir dan seolah olah mempertikaikan ADUN  PAS Taufik dan juga dua lagi ADUN PKR, Rashid dan Aminuddin Harun juga . Namun penyokong Rashid pula meramalkan bahawa  Badrul tidak mungkin akan menyertai DAP kerana DAP adalah komponen Pakatan Rakyat. Ramai juga yang meramalkan bahawa  Bard akan menyertai parti Zaid Ibrahim KITA.

Bard tidak perlu risau akan kepopulariti parti KITA kerana sekiranya Bard bertanding bawah tiket mana mana parti sekali pun beliau akan kalah juga. Bard mungkin  selesa dengan peranan sebagai pembangkang sahaja. Ramai juga yang meramalkan  bahawa  kerjaya Bard sebagai  seorang politikus telah berakhir sebaik sahaja beliau tewas ketika merebut kerusi Ketua AMK kepada Shamsul yang  pada mulanya sudah tidak mahu bertanding Shamsul yang tidak berkempen berjaya mengalahkan Bard walaupun Bard menjual nama Anwar Ibrahim sebagai bapa saudaranya dibelah isteri. Ini sungguh memalukan Bard apabila Anwar tidak menyokong beliau dan mengarahkan perwakilan jangan memberikan undi kepada Bard. Begitulah hinanya Badrul di mata Anwar Ibrahim.

No comments:

Post a Comment