Followers

rantau ku sayang

Thursday, November 21, 2013

JKKK / Ketua Kampung Jalani Ujian Saringan

CAB respek dengan pendekatan terbaru kerajaan N.Sembilan dalam membuat transformasi pada oraganisasi kampung-kampung di seluruh negeri ini. Satu unit khas bagi memantau dan menyelaras Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini bakal ditubuhkan mulai tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penubuhan unit itu adalah bertujuan untuk memantapkan lagi organisasi berkenaan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal dan kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

“Kita percaya, kewujudannya dapat memperkemaskan lagi sistem pentadbiran JKKK, sekali gus memudahkan mereka mengetengahkan pelbagai perkara membabitkan kepentingan masyarakat berikutan hanya perlu berurusan dengan satu pihak sahaja.

“Pada masa sama, unit di bawah kendalian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini juga berfungsi memantau prestasi organisasi tersebut,”

Menurut Mohamad, selaras dengan kewujudannya, setiap JKKK diwajibkan membuat laporan bulanan untuk dikemukakan kepada unit berkenaan mulai tahun depan.

“Mereka tidak perlu lagi melaporkan sebarang masalah yang berlaku kepada Pegawai Daerah atau penolongnya seperti sebelum ini.

Individu yang akan dilantik sebagai Pengerusi dan Setiausaha mestilah pemastautin tetap di sesebuah kawasan terbabit. Mereka perlu memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berusia tidak lebih 65 tahun.

No comments:

Post a Comment