Followers

rantau ku sayang

Monday, October 7, 2013

‘Tak takut bersuara kerana sayang parti’



KOTA BHARU – Calon Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak takut untuk mengkritik syarat berkempen pada pemilihan Umno kali ini yang disifatkannya agak ketat kerana sayangkan parti.

“Adakah Umno tidak boleh bersuara? Parti apa tidak boleh bersuara? Saya sayangkan parti,” katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan calon anggota MT dan exco pergerakan tiga sayap Umno di Bangunan Umno Negeri di sini hari ini.

“Inilah dia seronoknya Umno, bila nak pemilihan kita boleh berjumpa kawan-kawan. Keluarga Umno ini besar seluruh negara. Saya cakapkan ini adalah pandangan dan rungutan daripada bawah,” katanya.
p/s" Pemimpin yang berani bersuara untuk parti, untuk bangsa dan agama sebegini yang CAB respek dan hormati..

No comments:

Post a Comment