Followers

rantau ku sayang

Wednesday, April 11, 2012

kejam.:!! geng anuwar x mengira mangsa..liwat dan bunuh.!!

           
Seorang lelaki yang disyaki mangsa liwat ditemui mati di sebuah bilik hotel terkemuka di Jalan Ampang di sini pada Selasa dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam.
Mangsa R.Rajesh, 37, ditemui pekerja hotel berkenaan pada kira-kira pukul 3 petang ketika memeriksa bilik yang dihuni mangsa di tingkat lima setelah dia didapati tidak mendaftar keluar dari hotel berkenaan.
Lelaki dari Georgetown, Pulau Pinang itu telah mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada petang Isnin dan sepatutnya mendaftar keluar pada 2 petang tadi.
Polis ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh pihak pengurusan hotel, dilaporkan menemui kesan kecederaan di bahagian belakang kepala mangsa dan percaya mangsa telah diliwat.
Menurut sumber polis, imej seorang suspek lelaki yang memasuki bilik hotel mangsa dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup hotel itu dan suspek dipercayai telah meninggalkan bilik berkenaan pada pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi pada Selasa tidak menolak kemungkinan suspek mengenali mangsa.
Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Saturday, April 7, 2012

HOT : AZMIN ALI DAN ZURAIDA DIHADAPKAN KE LEMBAGA DISIPLIN KERANA SALAH GUNA KUASA??


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi berkata beliau akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya dipecat sebagai ahli parti.
“Setakat ini saya terima pemecatan sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang. Itu hak beliau (Zuraida Kamaruddin) sebagai Ketua Cabang Ampang.
“Tapi kalau saya terima surat pemecatan sebagai ahli PKR, daripada pusat saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pemecatannya sebagai Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang pada Khamis.
Ditanya sama ada beliau benar-benar muflis seperti yang didakwa oleh Zuraida, Isa tidak menafikan perkara tersebut namun jelasnya Jabatan Insolvensi tidak memadamkan namanya daripada senarai tersebut setelah beliau selesai membayar jumlah pinjaman.
“Saya mengaku pernah muflis tapi sudah lama pada tahun 1994. Sudah 15 tahun dan saya pun sudah habis bayar hutang tersebut. Cuma Jabatan Insolvensi tidak mengemaskini status, saya sudah tidak muflis.
“Saya kesal dengan Zuraida, kenapa perlu sentuh isu peribadi, sedangkan saya dan ahli Cabang Ampang yang lain mahukan penjelasan mengenai pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” katanya.
Mengulas lanjut, Isa berkata beliau menerima surat pemecatannya yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya pada pukul 3 petang Khamis.
“Saya tidak terkejut masa terima dan baca surat pemecatan saya, cuma saya kecewa inikah cara mereka (PKR) berikan penjelasan kepada ahli dalam isu penting.
“Dalam surat itu mengatakan saya dipecat kerana kenyataan suruh Azmin keluar parti. Saya dipecat berkuat kuasa serta-merta.
“Lagipun sejak setahun yang lalu, hampir 60 peratus ahli Cabang Ampang dipecat oleh Zuraida kerana dia tidak suka atau ada masalah dengan mereka,” katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Zuraida memecatnya sebagai Ketua Penerangan, Isa berkata: “Tidak…tidak….Saya tidak akan merayu. Itu hak beliau (Zuraida).
Pada Khamis, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR dilaporkan berkata Isa telah dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang dan tidak layak untuk mengeluarkan kenyataan media mewakili parti.
Zuraida dipetik sebagai berkata pengguguran jawatan tersebut juga berdasarkan laporan bahawa Isa didakwa pernah terlibat dalam jenayah pecah amanah melalui dua laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Rabu lalu, Isa Isa mengugut untuk keluar parti jika Ahli Parlimen Gombak itu gagal menjelaskan kepada ahli parti mengenai dakwaan beliau dan isterinya memiliki saham sewaktu menjadi pegawai kerajaan pada tahun 1992.
Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas.
Beliau juga mendesak Azmin supaya meninggalkan PKR jika masih enggan membuka mulut mengenai isu tersebut. - SH
** EP nak tanya Zuraida..bila yang dia lantik Isa ni sebagai Ketua Penerangan dia..tahun lepas, bulan lepas, minggu lepas atau hari Rabu yang lepas..Kenapa isu Isa ni muflis dan ada laporan polis disebabkan kes pecah amanah baru timbul selepas dia mempersoalkan Azmin...masa lantik hari tak periksa dulu ke??

