Followers

rantau ku sayang

Wednesday, August 10, 2011

ISU PUJUKAN GEREJA: Jawapan MAINS terhadap Nur yang menerima bantuan dari Gereja.


KENYATAAN AKHBAR
Oleh:
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ( MAINS )

Laporan dirujuk:
Laporan Muka Hadapan Berita Minggu ( m/s 6 )
Bertarikh 7 Ogos 2011 ( Ahad )
dan
Laporan Harian Metro ( m/s 14 )
Bertarih 7 Ogos 2011 ( Ahad )

1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya.

2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.

3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan.

4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka.

5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi.

6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad.

7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya.

8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya.

Sekian.

Kamal Amran b. Kamarudin
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan
9 Ogos 2011 / 9 Ramadhan 1432

No comments:

Post a Comment