Followers

rantau ku sayang

Sunday, January 26, 2014

Badbi berdemonstarsi pula di Sunway

Vavi  ni dah letih berhimpuna di dataran merdeka kini berhimpunan buat kacau di Sunway pula. Haprak betul Badbi ini.
Gambar sekitar Perhimpunan TURUN 2.0
Lokasi: Bandar Sunway Seberang Jaya
Tarikh: 26 Jan 2014
Objektif: Membantah kenaikan harga dan menolak politik perkauman Umno















Saturday, January 11, 2014

Hassan Malik : Fitnah Timbul Bila Teori Penawaran Dan Permintaan Ayam Pasaran Gagal Difahami

hassan malik report polis
Serangan pembangkang terhadap Hassan Malik bermotifkan politik.  Namun perkara yang paling mendukacitakan apabila  sesetengah blogger kononnya pro UMNO  turut menyerang beliau gara-gara kurang atau tidak faham langsung teori ekonomi yang berasaskan kepada penawaran dan permintaan.  Apabila kurang permintaan terhadap contohnya ayam yang naik harga maka pembekal tidak mempunyai pilihan melainkan menurunkan harga ayam demi mengatasi masalah lambakan ayam di pasaran.

Teori asas penawaran dan permintaan (laws of supply and demand) menyatakan bahawa keseimbangan harga pasaran dan kuantiti sesuatu barang berada pada titik pertemuan antara permintaan pengguna dan penawaran pengeluar. Di sini, kuantiti yang ditawarkan sama dengan kuantiti yang diminta  adalah seimbang.
 

Jika harga berada di bawah titik keseimbangan di mana pengguna meminta barang dari apa yang mahu dikeluarkan oleh pengeluar ia dipanggil kekurangan barangan. Kekurangan barangan menyebabkan harga naik di mana pengeluar akan menaikkan harga sehingga ia mencapai titik keseimbangan. Jika harga barang berada di atas titik keseimbangan maka berlaku lebihan barangan. Pengeluaran akan menurunkan harga sehingga ia mencapai titik keseimbangan.
 

Isu ayam ini telah menjebak Menteri KPDNKK Dato Sri Hassan Malik sehingga beliau telah difitnah meletakkan jawatan. Namun beliau telah  menafikan meletakkan jawatan Menteri yang di sandang beliau. Laman media sosial  telah digunakan oleh blogger yang “cari makan” “hentam orang” untuk menyebarkan fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Sepatut para blogger yang pro UMNO berjihad secara berterusan melaporkan kebenaran pihak pembangkang yang pro Kristian menggunakan kalimah Allah dalam agenda memurtadkan umat Islam. Begitu juga dengan berleluasanya pusat maksiat yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.  Isu bunuh dan tembak juga didominasikan oleh negeri dibawah pemerintahan pembangkang. Ini merupakan penanda aras berleluasa nya kegiatan kongsi gelap. Kaitan kongsi gelap dan pembangkang juga perlu terus didedahkan demi memastikan Negara bebas dari belenggu jenayah mereka.

Tindakan pihak berkuasa yang terlalu lambat mengambil tindakan ke atas jenayah yang dilakukan oleh pihak pembangkang juga perlu diwar-warkan demi keadilan semua rakyat.  Oleh itu para blogger yang menghentam kerana gagal memahami ekonomi kerana taraf pendidikan yang tidak mencukupi perlu merujuk kepada mereka yang lebih berilmu supaya diri sendiri tidak dimalukan.
Laporan Polis  telah di buat bagi menafikan Hassan Malik meletakkan jawatan Menteri oleh Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Ini sebenarnya penting demi “mengajar” mereka yang kurang “adab” dan “pelajaran”.  Disamping itu ianya juga menjadi kayu pengukur untuk tindakan yang lebih agresif dan berani terhadap sebarang fitnah yang cuba dibuat oleh pihak pembangkang.

Disamping itu monopoli dan pasaran dunia juga telah menyumbang kepada  berlakunya peningkatan harga barangan  seperti kenaikan tarif elektrik dan bahan bakar .  Oleh kerana harga barang asas dikawal kerajaan  maka harga barangan lain bergantung kepada penawaran dan permintaan. Pengguna mempunyai kuasa menentukan harga barangan dengan  bersepakat dalam memilih barangan untuk dibeli. Hidup kita ini selalu berkait rapat dengan pilihan. Oleh itu pengguna perlu membuat pilihan yang bijak.