Friday, April 6, 2012

PANEH MIANG PANEH DENGAN KEHEBATAN KEDUA PEMIMPIN NEGERI SEMBILAN INI

Ciliapi bloggers terpanggil untuk menulis setelah membaca apa yang ditulis oleh  blog pembangkang Paneh Miang milik yang kami tahu siapa pemiliknya, begitu lantang dan sering mengkritik kepimpinan Negeri Sembilan dan mirip mirip kepada blog yang begitu kuat  berpihak kepada Parti PAS.HA TAK PUEH HATI KO.....????

Blog ini ada menulis  mengenai Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga mengenai YB Khairy Jamaluddin yang sememangnya menjadi musuh ketat kepada blog ini. Blog ioni memang benci sangat dengan  MB dan Juga YB Khairy, malahan apa saja yang MB dan Khairy buat  yang mendatang kan kebaikan untuk rakyat akan di nafikan oleg blog ini dan blog ini ahnya akan memaparkan apa yang boleh memburukkan  dan menjatuhkan pemimpin ini. Apa yang kita harapkan jika ini pendirian dan persepsi tuan punya blog ini terhadap kedua dua  pemimpin ini. Kita  perlu terima dan baca saja apa yang dituliskan dan fikirkan sendiri akan relevannya tulis  pemilik blog berkenaan.

Terbaru , dengan terdesaknya blog ini memohon DS Najib dan DS Muhiyuddin Yassin untuk memantau  MB NS kononnya tidak mendapat sokongan dari Ketua Ketua Bahagian,ini adalah kerana sakit hati apabila mendengar Tok Mat akan dicalonkan kembali di kerusi DUN Rantau.Blog ini juga yakin mengatakan bahawa Khairy tidak akan dicalonkan lagi menjadi ahli Parlimen Rembau, kerana menjagkakan kerja bloh paneh miang ini telah  berjaya  menjatuhkan  imej Tok Mat dan Khairy sehingga dibenci oleh rakyat dan penduduk Rantau dan Rembau. Hebat betul blog ini perasan.

Menguasai FB salah satu FB Negeri Sembilan, tidak semestinya punya  ramai pengikut yang boleh beliau pengaruhi. Apa yang di war warkan oleh paneh miang ini sebenarnya bukan lah sesuatu yang berlaku dalam parti di peringkat negeri. Siapa kata 10 ketua bahagian ini tidak dapat bekerja sama dengan MB. Paneh Miang juga ada menulis ,

"Najib patut check kehadiran mesyuarat Perhubungan (UMNO) Negeri Sembilan. Semak kehadiran 10 mesyuarat perhubungan (UMNO) terakhir Negeri Sembilan. Siapa yang hadir? Tak lebih daripada 3 orang saja hadir. Yang hadir hanya Hashim Rushdi (Ketua Bahagian Rasah) dan Ismail Lasim (Ketua Bahagian Kuala Pilah). Berapa kali Isa Samad, Rais Yatim, Shaziman, Lilah hadir Mesyuarat "Perhubungan (UMNO N9)?

Di sini ada 7 nama yang ditulis dari 10 nama. Malahan ketika  kehadiran DS Najib dan juga  DS Muhiyuddin Yassin di Negeri Sembilan baru baru ini, tidak ada nampak sebarang kesulitan dalam kerjasama natar ketua ketua bahagian berkenaan. Malahan arahan dari Najib untuk bersatu dalam satu perjuangan diterima oleh semua Ketua Ketua Bahagian dan inysyaLLah Negeri Sembilan dilihat akan berjaya ditawan kembali dengan majoriti 2 / 3 dan figure ini amat menakutkan paneh miang. Blog pembangkang yang bertopengkan UMNO dan BN.

Tak perlulah paneh miang nak jadi jeharu nak melagakan kepimpinan  Negeri Sembilan , nak lagakan ketua  Bahagian , Ketua pemuda , Ketua wanita , Ketua puteri dll. Mereka ini berperanan dalam bahagian tugasan masing masing dan UMNO serta kerajaan BN  Negeri Sembilan telah bekerja kuat membantu rakyat di Negeri Sembilan, Insyaalah mereka nampak dan tahu jasa jasa dan  tentu sekali mereka akan menterjemahkan  rasa terima kasih atas usaha usah yang telah MB lakukan dalam bentuk mengundi Barausan Nasional pada PRU13 yang kana datang, Jawab eh,, paneh miang korang  tolan air lior lah...

Insya alah YB Khairy Jamaluddin juga telah bergerak dengan gerak kerja  pemuda  dengan baik  di peringkat  Nasional dan juga peringkat Bahagian.INi juga mengerunkan paneh miang kerana PAS akan melepas pada PRU 13 ini nanti.