Followers

rantau ku sayang

Friday, June 17, 2011

PAS dan Anwar Ibrahim mahukan Rakyat hidup dalam Ketegangan dan Rusuhan kaum agar mereka boleh berkuasa..

Helah mengadakan Himpunan Bersih 09 hb Julai 2011 oleh Mat Sabu Naib Presiden semata merupakan serampang tiga mata PAS,PKR dan DAP adalah dengan mengharapkan negara menjadi kucar kacir dan pehak tentera akan mengambil alih pemerintahan negara seterusnya mengistiarkan darurat.

Mereka akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dan mengharapkan sokongan rakyat pula.Semuanya ini mereka ambil dari idea Anwar Ibrahim selepas keluar dari penjara dengan mengadakan reformasi dan buktinya pada PRU 12 lepas pembangkang menang banyak kerusi.

Anwar Ibrahim dan PAS tidak suka rakyat Malaysia bersatu, Anwar mahu bangsa Cina dan India  bencikan orang Melayu dan orang Melayu bencikan bangsa Cina dan India tetapi mereka pula akan tampil menyokong bangsa ini dan menjadi hero dikalangan kaum ini.Apabila rakyat tidak bersatu mereka petualang akan menghasut rakyat membenci kerajaan dan seterusnya mengatur strategi untuk merampas kuasa melalui kononnya gerakan rakyat. 


Anwar dan PAS tidak sukakan slogan dan konsep satu Malaysia. Konsep ini berjaya  menyatukan semua kaum di Malaysia. Najib berjaya menjadikan  1 Malaysia sebagai wadah penyatuan berbilang kaum di mana Anwar dan PAS pula mahu kaum ini membenci Melayu.Anwar dan PAS terus memfitnah 1 Malaysia dan mengaitkan  ianya dengan syarikat Yahudi untuk dibenci oleh orang melayu yang fanatik yang sememangnya tidak suka kan Israel.

Kenapa  Anwar dan PAS sakit hati dengan 1 Malaysia.

Anwar dan PAS mahu rakyat Malaysia bencikan perpaduan. 1 Malaysia hanya lah satu konsep perpaduan seperti  juga Muhibah yang pernah dipupuk  untuk menyatukan rakyat Malaysia  setelah berlaku nya peristiwa berdarah 13 Mei.

Benci 1 MALAYSIA samalah dengan bencikan perpaduan.Bila rakyat bersatu mereka petualang2 amat susah untuk menghasut dan susah untuk merebut kepimpinan yang telah memenangi hati rakyat.

Juak-juak Pakatan ini terus  marah kepada penerimaan rakyat dan buktinya di  Selangor mereka nampaknya semakin marah kepada 1 Malaysia.

Anwar dan PAS suka melihat rakyat hidup dalam ketegangang , kalau boleh Anwar dan PAS mahukan rusuhan kaum berlaku dan berlakunya perpecahan antara kaum dan orang Melayu yang menyokong beliau akan mendapat memberikan sokongan dan berpihak kepada kaum lain dan mereka akan mendapat undian untuk menewaskan Bastisan Nasional yang mana di dominasi oleh UMNO.

Kuasa Melayu akan pupus dan hak keistimewaan Melayu serta ketuanan Melayu serta raja raja kita akan tidak akan wujud lagi dan jadi lah Anwar Ibrahim atau Hadi awang sebagai Presiden Boneka Malaysia yang pertama.

Selepas rancangan mereka gagal memburukkan 1 Malaysia melalui isu APCO di Parlimen , kini mereka gunakan pulak kuasa yang ada mengharamkan 1 Malaysia di Selangor melalui papan iklan dan banner .

Pengunaan Helah APCO agar rakyat membenci kerajaan.

Anwar pula digantung dari menghadiri Parlimen kerana menipu mengenai APCO dan 1 Malaysia.
Nazri Aziz telah mendedahkan bahawa ada surat surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun 2009 oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.

Surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
Mungkin Anwar cemburu dengan slogan yang dicipta oleh Najib berjaya dan Anwar juga boleh berbangga dengan slogan 16 Sept yang pernah di sandiwara kan dulu yang kononnya  Putrajaya  ditangan mereka dan saudagar mimpi ini menjadi Perdana Menteri .

16 sept adalah satu slogan penipuan yang paling besar dan satu penipuan yang paling jijik Anwar pernah lakukan untuk menipu rakyat Malaysia.

