Followers
rantau ku sayang
- Apo payah payah nak boli tilam ompok, Boli ular yo sekor untuk anak tido !!
- THROW BACK : VIDEO MAJLIS PERSANDINGAN PUTERI YAB DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD HAJI HASAN
- PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !
- Di Sebalik Kisah Kasihnya Seorang Abang Yang Pasti Menitis Air Mata Apabila Membacanya.!!
- Rumah Kocik Yo Tapi Dalamnya Cukup Mengkagumkan
Tuesday, December 2, 2014
Gelar DAP Parti Cauvinisme : Lim Guan Eng Selar KJ
Setiausaha Agung DAP, juga Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng berkata, Khairy Jamaluddin dilihat mengamalkan politik 'tidak wajar' apabila menyalahkan bukan Melayu kerana mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa Melayu. Menurut beliau lagi, “Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak raja-raja Melayu awal 90-an. Khairy menggelar, DAP parti cauvinisme kerana kejayaan DAP menarik minat keahlian anak muda Melayu.
"Bukankah kejayaan itu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinisme mahupun perkauman, sebaliknya sebuah parti berbilang kaum yang berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia?,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya, kelmarin.
Guan Eng mendakwa, Khairy mengambil jalan mudah dalam kenyataannya kerana beliau tiada sebarang jawapan terhadap isu itu.
Anak muda melayu sertai DAP? Tak salah memilih fahaman politik dan parti apapun tapi adakah DAP bersama pasukan gerakannya akan membela nasib anak melayu pada masa akan datang? Fikir-fikirkanlah, tengok saja apa dah jadi di P.Pinang. Ada mata pandang, ada telinga dengar dan ada akal nilai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment