Followers

rantau ku sayang

Thursday, October 3, 2013

Pok Nik Bahagio Bersamo Artis Daripado Ulamak!!

Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa dia sangat bahagia bersama-sama artis.Umum mengetahui,golongan artis pernah dikecam hebat oleh PAS sebelum ini dan mereka memandang hina kepada profesyen seni dan persembahan.Begitu juga dengan aktiviti kebudayaan yang diharamkan di Kelantan kerana kononnya melanggar akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Kini lain pula ceritanya, dimana artis-artis difatwakan oleh Nik Aziz untuk dijadikan ikon dan contoh kepada masyarakat walaupun mereka tidak mempunyai ilmu agama yang cukup untuk dijadikan contoh.Tatkala ulama dan guru-guru agama di sekolah pondok menolak Nik Aziz dan partinya,Nik Aziz mengambil langkah populis dengan bersengkongkol dengan artis yang telah merudum populariti mereka.

Seolah-olah ada satu perjanjian tolong menolong antara artis pro-pembangkang dan para pemimpin PAS.Mereka menggunakan artis untuk menaikkan imej liberal mereka tanpa menghilangkan imej Islamik. Hanya dengan jubah dan serban sudah mampu untuk mereka rasakan syurga akan berada di bawah tapak kaki mereka.

Secara tuntasnya,Nik Aziz kini lebih selesa untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama artis berbanding guru-guru pondok dan ulama yang selama ini menyokong beliau tetapi telah tersedar dari lamunan permainan kata-kata PAS.Jangan kerana terlalu terdesak sehingga mahu menggunakan artis berbanding ulama seperti mana perjuangan PAS yang terdahulu.

No comments:

Post a Comment