Jika seseorang ditangkap atau terkantoi membohong, akibatnya terpalitlah malu yang amat sangat kepada si penipu. Apatah lagi jika penipuan itu dibuat dalam skala besar-besaran dan melibatkan ramai orang. Mahu tak keluar rumah dalam seminggu dua. Namun, diMalaysia ini, ada satu perkara yang pelik apabila si pembohong yang berbohong pada skala epik ini, masih di sanjung, disokong malah ada yang ingin si penipu ini memimpin negara.

 Itulah yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengenai pembohongan 16 September oleh Anwar Ibrahim sepatutnya menjadi satu perkara yang amat memalukan bagi Anwar. Namun, Anwar boleh hidup dan berjuang dengan penipuan ini, apatah lagi apabila ramai yang menyokongnya untuk terus menipu dan menipu. Bayangkanlah jika dengan penipuan berskala besar sebegini Anwar boleh hidup tanpa berselindung, agaknya bagaimana dengan perkara-perkara lain yang juga memalukan? 

Orang kata kalau sudah biasa, alah bisa tegal biasa dan bermakna penipuan tak jadi hal dengan Anwar. Cuma yang agak pelik ialah, orang-orang dari PAS juga sanggup terus menyokong si penipu ini demi kuasa dan kedudukan. Pemimpin PAS yang berserban, berjubah, dan dikatakan punyai ilmu agama yang tinggi takkan tak tahu yang 16hb September itu satu penipuan? Atau mungkin mereka sedar tentang penipuan itu, namun atas dasar inginkan kuasa dan ingin mengeksploit Anwar, makan perkara ini dipandang sebelah mata dan umpama disapu dibawah karpet. Jadi ciri Islam yang mana PAS ikut dalam mendokong Anwar sebagai pemimpin mereka bila sudah terang Anwar ini penipu?

Memang benar Anwar tidak mengaku yang dia menipu tentang 16 Septembar. Namun, ramai dari ahli politik pembangkang yang tertipu sudah pon menjelaskan penipuan ini antaranya, bekas peguamnya Zulkifli Noordin dan sahabat karibnya Datuk Seri Zahrain Hashim. Anwar memang tak pernah mengaku dengan penipuan yang dia buat, jika dia mengaku maka ia akan merendahkan kredibiliti dia. Itu yang menyebabkan penyokong Pakatan Haram sentiasa terpesona dengan Anwar, termasuk lah ulama-ulama PAS.

Penipuan 16 September menunjukkan Anwar memang seorang penipu berklas tinggi. Dia tidak rasa sedikit bersalah pon dan masih lagi meneruskan penipuannya sehingga kini. Kebijaksaan rakyat Malaysia akan pasti menghukum si penipu ini di pilihanraya akan datang (itu pon jika dia masih lepas bebas ).

Pendedahan oleh bekas pemimpin PKR dan pemimpin lainnya.

 Kecaman sebuah penerbitan Internet Amerika terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti ketua pembangkang itu kini terperangkap dalam permainan penipuan yang diciptanya sendiri.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, tindakan 'orang putih' itu juga petanda bermulanya detik kelam karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang sebelum ini menyinar buat sementara waktu selepas 2008.

Selain itu jelasnya, kecaman itu juga merupakan bukti kukuh bahawa Anwar adalah manusia yang bertopengkan pelbagai wajah dan baru diketahui oleh Barat.

"Akan tiba suatu masa nanti, tiada siapa pun yang akan percaya kepada Anwar kerana sikapnya yang suka menipu dan hipokrit. Malah kesan awal sudah kelihatan apabila bukan sahaja rakan seperjuangan meninggalkannya tetapi pihak Barat pun turut mengecam tindakan beliau.

"Anwar mungkin menganggap dia seorang tokoh politik hebat kerana mampu mengeksploitasi pihak lain tetapi keadaannya sekarang berlainan dan beliau terperangkap kerana semua pihak yang pernah diperbodohkannya sebelum ini mulai sedar.

"Beliau sekarang sudah ditolak oleh kawan mahu pun lawan, pergi sana pun orang tak mahu, datang sini pun orang tak ingin,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini

Zahrain yang juga bekas sahabat karib Anwar berkata, pendedahan 'orang putih' itu secara tidak langsung mengesahkan keakraban Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dengan pelobi Yahudi sejak sekian lama.

