CAB ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan atas kemenangan dalam melayakkan diri berada dibarisan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Ranking ke-11 merupakan tahap yang baik buat beliau.
Apapun, CAB ingin menyatakan sokongan dan bersetuju dengan cadangan dan tindakan yang akan dibuat dalam memperkasakan lagi parti keramat orang melayu ini.
Dikalangan mereka ada yang duduk di kedai kopi dan bertemu dengan orang awam dan mereka menjadi ‘loud speaker’ menerangkan dan menjelaskan kepada orang ramai malah juga menangkis apa sahaja fitnah dan tohmahan yang dibuat sepenuh masa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan akan mewujudkan 1 unit keahlian dan pendaftaran pengundi bagi memperbanyakkan aktiviti penambahan keahlian UMNO dan juga mengalakkan untuk pendaftaran pengundi.
Hampir 100,000 orang yang layak mengundi dan 90% merupakan bangsa Melayu yang cukup 21 tahun.
Negara kita mengamalkan demokrasi berparlimen, jika kita tidak berdaftar kita tidak boleh berbuat apa-apa, malah kita kalah sebelum masuk gelanggang. Jadi, marilah kita menyambut baik cadangan Menteri Besar Negeri Sembilan ini demi memantapkan lagi parti dan memperkukuhkan penyatuan dalam parti bagi menghadapi PRU14 yang dilihat lebih mencabar dan perlu diambil perhatian dari sekarang.
No comments:
Post a Comment