Kenali Mazlan Aliman
Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai . Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.
Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .
Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .
Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 .
Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan . Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !
Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang. Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri.
Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .
Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .
Selain itu, menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .
Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?
Kenapa Mazlan begitu kuat menentang FELDA?
Mudah saja , dalam fikirannya selagi ada Felda yang banyak berjasa ini membantu peneroka - peneroka ini di seluruh negara maka sukar bagi parti PAS untuk menembusi kubu kuat BN ini dalam pilihanraya kerana Felda merupakan kawasan majoriti Melayu .
Jelas di sini , Mazlan Aliman adalah bukan pejuang sebenar untuk peneroka tetapi sebenarnya talibarut besar dari PAS untuk memecahbelahkan masyarakat Felda .
Hahah Aliman ni besor mak bapak dia bagi makan apatah? tapi yg penting memang bukan hasil ladang sawit/getah yg mak bapak dia kerjakan...mungkin dia dibesorkan oleh bapak/ibu ayam - tu yg menyalak sakan
ReplyDeletekalau tak tahu sejarah jangan cakaplah bodoh..umno x ada buat apa pun..semuaa british yg buat bahlol..tgk perancangan bandar..sapa yg buat thn 1801..yg tubuhkan rida sape..dr rida wujudnya mara dgn felda,..tahu x bahlol...buka sejarah ada tulis..
ReplyDeleteWahai Malikus, diharap perbaiki bahasa anda. Satu aje soalan saya, pada tahun 1801 tu sape yang memerintah Malaysia? UMNO dah ujud ke masa tu? Kalau UMNO dah ujud dan memerintah Malaysia pada tahun itu, kamu tau di mana kita sekarang ni, sy pasti kita sudah sama atau hampir menyamai Amerika, jepun dan negara-negara maju lain. Baru 55 tahun memerintah kita boleh lihat berbagai kemajuan di Malaysia, adakah kamu masih tidak bersyukur dan berbangga? Fikir2 kan la.
ReplyDelete