Dalam pada itu, seorang lagi bekas kawan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau tidak hairan dengan pendedahan Motte kerana ketua pembangkang itu tidak pernah mengenali erti persahabatan walaupun pernah berkawan lebih daripada 30 tahun.

Katanya, erti persahabatan bagi Anwar hanyalah sejauh mana beliau boleh mempergunakan seseorang itu demi kepentingan peribadinya.

"Saya sendiri sudah mengalaminya walaupun selama 30 tahun berdampingan dengan beliau. Namun, saya yakin pendedahan terbaru ini akan membuka mata semua pihak yang sebelum ini ragu-ragu mengenai sikap sebenar Anwar,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Alimenjelaskan, pendedahan laman web berkenaan memperlihatkan kepada semua 'wajah' sebenar pemimpin pembangkang tersebut.

Menurutnya, apa yang didedahkan itu jelas membuktikan bahawa Anwar seorang yang tidak mempunyai pegangan apabila sering berubah-ubah pendirian mengikut keadaan.

"Pada waktu siang, dia akan jadi lain, petang pula dia akan berubah dan begitulah di sebelah malamnya pula. Apabila berjumpa dengan orang itu, dia akan cakap begini dan bila berhadapan dengan pihak lain pula, lain yang akan diperkatakan.

"Begitulah sikap Anwar. Dia boleh buat apa sahaja demi kuasa, pengaruh dan mencari populariti dan sikap ini sangat berbahaya kerana ia mampu mengancam keselamatan negara,'' ujarnya.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN), mereka amat memahami sikap dan karakter sebenar Anwar baik di pentas antarabangsa mahupun di peringkat dalaman negara.

''Pendedahan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi BN.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya akan ada lagi pihak yang tampil mendedahkan pelbagai maklumat mengenai Anwar.

Anwar, jelasnya, adalah pemimpin yang sanggup berbuat apa sahaja untuk menghalalkan matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri tanpa memikirkan strategi beliau itu akhirnya umpama senjata yang 'memakan' tuannya sendiri.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata latar belakang pemimpin Bersih 2 sudah cukup untuk dijadikan bukti bahawa penganjur perhimpunan itu di kalangan mereka sememangnya melakukan sesuatu untuk mendapatkan perhatian walaupun yang boleh menimbulkan kontroversi.

“Apa yang saya difahami, perhimpunan haram itu diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang sememang suka membangkitkan sisu-isu kontroversi.

“Mat Sabu semua orang kenal, tetapi tidak ramai yang tahu mengenai Ambiga, beliau adalah peguam kepada Lina Joy, (gadis Melayu yang mohon keluar Islam untuk berkahwin dengan pemuda India beragama Kristian).

“Ambiga juga adalah antara individu yang terbabit dengan suruhanjaya antara agama (IFC) serta pendokong dan penyokong kuat isu murtad di negara ini,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, Wanita UMNO menentang usaha yang ingin dilakukan kumpulan terbabit dan meminta pihak berkuasa bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang ingin mengadakan perhimpunan haram di negara ini.

“Tidak kira siapa, perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan tidak harus dibenarkan di negara ini, tiada keperluan untuk kita mengadakan perkara itu, banyak masalah yang timbul daripada kebaikan dan perkara sebegini perlu dibendung.

“Kita ada cara untuk kita menyelesaikan sebarang masalah, bukannya membuat seperti apa yang mereka ingin lakukan itu, lagi masalah lain yang akan timbul jika perkara sebegitu dibiarkan dan boleh menjejaskan nama baik negara ini di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

Hamidah berkata, rakyat negara ini perlu mengimbau kembali kepada perhimpunan haram Bersih 1 serta beberapa demontrasi jalanan sebelum ini yang banyak menimbulkan pelbagai masalah kepada negara.

Beliau berharap rakyat tidak terpengaruh dengan apa jua alasan yang diberikan oleh kumpulan terbabit untuk mengadakan demonstrasi jalanan negara itu kerana apa yang berlaku itu sebenarnya lebih kepada motif politik dan usaha mengelirukan pemikiran rakyat. 

Ingatlah negara kita telah aman makmur,rakyat yang berbilang kaum dan agama hidup bersatu janganlah kita menjadi petualang dengan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan semata kepentingan politik.Berfikirlah demi agama,bangsa,anak2 kecil,orang2 perempuan dan saudara mara kamu yang tidak berdaya.Fikirkanlah..

No comments:

Post a Comment