Sikap pembangkang yang mempersoalkan subsidi gula 20 sen kepada rakyat  walaupun kerajaan telah menjelaskan sebab musababnya menunjukkan konsistennya mereka “menghentam” kita. Namun sebahagian  blogger kononnya pro UMNO gagal mengekalkan momentum sehingga menyebabkan mereka “menghentam” sesama sendiri atau adakah mereka ini dibayar oleh pembangkang.

Dalam keadaan pembangkang mengkritik dan memfitnah kononnya kerajaan boros, pembangkang  sendiri telah mengadaptasikan gaya hidup boros melampau dalam keadaan negeri pembangkang mengalami defisit yang teruk. Pembelian kereta mewah Guan Eng perlu dijustifikasikan dengan betul. Penang mengalami defisit namun Ketua Menterinya bermewah-mewah.

Langkah-langkah kerajaan dalam mengamalkan pentadbiran yang berasaskan perbelanjaan secara berhemah  cuba ditenggelamkan dengan isu Hassan Malik dan lain-lain lagi. Isu Kenaikkan melampau gaji adun dan speaker Selangor inilah antara isu yang  perlu terus diwar-warkan kerana ini melibatkan wang rakyat. Segala janji untuk rakyat demi kepentingan rakyat tidak dilaksanakan. Penindasan ke atas rakyat ini perlu dibela. Berjihadlah dengan jalan dan niat yang betul jika kita cari keredhaan dan keberkatan Allah.  Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Berani kerana benar.  Jangan jadikan diri kita hamba duit.

sumber: Mykmu.net

Spekulasi saja.Hasan Malik tidak meletak jawatan.

Laporan Hasan Malek letak jawatan dinafikan

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini sebentar tadi menafikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meletakkan jawatan seperti mana tersebar di Facebook dan blog pagi tadi.

Laporan dibuat diketuai anak Datuk Seri Hasan Malek, Adly Effendy bersama beberapa pemimpin Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini.

Ini bermakna laporan mengenai perletakan jawatan Hasan Malik tidak benar.

Tuesday, December 31, 2013

Demo Haram TURUN: Lelaki bawa bom buatan sendiri ditahan di Ampang...


Polis menahan seorang lelaki bersama objek yang disyaki sebutir bom paip buatan sendiri jenis Jerangkap Letupan Rekaan (IED) di Taman Halaman, Ampang semalam.

Objek berupa paip PVC yang diikat bersama sejumlah mercun botol dirampas daripada suspek semasa sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada pukul 10.25 pagi.

Menurut sumber, polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu, termasuk kemungkinan digunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok.

"Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat. Berdasarkan maklumat awal, suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya, sejak sebulan lalu," katanya..

Sumber berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau dan satu rekod dikehendaki berkaitan dadah serta bekerja dalam satu sindiket ah long.

"Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru, kami juga sedang siasat kemungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urus niaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata beliau.

Psst: Apakah suspek yang akan menghuru-harakan Dataran Merdeka malam ini?

Kewangan N.Sembilan Kukuh Bukti Ketelusan Kepimpinan MBNS


Pengurusan kewangan yang berhemah kerajaan negeri telah membawa pengiktirafan daripada Jabatan Audit Negara melalui Anugerah Empat Bintang bagi Indeks Akauntabiliti 2012 yang diterima pada tahun ini.

Keputusan itu diperoleh melalui agensi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Kehakiman Syarie negeri, Majlis Daerah Rembau dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

Perkembangan ini memberikan gambaran betapa pengurusan yang cekap yang mana dalam tahun berakhir 31 Disember 2012, kedudukan Akaun Hasil Disatukan Negeri telah meningkat sebanyak RM21.96 juta kepada RM228.45 juta.

Malah, sehingga 13 Disember tahun ini, jumlah Akaun Hasil Disatukan Negeri atau rizab semasa kerajaan negeri adalah berjumlah RM483.85 juta.

Berdasarkan keupayaan itu, kerajaan negeri akan terus mengekalkan sumber utamanya iaitu hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil, yang mana pada tahun 2014, dijangka kutipan yang diperoleh itu adalah sebanyak RM352.626 juta, RM152.519 juta (hasil cukai), RM126.505 juta (hasil bukan cukai) manakala RM73.602 juta (terimaan bukan hasil).

Angka ini diperakui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan (gambar) yang mana sebahagian besar hasil cukai diperoleh melalui cukai tanah dengan anggaran pada tahun 2014, kerajaan akan memperoleh RM144.833 juta.

"Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan secara puratanya berjaya mengutip lebih daripada 90 peratus cukai tanah.

"Ini berdasarkan kutipan dari tempoh Januari hingga November tahun ini, kerajaan negeri berjaya mengutip RM106.1 juta iaitu kira-kira 89.9 peratus daripada anggaran 2013. Angka ini terus meningkat pada penutupan akaun 31 Disember ini," katanya.

Maka di atas sikap tanggungjawab rakyat dan syarikat swasta di negeri ini dalam melaksanakan cukai tanah amat dihargai kerajaan negeri, seiring dengan apa yang diperkatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - "pembayaran cukai adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dan mereka yang telah membayar cukai adalah rakyat yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat patriotik serta taat setia kepada negara."

Dalam pada itu juga, bagi memastikan pengurusan kewangan yang baik dan teguh pada tahun hadapan, kerajaan dilihat dapat meningkatkan hasil bukan cukai sebanyak RM38.347 juta atau 43.5 peratus kepada RM126.505 juta.

Tambah beliau, sebahagian besar terimaan bukan cukai ini disumbangkan oleh terimaan premium tanah yang setakat ini sering melepasi sasaran yang ditetapkan setiap tahun.

"Dalam tempoh Januari hingga November tahun ini, terimaan premium tanah adalah berjumlah RM78.674 juta dan terimaan ini melebihi anggaran belanjawan 2013 iaitu RM22.480 juta.

"Ini bermakna kerajaan negeri telah berjaya mencatatkan lebihan kutipan sebanyak RM56.194 juta atau 250 peratus lebih tinggi berbanding anggaran belanjawan 2013. Kita menjangkakan dalam penutupan akaun 31 Disember ini, angka itu juga akan meningkat," tegasnya.

Peningkatan premium tanah pada setiap tahun jelas membuktikan proses pindah milik, pemberi milikan dan pertukaran syarat tanah yang efektif.

"Kesannya boleh dilihat pada tahun ini yang mana pembangunan yang rancak telah berlaku di negeri ini dalam pelbagai sektor dan paling pantas ialah perumahan dan komersial," katanya.

Bagi terimaan bukan hasil pula, untuk tahun hadapan, dianggarkan berjumlah RM73.602 yang mana antara sumbernya adalah daripada pemberian kerajaan pusat.

Apa pun menurutnya, adalah tidak benar mengatakan negeri ini bankrap ataupun dicemuh sebagai gagal menguruskan kewangan dengan baik.

"Tohmahan yang dibuat hanya untuk memburukkan kerajaan negeri yang terbukti berjaya menguruskan kewangan dengan baik, sekali gus dapat mensejahterakan rakyat, malah keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) bertambah kukuh," tegasnya.

Sunday, December 29, 2013

HOT NEWS !!! GAMBAR LUCAH !!! SENANG NYA #ANWARIBRAHIM MENIPU RAKYAT !!! SEMUA SALAH #UMNO !!!



tu diaa.dah buat salah lepas tu tuduh umno.itu lah perangai anwar ibrahim dari dulu sampai sekarang.kena hack ??? apa jadah nya twitter kena hacked kalau favourite gambar lucah ??? lihat di bawah
"Staf saya maklum blog UMNO sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam favourite saya. Sudah beberapa kali berlaku akibat "hack" cybertroopers," katanya dalam laman Twitter. Anwar turut menafikan bahawa beliau telah "favourite" gambar tersebut setelah diasak dengan pelbagai pertanyaan oleh pengikut beliau yang terkejut dengan statusnya.Sementara itu, pemilik Twitter Papagomo, telah mempersoalkan kejadian Anwar Ibrahim sehingga boleh diceroboh oleh pengodam UMNO. "1998 dia (Anwar) kata liwat satu konspirasi pemimpin UMNO. (Tahun) 2013 ini beliau kata akaun Twitter kene hack oleh cybertroopers UMNO. "Macamana pula boleh kene hack sampai Anwar Ibrahim favorite gambar gay beraksi lucah," katanya dalam tulisan di Twitter. - Rakyatnews
agak-agaklah nak menipu.kalau kena hack takkan bawah 5 jam boleh elok balik ??? nampak tak penipuan anwar ibrahim ni wahai pembaca Badut Rakyat.lihat gambar di bawah,alasan ntah apa-apa ntah di beri oleh anwar ibrahim untuk menutup kesalahan

Tenguk gambar awak ada tak di senarai dikehendaki polis - penyamun ini !!!: